MEREDAH KEGELAPAN 79

151 17 2
                                    

zarul berlari di celah celah semak belukar yang ada di situ dengan di ekori oleh luna di belakangnya. mereka lihat leftenan razak sedang berusaha mencari mereka di dekat belukar yang berhampiran. "kau fikir dia nampak kita kat sini tak?", bisik luna di telinga zarul. "mungkin tak sebab dia masih mencari kita tu...", tutur zarul seraya mencuri pandang ke arah leftenan razak dan beberapa ahli tentera yang ada tidak jauh dari situ. "mari kita tinggalkan tempat ini....", luna bersuara perlahan lahan. "tapi bagaimana dengan kak dina, adik joshua dan kawan kawan kita tu?", soal zarul pula. "biarkan mereka dulu. mereka akan selamat sebab aku dapat rasakan yang leftenan razak akan membawa mereka ke pulau eden lepas ni...", bisik luna. "macamana kau tahu tentang perkara tu pula?", soal zarul separuh berbisik. "aku terdengar leftenan razak bercakap begitu dalam walkie talkienya bersama seseorang setelah kita di tangkap tadi...", kata luna separuh berbisik. "oh begitu...", bisik zarul sambil menganggukkan kepalanya. "apa apa pun mereka bukannya bertujuan hendak menangkap kakak dina, adik joshua dan kawan kawan kita tu... mereka sebenarnya cuma nak menangkap kita... kita kan sudah jadi the most wanted people on earth... so we better go now...", bisik luna perlahan lahan. "okay...", zarul menjawap sepatah. mereka melangkah di celah celah semak belukar yang ada di situ.

ketika mereka sedang melangkah di celah celah belukar itu tiba tiba luna ternampak sesuatu. "rul... seperti ada lubang gualah kat sana tu...", bisik luna pada zarul di sebelahnya. "eh... yalah... mari kita pergi ke sana...", bisik zarul. mereka pun melangkah menuju ke arah gua itu. suasana di dalam gua agak sunyi sepi dan kelam sedikit. mereka lihat gua itu seperti kosong dan tidak berpenghuni. jadi mereka pun mengambil keputusan untuk bersembunyi di situ. "awak fikir mereka tak akan datang cari kita di sini ke?", soal luna perlahan lahan. "mungkin tak sebab kawasan ni kan agak terpencil... lagi pun saya tengok mereka menghala ke sebelah barat tadi... tak tahulah kalau kalau mereka berpecah dan mencari kita di sini....", bisik zarul dalam nada sedikit bimbang. luna terdiam di sebelah zarul. mereka duduk di situ dengan tangan masih di gari. "macamana kita nak buka gari di tangan kita ni?", soal luna seraya memandang wajah zarul di sebelahnya. "nantilah saya fikirkan caranya... anyway, lebih baik kita diam saja kat sini dulu sampai semua tentera tu berambus dari kawasan ni. lepas tu barulah kita fikirkan cara bagaimana kita nak buka gari ni....", bisik zarul perlahan lahan. luna pun terdiam selepas itu. tidak lama kemudian mereka terdengar bunyi seperti tapak kasut menghampiri pintu gua tempat mereka bersembunyi. mereka terpaksa berdiam diri di salah satu sudut gua yang agak tersembunyi.

zarul cuba mengintai orang yang sedang melangkah masuk ke dalam gua tersebut. kelihatan leftenan razak dan dua orang ahli tentera lain melangkah masuk ke dalam gua itu. mereka sedang mencari mereka di situ. luna dan zarul terpaksa berdiam diri macam patung di sudut yang gelap itu. entah macamana tiba tiba seekor kelawar terbang di depan wajah luna. dekat wajahnya lagi tu. luna terkejut lalu dia terus menjerit, "eiiii!!!!...", jeritannya bergema memenuhi ruang gua tersebut. belum pun sempat zarul dan luna berlari dari situ tiba tiba leftenan razak menyuluh tepat ke arah mereka berdua. serentak dengan itu dua muncung senapang terarah ke arah mereka berdua. "jangan bergerak!... kalau tidak kami akan tembak korang!...", perintah leftenan razak dengan garang sekali. mahu tidak mahu zarul dan luna terpaksa menyerah diri. sekali lagi mereka tertangkap. leftenan razak pantas menarik lengan kiri luna. manakala dua orang ahli tentera tu menggiring zarul keluar dari dalam gua tersebut. "berani betul korang melarikan diri kan... apa apa pun saya nak bagi warning pada korang eh... jangan lagi korang cuba cuba hendak melarikan diri... jikalau korang cuba melarikan diri lagi aku pasti akan mencari korang biar sampai ke lubang cacing  sekali pun... ingat tu!...", tutur leftenan razak dengan garang sekali. zarul dan luna hanya diam saja. mereka terpaksa ikut saja ke mana lelaki itu membawa mereka pergi.

mereka di bawa menuju ke sebuah kapal terbang milik tentera udara yang sedang menunggu ketibaan mereka tidak jauh dari kawasan gua tersebut. kelihatan profesor ismadi, dina, joshua, kapten yusuf dan doktor park hoon sedang duduk di dalam kapal terbang tersebut. luna dan zarul di tempatkan di tempat duduk yang depan sekali dengan 2 orang ahli tentera yang lain. mereka semuanya di jaga oleh ahli tentera di situ. leftenan razak duduk di sebelah zarul dan luna. tidak lama kemudian kapal terbang itu mulai meluncur ke udara. suasana di ruang udara begitu kelam kabut sekali. kelihatan beberapa kapal jet pejuang tentera udara berbalas tembakan dengan kapal piring terbang di situ. jumlah mereka tidak banyak lagi. mungkin sudah banyak kapal jet pejuang US sudah terkandas akibat terkena tembakan laser dari kapal piring makhluk asing itu. kapal terbang yang mereka naiki hampir saja terkena tembakan laser dari kapal piring terbang yang ada di situ. nasib baik pilot kapalterbang tersebut pantas bertindak. kalau tidak tak tahu lagilah apa akan jadi pada mereka. "we need to take a short cut way to eden island, sir because theres so many space ship around here.....", tutur pilot itu pada leftenan razak. "okay... just do what you wanna do... just watch out that damn space ship. maybe they will shoot at us if we're flying near their ship.....", tutur leftenan razak pada juruterbang tersebut. "aye-aye sir...", balas pilot itu. dia pun mula menerbangkan kapalterbang tersebut jauh sedikit dari medan pertempuran udara yang sengit itu.

ketika mereka berada di dalam kapalterbang itu luna membisikan sesuatu di telinga zarul di sebelahnya. zarul menganggukkan kepalanya perlahan lahan. tidak lama kemudian zarul mula menggeletar di tempat duduknya macam orang yang terkena sawan babi pula. "tolong!... tolong!.... zarul terkena sawan!...", luna bersuara dalam nada suara yang cemas. tubuh zarul semakin kuat menggeletar. air liur mula keluar banyak dari mulutnya. leftenan razak bangun. dia memeriksa keadaan zarul yang menggeletar sakan itu. mereka yang lain pun turut bangun dari tempat duduk mereka untuk melihat keadaan zarul. tiba tiba saja zarul menyepak celah kelangkang leftenan razak dengan sekuat hatinya. "ouwhh!....", leftenan razak mengaduh kesakitan. luna pantas menyepak kepala lelaki tersebut dengan sekuat hatinya. "bukk!....", kepalanya terkena dinding kapal terbang itu. dia terus jatuh pengsan di situ juga. "hey... dont move!...", jerit salah seorang ahli tentera yang ada di situ. profesor ismadi pantas menyepak wajah lelaki itu sehingga dia terjatuh di atas lantai kapalterbang. doktor park hoon dan kapten yusuf segera menendang nendang kepala lelaki itu di atas lantai sehinggakan dia tidak sedarkan diri lagi. seorang ahli tentera di situ segera mengangkat senapangnya. dia ingin menembak mereka semua tapi zarul pantas menyepak kaki lelaki tersebut sehinggakan dia terjatuh di atas lantai kapalterbang tersebut. lelaki tersebut ingin bangun tapi zarul pantas menginjak kepalanya dengan sekuat hatinya di atas lantai sehingga lelaki tersebut tidak mampu bergerak lagi. "ouwhhh... please... just let me go...", rayu lelaki itu. "oh i will let you go in one condition...", balas zarul dengan bengisnya. "what is it?", soal lelaki berbangsa inggeris itu. "you need to unlock this damn handcuff or i will kick your head until you die....", gertak zarul. "okay... okay, i will unlock that damn handcuff but let me take a breath first... please...", rayu lelaki tersebut. perlahan perlahan zarul mengangkat kakinya dari atas kepala lelaki itu. lelaki tersebut bangun dari atas lantai. dia mencapai anak kunci yang ada di dalam poket leftenan razak yang tidak sedarkan diri itu. dia mula membuka gari di tangan zarul. sebaik saja gari di tangannya terbuka zarul pun segera mengambil sepucuk senapang yang tergeletak di atas lantai. kemudian di acukannya muncung senapang tersebut tepat ke arah lelaki tersebut. "just unlock their handscuff now!!!...", bentak zarul dengan garangnya. mahu tidak mahu lelaki itu pun terpaksa membuka gari di tangan luna, profesor ismadi, kapten yusuf, dina, joshua dan juga doktor park hoon. mereka semua tersenyum lega sebaik saja mereka terlepas dari bala itu....

AUTHOR NOTE: Story ni semakin mencabar my friend. hampir hampir mizz ketandusan idea... ini pun idea last minute. entahkan korang boleh terima jalan cerita yang semakin merepek ni atau pun tidak itu terpulang pada diri korang sendiri

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now