MEREDAH KEGELAPAN 36

198 19 6
                                    

"kenapa di saat saat genting macam ni bekalan elektrik terputus pula?... macamana kita nak keluar dari sini kalau lif ni tidak bergerak?", soal joshua bertalu talu. dia nampak panik. "bawa bertenang dik... biar abang dan kakak handle kan masalah ini, ya...", pujuk luna. "baiklah...", balas joshua. dia terpaksa bersikap tenang selepas itu biarpun jantungnya terasa berdebar sakan. "aku tengok lif ni macam dah berada kat tingkat 3 lah... mari kita buka pintu lif ni bersama sama...", kata zarul. "baiklah...", balas luna dan joshua hampir serentak. mereka pun mula bekerjasama membuka pintu lif itu dengan tangan mereka sendiri. setelah mereka berjaya membuka pintu lif tersebut mereka lihat hanya separuh saja pintu tingkat tiga yang kelihatan di depan mata mereka. mereka terpaksa memanjat ke atas pintu tingkat 3 yang hanya kelihatan separuh itu. "bagaimana dengan mayat ayah aku ni?", soal zarul sebaik saja luna, joshua dan vivian berjaya naik ke tingkat 3. "angkat saja dia...biar kami tarik mayat tu ke atas ni...", perintah luna. zarul pun terpaksa mengangkat tubuh ayahnya yang berat dengan sekuat hatinya. setelah zarul bersusah payah mengangkat mayat ayahnya luna dan joshua segera menarik mayat tersebut ke tingkat tiga. tidak lama kemudian mereka berjaya menarik mayat ayah zarul ke tingkat 3. perlahan lahan zarul naik ke tingkat 3 dengan di bantu oleh luna dan adiknya joshua. ketika mereka sedang sibuk menarik tangan zarul, vivian terpandang akan sesuatu. dia nampak seekor kucing siam sedang berjalan tidak jauh dari situ. "miaw... miaw....", panggil vivian. namun kucing siam tersebut tidak menghiraukannya. malah dia berjalan masuk ke dalam salah satu bilik pejabat yang terletak tidak jauh dari situ. vivian yang tertarik pada kucing siam itu segera mengekori kucing siam tersebut dari belakang. sampai di dekat pintu bilik tersebut kelihatan satu tangan menarik lengannya dengan kasar. belum pun sempat dia menjerit, satu tangan telah menutup mulutnya. dia terus di tarik masuk ke dalam bilik yang agak gelap itu.

luna bangun setelah dia berjaya menarik zarul ke tingkat 3. begitu juga dengan joshua adiknya. zarul di sebelah mereka sambil mengibas ngibas baju tshirt dan seluar jeansnya yang terasa kotor akibat terpalit debu. "eh... ke mana perginya si vivian ni pula?", soal joshua sambil matanya melilau ke sana ke mari. "yalah... tadi dia ada kat sini...", luna bersuara dengan nada suara yang pantas sekali. "ke mana perginya budak tu pula?...baru sebentar tadi aku nampak dia kat belakang korang tapi sekarang dia tak ada pula...", soal zarul kehairanan. mereka saling berbalas pandangan. "jangan jangan dia di culik oleh zombie tak?", joshua mula membuat andaiannya sendiri. "hish... janganlah kau buat andaian macam tu pula...", marah luna. joshua pun terus terdiam di sebelahnya. "daripada korang buat andaian yang bukan bukan lebih baik kita mencari dia sekarang juga...", usul zarul pula. tanpa banyak soal mereka pun mula mencari anak kecil yang berumur 6 tahun itu. "vivian... vivian... kau di mana?", soal zarul seraya melangkah di ruang koridor yang sunyi sepi itu. dia menggenggam erat pistol di tangannya. begitu juga dengan luna dan joshua yang melangkah mengekorinya dari belakang. "vivian... kau di mana?", laung luna di belakang zarul. namun laungan mereka tidak di sahut orang. "vivian... vivian...", laung joshua. laungannya pun tidak di sahut orang. "eh... ke mana pula perginya si vivian ni?", soal zarul bertambah hairan. "entahlah...", balas luna di belakangnya. tiba tiba, "preenggg!!!!....", kedengaran bunyi sesuatu benda seperti kaca atau botol jatuh terhempas di atas lantai. "shhh... korang dengar tak bunyi tu?", soal zarul pada luna separuh berbisik. "ya... bunyi tu datang dari bilik yang gelap sana tu lah...", bisik luna sambil menuding jari telunjuknya ke arah bilik yang di maksudkannya. mereka memandang ke arah bilik yang gelap itu.

"jangan jangan ada zombie kot dalam bilik tu?", bisik joshua membuat andaiannya sendiri. "hish... kau ni... asyik cakap yang bukan bukan saja...", gerutu luna sedikit geram pada adik lelakinya itu. "jangan banyak cakap... mari kita pergi periksa keadaan dalam bilik tu...", ajak zarul. luna menganggukkan kepalanya tapi joshua tidak mengekori mereka. dia masih berdiri di ruang koridor tersebut dengan wajah yang separuh ketakutan. "marilah dik...", ajak luna tapi joshua menggeleng gelengkan kepalanya. "korang pergilah... aku tak berani...", tutur joshua dengan suara yang sedikit bergetar. "jangan takut... akak dan abang zarul kan ada kat sini. so tak ada apa yang di takutkan... marilah....", pujuk luna. mahu tidak mahu joshua pun terpaksa mengekori mereka dari belakang. mereka kembali menapak perlahan lahan menuju ke bilik gelap itu. masing masing sudah bersiap sedia dengan pistol di tangan. zarul menarik keluar lampu picit kecil yang di bawanya dari rumah ayahnya sebentar tadi. dia memasang lampu picit tersebut lalu dia menyuluh ke dalam bilik gelap itu. ketika mereka sedang melangkah terjengket jengket kat situ tiba tiba zarul tersuluh akan sesuatu. ianya kelihatan seperti seorang manusia sedang berdiri sambil menutup mulut vivian. "ko... ko... korang manusia ke?", kedengaran suatu suara bergema dalam bilik tersebut. "ya...", balas zarul sepatah. "korang terkena gigitan zombie zombie tu tak?", soal suara itu lagi. "tidak...", nafi zarul seraya menyuluh ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan seorang wanita yang berwajah pucat sedang menutup mulut vivian dan mencengkam tubuhnya dari belakang. "jadi korang ni ialah squad penyelamat tu kan?... oh syukurlah... akhirnya korang datang juga untuk selamatkan aku... maaflah sebab aku menarik budak kecil tu ke sini tadi... aku fikir korang ialah zombie yang ingin menggigitnya. tak sangka pula korang ialah squad penyelamat tu...", tutur wanita tersebut separuh lega. "sebenarnya kami bukan...", belum pun sempat zarul menghabiskan perkataannya wanita itu segera menghampirinya lalu memeluknya. kemudian dia memeluk luna dan juga joshua. "terima kasih sebab korang sudi datang ke sini untuk selamatkan aku dan para survivor yang lain... buat pengetahuan korang ada beberapa orang lagi kawan aku yang masih terperangkap di dalam bangunan ni. mereka berada di tingkat atas bangunan ni...", kata wanita tersebut dengan pantas sekali. "tapi kami bukannya...", belum pun sempat zarul bersuara luna pantas memotong perkataannya.

"ya... kami ialah squad penyelamat tu... namaku luna musa... ini adik aku joshua musa. pemuda yang berdiri sebelah aku ni namanya zarul bin khairuddin dan si kecil ni namanya vivian ak gumang....", potong luna secara mendadak. "oh... namaku siti nurulhuda binti haji iqbal.... aku dah lama bekerja kat syarikat ni sebagai seorang kerani. sejak terjadinya bencana di mana ada zombie ni kami semua terperangkap di dalam bangunan ni selama sebulan lebih... kami hanya makan makanan dalam dapur yang sedia ada di dalam office utama syarikat ini. itu pun kami makan sedikit demi sedikit takut bekalan makanan habis. so kami hanya makan sekali saja dalam sehari. apa apa pun aku merasa sungguh gembira sebab aquad penyelamat yang di nanti nantikan selama ini datang untuk selamatkan kami. so mari ikut aku ke tingkat atas bangunan ni... aku nak korang selamatkan kawan kawan aku yang lain...", kata wanita tersebut dengan penuh teruja. "nanti dulu... sebenarnya kami...", kata kata zarul terus di potong pantas oleh luna. "er... tunggu sekejap ya... biar aku berbincang dengan kawan aku ni dulu...", potong luna seraya menarik tangan zarul ke suatu sudut yang terletak tidak jauh dari situ. "eh... kenapa kau tak bagi aku peluang untuk bercakap tadi?... aku cuma nak terangkan pada dia yang kita ni bukannya squad penyelamat yang dia maksudkan tu. dia dah salah anggap pada kitalah...", kata zarul separuh berbisik. "ya... aku tahu dia dah salah anggap pada kita tapi kita kan ada misi sebelum ni nak selamatkan para survivor kat luar sana tu... so, inilah masanya kita menjalankan misi kita tu...", bisik luna perlahan lahan. "ya... aku tahu misi kita tu tapi macamana dengan mayat ayah aku tu? takkanlah aku pergi selamatkan orang lain sedangkan mayat ayah aku masih belum di kebumikan...", luah zarul separuh berbisik. "hm... kita boleh bawa para survivor yang lain tu bersama kita. mayat ayah kau pun turut di bawa bersama. kita akan pergi mengebumikan mayat ayah kau lepas ni. kemudian barulah kita menjalankan misi kita tu bersama sama...", kata luna panjang lebar. "hm... ikut suka hati kaulah...", ucap zarul perlahan lahan. luna tersenyum gembira. dia kembali menghampiri wanita tersebut. "baiklah... mari kita pergi selamatkan semua kawan kawan kau tu...", kata luna dengan penuh bersemangat. "baiklah...", balas siti nurulhuda. mereka pun mula melangkah meninggalkan bilik tersebut...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now