BAB 32 : Hati Lara

198 27 0
                                    

DENGAN langkah terburu-buru, Asy terus mengejar kakaknya yang sudah melangkah jauh ke depan sebelum dia merasakan ada tangan yang menarik kasar bahunya. Pantas dia berpaling.

"Isshh! Korang nak apa?" Marah Asy ditahan-tahan melihat ada mata-mata yang memandang mereka. Wajah sumbing Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha ditatap satu persatu. 

"Mana Asya? Kau nak pergi mana?" Tanya Nisa tidak menjawab pertanyaan Asy tadi. Matanya meliar mencari kelibat Asya. Sejak Asya turun dari pentas tadi, gadis itu terus berlari keluar dewan perhimpunan sebelum sempat majlis besar itu sampai ke acara penutupan. 

Asy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apalah aku nak jawab dekat minah-minah ni? Baru dia mahu memberi alasan yang terlintas di benaknya, kedengaran satu ekzos motor berkuasa tinggi kuat menerjah telinga pantas membuatkannya berpaling. Dia kenal bunyi ekzos motor tu!

Lekas dia berlari ke arah tempat meletakkan kereta dan motor. Sampai sahaja tempat yang dituju, matanya menangkap Eshal, Haff, Zayyad dan Aqlan yang sedang di dalam keadaan tercengang berdiri di tepi kereta BMW berwarna putih. 

"Weih! Kau nampak kakak aku tak?" Soal Asy belum sempat termengah-mengah lebih memikirkan perihal kakaknya yang hilang entah ke mana. Namun saat itu bila dia memalingkan kepala melihat ke arah tempat dia meletakkan motornya tadi. Hilang! Dia mula kelam-kabut.

"Ka..kakak kau tu..ada lesen naik motor tak?" Tanya Aqlan masih lagi di dalam keadaan tercengang. Eshal, Haff dan Zayyad diam tidak menyampuk. 

Mereka masih lagi terpegun melihat apa yang mereka lihat tadi. Kelibat Asya yang lenyap dari pandangan selepas berdesup laju keluar dari perkarangan sekolah selepas menghidupkan enjin motor berkuasa tinggi di sebelah kereta BMW milik Eshal.

Mendengar soalan Aqlan, Asy sudah menjadi tidak tentu arah. Dia bagai sudah dapat mengangak apa yang dilihat keempat-empat jejaka itu yang membuatkan mereka tercengang.

"Eshal! Aku pinjam kereta kau boleh?" Minta Asy tergesa-gesa.

Eshal tersedar lamunannya. Dia pandang Asy dengan tatapan hairan. Wajah Asy kelihatan cemas pasti ada kena mengena dengan Asya. "Tak apa. Kau bagitahu je mana kau nak pergi. Aku bawakkan." Kata Eshal terus meluru masuk ke dalam keretanya.

Asy mengangguk. 

Dia sudah tidak kisah lagi tentang kedinginannya dengan Eshal sebelum ini. Yang penting keselamatan Asya yang belum tentu dijamin. Dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi! Asya sudah banyak menderita kerana masa silamnya yang kelam. 

Dan..sampai bilakah dia sebagai adik perlu duduk di tepi menyaksikan segala penderitaan yang ditanggung?

Haff, Aqlan dan Zayyad tidak mahu ketinggalan duduk memenuhi tempat duduk di seat kereta di bahagian belakang. Lalu kereta BMW itu pun meluncur laju keluar dari perkarangan Sekolah High Star.

Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha ditinggalkan di dalam keadaan tercengang. Mereka masing-masing terkebil-kebil apabila ditinggalkan.

.

.

.

TERBUTANG mata keempat-empat jejaka itu melihat aksi Asya yang berani menunggang motor berkuasa tinggi itu dengan kelajuan penuh. Seperti orang yang hilang kewarasan. 

Nasib baiklah jalan raya di kawasan pergunungan itu sepi tanpa sebuah kereta yang melalui. Asya tidak ubah seperti seorang minah rempit tingkat profesional.

"Akak!! Jangan jadi gilalah! Bahaya tahu tak bawak motor laju-laju macam tu?" Pekik Asy mengeluarkan kepalanya dari dalam kereta BMW yang laju dipandu Eshal membontoti motor yang ditunggang Asya laju di hadapan mereka.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now