BAB 40 : Pergi Umrah

165 26 1
                                    

SETELAH beberapa minit berbual dengan mama, mama pun meminta diri keluar dari dalam bilikku. Alasannya mahu menemani papa yang keseorangan di dalam bilik. Aku senyum saja. Cemburu juga melihat kemesraan mama dan papa yang tidak pernah pudar walau usia mereka sudah menghampiri senja.

Aku melihat pintu bilikku ditutup rapat oleh mama. Serentak itu, aku melangkah memasuki bilikku dan hendak menutup pintu gelangsar supaya tidaklah aku tidur meringkuk kesejukan di dalam bilik. 

Sebenarnya,

Telah lama,

Ku jatuh hati padamu,

Bagaiman harus aku,

Nyatakan cinta padamu.

Dengar sahaja suara merdu Alif Satar dan Siti Nordiana yang beradu di dalam sebuah lagu yang berjudul Sebenarnya iaitu lagu kegemaran yang menjadi ringtone telefonku menandakan ada seseorang menelefonku. Pantas aku mencapai telefon pintarku di atas meja solek bilikku.

"Eh? Eshal? Buat apa mamat ni telefon aku malam-malam ni?" Desis hatiku melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon yang menyala. Sebuah hembusan nafas lembut aku lepaskan sebelum menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum. Haih..memang hobi kau masa lapang ke Eshal telefon anak dara orang malam-malam macam ni?"

"Waalaikumussalam.. aku telefon kau sorang jelah. Yang sibuk sangat nak tahu hobi aku ni apasal? Bila nak melawat aku yang tengah sakit ni?"

Entah mengapa sebaik sahaja suara garau Eshal menyapa telingaku, aku dapat rasakan simpulan di dalam hatiku bagai terungkai. Mungkin rindu? Gatal lah kau ni Asya!

"Kaki kau tu terseliuh sikit je kan? Bukannya dah nazak. Jangan nak mengada sangat boleh tak? Aku ada banyak lagi kerja sekolah yang aku boleh buat berbanding melayan kau berborak." Kataku selamba. Aku melambuhkan punggungku di atas katil empukku.

"Langsung tak ada belas kasihan ke dekat aku ni? Nak jalan pun tak boleh tahu tak? Aku rasa macam duduk dekat penjara tau. Semua gerak geri aku jadi pantauan. Sehinggakan aku nak pergi tandas pun kena bawak teman! Kau faham tak perasaan aku? Aku ni bukannya patah kaki. Tapi mummy dan daddy aku layan aku macam aku ni dah nazak tahu tak?" Luah Eshal bertalu-talu.

Aku menghembus nafas lembut. "Baru seminggu kau dah tak sanggup? Aunty Lina dan Uncle Syafiq kawal pergerakan kau sebab diorang risaukan kau. Lagi-lagi bila berhadapan dengan anak yang tak makan kata macam kau ni, memang padanlah kena layan macam tu. Siapa suruh degil sangat?" Balasku bersahaja.

"Ishh! Kau sama je macam adik aku tahu tak? Bebel je tahu! Aku telefon kau ni sebab nak ajak kau berborak. Bukan nak dengar tazkirah percuma kau!" Marah Eshal di corong speaker telefon membuatkan aku tergelak perlahan.

"Okey. Okey. Aku tahu kau tengah bosan gila sekarang ni. Jadi, kau nak borak pasal topik apa dengan aku? Sekolah? Gosip? Politik? Ataupun ekonomi?" Selorohku dengan senyuman nakal. Lalu aku merebahkan tubuhku di atas katil. Telefonku aku letak di sebelah.

"Mummy aku kata, mama dan papa kau nak buat umrah kan minggu depan? Pastu diorang nak but majlis doa selamat dan tahlil untuk arwah tok ma kau. Betul ke?"

Aku tersentak sedikit. Kemudian aku menghela nafas berat. "Hhmm..nampak gayanya macam tulah."

"Kau tak ikut diorang?"

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now