MEREDAH KEGELAPAN 2

632 41 12
                                    

ketika zarul memerhatikan keadaan di sekelilingnya kelihatan ombak besar menggulung tinggi ke arahnya. ada serpihan sayap kiri kapal terbang yang patah di atas ombak besar itu. zarul dan yang lain cuba untuk berenang jauh dari situ tapi usaha mereka gagal. ombak yang besar itu terus menghempas mereka semua. dalam waktu yang sama serpihan sayap kapal terbang yang keras itu terhempas di belakang tengkuk zarul. akibatnya zarul tidak sedarkan diri. tubuhnya terus hanyut di bawa arus...

*** *** ***

perlahan lahan zarul membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di pesisiran pantai yang sangat indah. dia tidak tahu di manakah dia berada sekarang. pantai yang di lihatnya saat itu agak asing pada pandangan matanya. belum pernah pun dia melihat pantai seperti itu. perlahan lahan dia memegang belakang tengkuknya yang terasa berat semacam. dia mula memerhatikan keadaan di sekelilingnya. pandangan matanya terhenti pada 5 kujur tubuh yang tertiarap di atas pantai tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itu ialah 5 remaja yang menumpang kapalterbang yang sama dengannya malam kelmarin. mereka kelihatan masih belum sedarkan diri. perlahan lahan zarul bangun lalu melangkah menuju ke arah 5 kujur tubuh yang terbaring di atas pantai itu. "hezron!... fai long!... gina!.... luna!... vijay!... bangunlah!...", zarul cuba menyedarkan mereka dengan menggoncangkan bahu mereka satu persatu. tidak lama kemudian mereka mulai tersedar... "kita kat mana ni?", soal hezron sambil memegang kepalanya yang terasa berat semacam itu. "entahlah..., aku sendiri pun tidak tahu di mana kita berada sekarang...", zarul memandang kiri dan kanan. yang kelihatan cuma pokok pokok nan menghijau dan burung burung berterbangan di sekitar pantai tersebut. "jangan jangan kita sekarang berada di dalam sebuah pulau tak?", teka tan fai long sebaik saja dia bangun. "boleh jadi juga sebab aku tengok ianya hanya di kelilingi laut biru yang terbentang luas...", zarul membalas seraya memandang wajah pemuda cina itu. "aku fikir lebih baik kita tinggalkan pulau ni... aku rasa macam tak sedap hati lah...", sampuk gina pula. "macamana kita nak pergi dari sini? sedangkan kapal terbang yang kita naiki sudah pun meletup di dasar lautan... tak kanlah kita pergi dari sini dengan berenang di tengah lautan pula... nanti tak pasal pasal pula kita di makan ikan jerung....", fai long bersuara dengan wajah yang serius. "ya tak ya juga... jadi apa yang harus kita lakukan?", soal gina ingin tahu. mereka saling berpandangan seketika.

"sebaiknya kita kumpulkan kayu kering banyak banyak and then kita cuba pasangkan unggun api. lepas tu kita susun kayuyang selebihnya untuk di bentuk menjadi ayat yang mudah di baca. contohnya ialah 'tolong kami. kami terperangkap di pulau ini...'. manalah tahu kot kot ada pihak yang ternampak asap dari unggun api kita tu dan mereka ternampak kayu yang di susun dari udara sudah pasti mereka akan datang menyelamatkan kita...", usul zarul. "okay... kami setuju...", balas semua rakan rakannya. tanpa banyak soal rakan rakannya itu pun mula mencari dan mengumpulkan kayu kering yang terdapat di kawasan hutan tidak jauh dari situ. manakala zarul pula mula sibuk menyusun kayu kayu tersebut di atas pantai sehingga membentuk ayat ayat yang di sebutkannya sebentar tadi. setelah siap zarul segera membuka jaket merahnya lalu di gantungkannya jaket itu di atas hujung kayu yang terpacak dekat dengan kayu kayu tersebut. dia berharap semoga ada pihak yang terlihat kayu kayu yang sudah di susunnya di atas pantai saat itu. "rul, macamana nak buat unggun api? sedangkan kita tidak ada mancis atau pun lighter?", soal luna padanya. "oh... jangan bimbang, aku rasa aku ada lighter...",tiba tiba hezron bersuara. dia menarik keluar lighter yang masih basah dari dalam poket seluar jeansnya. dia cuba menghidupkan lighternya tapi dia gagal berbuat demikian sebab lighter tersebut masih basah.

zarul pantas mengambilnya dari tangan pemuda berbangsa iban itu. dia cuba mengeringkannya dengan menggosok gosokkannya di atas lengan bajunya yang sudah kering. beberapa saat kemudian dia cuba menghidupkan kembali lighter tersebut. setelah dia mencuba berkali kali akhirnya lighter tersebut terpasang di depan matanya. mereka mula memasang unggun api di dekat longgokan kayu kering yang ada di situ. "so, apa lagi yang harus kita lakukan sekarang?", soal gina setelah kerja mereka selesai. "kita tunggu kat sini sampai ada pihak yang lalu kat kawasan perairan ini. kalau ada bot nelayan ke, kapal kargo ke, apa ke kita terus saja menjerit memanggil mereka supaya mereka datang untuk selamatkan kita...", balas zarul dengan pantas sekali. "tapi macamana kalau tidak ada orang yang lalu kat kawasan perairan ni?.... macamana kalau tidak ada orang yang ingin selamatkan kita?", soal gina ingin tahu. zarul terdiam seketika. dia merenung wajah gadis yang berbangsa murut itu. Begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. masing masing berbalas pandangan.

"mungkin kita akan terus terperangkap di dalam pulau ini buat selama lamanya...", teka vijay pula. "hish!... janganlah cakap macam tu... kita haruslah berfikiran positif... aku yakin pasti ada pihak yang akan datang untuk selamatkan kita...", kata zarul dengan penuh yakin. "yelah tu... apa apa pun mari kita pergi tengok keadaan di dalam pulau ni dulu... manalah tahu kot kot ada buah hutan ke, apa ke yang boleh kita makan... sebenarnya aku dah lapar dah ni...", tan fai long memberikan cadangannya. dia memegang perutnya yang terasa kosong. "oh... baiklah... tapi mesti ada 2 orang yang jaga kat tepi pantai ni... manalah tahu kot kot ada bot nelayan ke apa ke yang lalu di kawasan perairan ni korang boleh panggil mereka datang ke sini untuk selamatkan kita...", cadang zarul. mereka pun terdiam seketika. "er... siapa yang nak stay kat tepi pantai ni?", soal zarul ingin tahu. mereka saling berpandangan seketika. "er... biar aku dan luna saja yang stay kat tepi pantai ni... korang pergi cari makanan dulu...", balas gina pula. "baiklah... korang tunggu kami kat tepi pantai ni dulu, ya... kalau ada bot nelayan atau kapal terbang lalu kat kawasan ni korang bagi signal pada mereka, ya... tolong lambaikan baju jaket merah tu pada mereka, okay?", zarul bersuara lagi. "okay...", balas gina sepatah. selepas itu zarul, hezron, tan fai long dan vijay mula melangkah masuk ke dalam hutan yang terletak tidak jauh dari situ. mereka bertekad hendak mencari makanan di dalam hutan tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now