MEREDAH KEGELAPAN 3

516 33 28
                                    

"okay, untuk mengelakkan kita daripada tersesat aku nak korang tandakan setiap batang pokok besar yang kita lalui dengan menggores di setiap batang pokok yang kita lalui... kita akan menggoresnya dengan menggunakan batu tajam ini... faham?", soal zarul sebaik saja mereka mula melangkah masuk ke dalam hutan itu. "faham!...", balas mereka semua. zarul memberikan batu tajam yang di kutipnya di tepi pantai itu pada rakan rakannya. "selain daripada menggoreskan batu di atas batang pokok aku nak korang patah patahkan pokok pokok kecil di tepi jalan supaya senang kita mengesan mana arah ke pantai kelak... tapi jangan patahkan batang pokok kecil sampai putus dari batangnya. korang biarkan saja bahagian yang patah tu tergantung di situ dengan cara ini kita tidak tersesat lagi... faham semua?", sekali lagi zarul memberikan arahan. "faham....", balas mereka yang lainnya. mereka pun memulakan perjalanan mereka. "kau fikir pulau ni ada penghuninya tak?", tan fai long bertanya sambil melangkah di sebelah zarul. "entahlah....", balas zarul seraya meneruskan langkah kakinya. "aku rasa pulau ni tidak berpenghunilah... buktinya semasa kita terdampar kat tepi pantai tu tadi tak ada seorang pun manusia yang kelihatan di pulau ini...", sampuk vijay pula. "itu pendapat kau tapi pada pendapat aku, pulau ni mungkin berpenghuni...", tingkah hezron pula. "macamlah kau tahu sangat pulau ni...", gerutu vijay separuh jengkel.

"eh... walaupun aku belum tahu sangat tentang pulau ni tapi aku dapat rasakan yang pulau ni berpenghuni...", jelas hezron dengan penuh yakin. "tapi aku tak rasa macam tu. pulau ni memang tidak berpenghuni lorh...", tekan vijay. "tapi aku tak rasa macam tu... pulau ni memang berpenghuni...", tekan hezron. "memang tak ada penghuni lorh...", bantah vijay. "ada penghuni...", tekan hezron lagi. "tak ada penghuni...", bantah vijay. mereka saling bantah membantah sehinggakan zarul merasa bengang apabila dia mendengar mereka berdua berbantahan di belakangnya. "cut it out you guys!... ini bukan masanya untuk korang mempersoalkan perkara yang remeh temeh macam gitu. tujuan kita datang ke sini ialah untuk mencari makanan... bukannya ber...", belum pun sempat zarul menghabiskan perkataannya tiba tiba, "aduii!....", vijay menjerit kesakitan. serentak dengan itu dia terjatuh di atas tanah. kelihatan sebiji damak terpacak di belakang pemuda itu. "alamak... dia terkena...", belum pun sempat hezron menghabiskan perkataannya sebiji damak terpacak tepat di lehernya. dia terus jatuh pengsan di situ juga. "what the hell!... siapa yang berani sangat menyumpit rakan rakan kita dengan damak ni pula?", soal tan fai long terkejut. zarul memerhatikan di sekeliling mereka. kelihatan seorang manusia yang memakai cawat sedang berdiri tidak jauh dari situ. dia bersembunyi di sebalik pokok besar yang ada di situ. dia berkira kira hendak menyumpit mereka berdua pula.

"fai... mari kita lari dari sini.....", zarul bersuara dengan nada suara yang cemas. "tapi macamana dengan rakan rakan kita ni pula?", soal tan fai long. "aku kata kita lari... kita larilah!... cepat!!!!....", zarul bersuara lalu melarikan diri dari situ. tn fai long segera berlari di belakangnya tapi dia terjatuh di atas tanah sebaik saja sebiji damak terpacak di pinggangnya. dia terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri. zarul menoleh ke belakang. kelihatan lelaki bercawat itu mengejarnya dari belakang. dia berlari sambil menyumpit ke arahnya. zarul terpaksa berlari dalam keadaan zig zag supaya lelaki itu tidak dapat menyumpitnya. "ya Allah ya Tuhanku tolong selamatkan hambaMu ini...", zarul berlari sambil memanjatkan doa kepada ilahi semoga dia tidak terkena sumpitan lelaki bercawat itu. dia berlari menuju ke pantai. dari jauh lagi dia lihat gina dan luna sedang duduk di tepi pantai sambil berbual bual. "macamana korang dah dapat makanan tak?", tegur luna sebaik saja dia sampai di tepi pantai. "jangan banyak tanya... cepat... mari kita lari dari sini...", zarul bersuara dalam nada suara yang cemas sekali. "kenapa ni? apa yang telah terjadi?", soal luna ingin tahu. "no need for explanation now... just run okay!...", zarul segera menarik tangan kedua gadis itu supaya mereka berlari meninggalkan tempat itu. "kenapa kita perlu berlari pula?... whats going on?", soal gina ingin tahu. "cuba korang menoleh ke belakang...", zarul bersuara sambil berlari. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan seorang lelaki bercawat sedang berlari menuju ke arah mereka dengan mengacukan alat sumpitan di tangannya. "oh... my God, siapa lelaki bercawat tu? kenapa dia hendak menyumpit kita pula?", soal gina cukup terkejut. "itu aku tak tahu. tiba tiba saja dia datang nak sumpit kita semua... sebaiknya kita lari dalam keadaan zig zag supaya dia tidak dapat menyumpit kita...", kata zarul. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa berlari dalam keadaan zig zag. zarul berlari di depan mereka. manakala luna dan gina mengekorinya dari belakang. mereka berlari masuk ke dalam hutan.

ketika mereka berlari di hutan tersebut, tiba tiba saja kaki gina tersandung dengan akar pokok yang berselirat di situ. dia terus terjatuh di atas tanah. "adoii!... luna, tolong aku!...", panggil gina. zarul dan luna terpaksa memberhentikan larian mereka. mereka segera berlari menuju ke arah gadis yang terbaring di atas tanah itu. "cepat bangun gina...", zarul cuba memapah gadis tersebut. "zuppp!!!...", kedengaran sebiji damak melayang lalu terpacak di atas sebatang pokok yang ada di sebelah gadis malang itu. apabila gina terpandang akan damak itu dia pun terus bangun lalu cuba berlari dengan kaki kiri yang masih terasa sakit. mereka kembali berlari bersama sama tapi malang sekali bagi gina. sebiji damak melayang laju lalu terpacak di lengan kirinya. dia terjatuh di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri. zarul dan luna terpaksa meneruskan larian mereka. "rul.... tunggu aku...", jerit luna. "cepatlah lari...", zarul bersuara sambil berlari dengan sekuat hatinya. luna terpaksa mempercepatkan lariannya. dadanya terasa sakit kerana pada masa yang sama dia mengalami masalah asma yang teruk. dia terduduk di atas tanah dalam keadaan yang tercungap cungap. "rul....", panggilnya dalam kepayahan. zarul terpaksa berhenti berlari. dia berlari menuju ke arah luna. "kenapa ni luna?... cepatlah lari...", desak zarul. "a... aku tak dapat... aku sakit asma... kau pergilah lari...", jelas luna dalam kepayahan. belum pun sempat zarul berlari tiba tiba sebiji damak terpacak tepat di bahu kirinya dan sebiji damak pula terpacak di bahu kanan luna. "rul...", luna menyebut nama zarul dalam nada suara yang lemah sekali. selepas itu dia terus jatuh pengsan di situ juga. "lu... luna...", antara sedar dan tidak sedar zarul menyebut nama gadis itu. pandangan matanya semakin lama semakin kabur dan akhirnya dia terjatuh di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now