MY LATEST STORY

28 2 0
                                    

───────── 『 S I N O P S I S 』 ─────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────── 『 S I N O P S I S 』 ─────────

𝐄𝐥𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 | 𝐑𝐲𝐮𝐮 𝐇𝐚𝐤𝐚𝐧

❝Aku nampak dia.❞

❝Siapa?❞

❝Arwah isteri kau.❞

Genap setahun usia perkahwinan mereka, Elarian dilaporkan tewas di dalam sebuah kemalangan ngeri yang meragut nyawa dua insan tidak berdosa.

Kata orang itu takdir. Namun kata Ryuu Hakan itu bala.

Hancur semesta Ryuu Hakan saat tubuh sang isteri kesayangan tidak dapat didakap buat kali terakhir. Terasa bagaikan baru semalam mereka mengikat janji untuk sehidup dan semati. Ke mana perginya janji-janji itu sebenarnya?

Tiga tahun jejaka itu bergelut dengan diri sendiri. Sedaya-upaya mencari alasan lain untuk terus berdiri tanpa Elarian di sisi. Semuanya terlihat mustahil sama sekali, sehinggalah Ryuu Hakan dipertemukan dengan susuk gadis yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Elarian, wanita kesayangannya yang telah lama dijemput Tuhan.

Dalam ketidaklogikan, Ryuu Hakan hilang akal untuk menilai.

❝Please...saya tahu tu awak, Rian.❞

❝Tuan. Saya ulang lagi sekali. Saya bukan Rian.❞

Ryuu Hakan yakin. Dia teramat yakin bahawa gadis berwajah mirip Elarian itu isterinya. Bukan Nairale seperti yang diakuinya. Mustahil dia tidak dapat mengenali isteri sendiri. Tetapi mengapa cuma dia seorang sahaja yang berfikiran begitu?

Sejak pertemuan itu, rentak hidup Ryuu Hakan mula berubah. Jejaka itu selalu berhadapan dengan peristiwa-peristiwa aneh yang  acap kali membawa dia ke jalan buntu. Mereka fikir itu cuma halusinasi tetapi hanya Ryuu Hakan sahaja yang tahu betapa nyatanya perasaan itu.

❝Aku tak sakit! Aku tahu tu dia!❞

❝Elarian dah mati, Ryuu! Terimalah kenyataan!❞

Di saat semua orang berpaling tidak mempercayainya, Ryuu Hakan nekad ingin membongkar segalanya. Tetapi tidak sedarkah dia yang...

kini nyawanya menjadi taruhan?

❝None of this was real, right?❞

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now