MEREDAH KEGELAPAN 85

133 12 14
                                    

"jadi memang betullah korang ni anak makhluk asing... patutlah antibodi korang boleh melawan jangkitan virus yang mematikan itu. rupa rupanya korang ni anak makhluk asing...", sampuk profesor ismadi dengan nada suara yang cukup teruja. semua mata tertumpu ke arahnya. "oh... maaflah sebab aku menyampuk tadi. sebenarnya aku merasa cukup teruja apabila aku mendapat suatu penemuan yang menakjubkan seperti ini...", kata profesor ismadi sambil tersenyum riang. cepat cepat dia merampas corong suara kecil dari tangan zarul. "biar aku bercakap kepada semua alien alien ni dulu...", kata profesor ismadi pada zarul. tanpa banyak soal zarul membiarkan lelaki itu mengambil corong suara dari tangannya. "selamat datang ke planet bumi... aku fikir makhluk asing tidak wujud sama sekali di alam semesta ini tapi kehadiran korang di planet bumi telah pun mengubah persepsiku tentang makhluk asing... anyway, apa perancangan korang ke atas planet bumi selepas ini? korang nak menakluki planet bumi ini ke?", soal Profesor ismadi ingin tahu. "tidak... kami tidak ada rancangan hendak menakluki planet bumi... kami cuma ingin membawa putera carl dan puteri carla balik semula ke planet kami. itu saja...", balas panglima roman dengan jujur. zarul terkejut apabila dia mendengar perkataan makhluk asing itu. cepat cepat dia merampas corong suara dari tangan profesor ismadi. "apa?... korang nak bawa kami balik ke planet korang?", soal zarul cukup terkejut. "ya... raja mogor dan permaisuri rossa ingin bertemu dengan tuanku berdua... mereka sudah lama ingin bertemu dengan tuanku berdua...", balas panglima roman dengan pantas. belum pun sempat zarul bersuara luna terus saja merampas corong suara dari tangan pemuda itu. "tapi kami tidak boleh tinggalkan planet bumi dalam keadaan yang kacau bilau macam ni... korang telah memporak perandakan planet bumi... so korang harus bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi di planet bumi ini...", tutur luna dengan suara yang tegas sekali. "maafkan kami tuan puteri di atas apa yang telah terjadi... kami tidak bermaksud hendak mengacau bilaukan keadaan di planet ini... kami cuma hendak membawa tuan puteri dan putera carl bertemu dengan raja dan permaisuri kami... itu saja....", balas panglima roman dengan hormatnya.

"tapi macamana dengan semua manusia di planet bumi ini?... takkanlah mereka di biarkan hidup menderita di planet yang penuh dengan mayat hidup?... tidak boleh kah korang lakukan sesuatu untuk selamatkan penduduk bumi ini?", soal luna dengan wajah yang serius sekali. panglima roman terdiam seketika. dia seperti berfikir panjang pula. "begini sajalah... kami boleh ikut korang pulang ke planet medusa tu tapi dengan satu syarat...", tutur luna dengan pantas. "apa syaratnya?", soal panglima roman ingin tahu. "korang mesti tolong kami untuk musnahkan virus yang mematikan di seluruh planet bumi ini... aku nak korang dermakan darah korang untuk selamatkan semua penduduk di planet bumi ini... itu pun jikalau korang nak tolong kami...", tutur luna dengan tegas. "tapi itu bukan misi kami ke planet bumi... kami sebenarnya...", belum pun sempat panglima roman bersuara luna terus memotong perkataannya. "aku tahu ini bukan misi korang tapi tolonglah... aku merayu pada korang tolonglah selamatkan penghuni bumi... aku tahu korang boleh lakukannya kerana antibodi korang kuat. semua penduduk di planet medusa telah sembuh dari jangkitan virus tu jadi aku mohon agar korang bekerjasama dengan kami agar menyelamatkan nyawa manusia di seluruh planet bumi ni...", tutur luna separuh merayu. "tapi...", belum pun sempat panglima roman meneruskan perkataannya tiba tiba saja luna datang menghampirinya lalu dia sujud di depan kaki panglima roman. apabila zarul melihat luna sujud di depan kaki makhluk asing itu dia pun turut berbuat demikian. "tolonglah... kasihani semua penghuni di planet bumi yang menderita akibat serangan virus yang mematikan tu... jikalau korang tidak selamatkan semua penghuni di planet bumi ini sudah pasti di suatu hari nanti spesis manusia di muka bumi akan pupus buat selama lamanya dan aku tidak mahu perkara itu terjadi... so aku berharap sangat supaya korang selamatkan semua penghuni di planet bumi ini...", rayu luna sambil tunduk ke lantai. begitu juga dengan zarul di sebelahnya.

"oh... janganlah tuanku berdua sujud di depan kaki patik... patik merasa segan pula apabila tuanku berdua bersujud di depan kaki patik... bangunlah... apa apa pun patik akan cuba sampaikan usulan tuanku berdua pada ayahanda dan bonda tuanku berdua... patik berharap mereka akan bersetuju dengan usulan tuanku berdua...", tutur panglima roman sambil menarik tangan luna dan zarul supaya mereka berdiri di depan matanya. ketika mereka berada di situ tiba tiba ada skrin TV LCD muncul di atas dinding tidak jauh dari situ. "tak perlulah panglima roman menyampaikan semuanya itu pada beta... beta sudah mendengar semua butir perbualan korang sejak dari tadi lagi... beta dan permaisuri beta berkenan hendak menyelamatkan semua penghuni planet bumi sebab beta sudah menganggap penghuni bumi sama juga seperti rakyat jelata beta... apa apa pun beta sangat kagum dengan kebaikan hati puteri dan putera beta yang sanggup merayu bagi pihak penduduk bumi agar mereka di selamatkan. ini menunjukkan bahawa mereka tidak mementingkan diri sendiri dan beta sangat menyukainya. apa apa pun jangan bimbang wahai putera puteri beta yang tersayang, tidak lama lagi ayahanda dan bonda akan berangkat ke planet bumi beserta beberapa ahli saintis dan doktor terlatih dengan membawa bekalan darah yang mencukupi bagi membasmi jangkitan virus yang mematikan tu... jadi janganlah bersedih wahai putera dan puteri yang tersayang... ayahanda dan bonda akan pasti mengabulkan janji kami... cuma satu saja pinta ayahanda tolong maklumkan kepada pihak kerajaan planet bumi agar mereka menghentikan serangan ke atas kami sebab kami datang dengan tujuan untuk selamatkan penghuni planet bumi...", tutur raja mogor dalam skrin TV LCD yang besar itu. kelihatan seorang manusia (wanita) sedang duduk di sebelahnya. dia kelihatan cantik sekali. zarul dan luna terpegun sebaik saja mereka melihat makhluk asing bertubuh biru sedang duduk bersama seorang wanita cantik di atas singgahsana kerajaan planet medusa. "er... siapa mereka tu?", bisik luna pada panglima roman melalui corong suara di tangannya. "itulah ayahanda dan bonda tuanku berdua...", balas panglima roman perlahan lahan. zarul dan luna macam tidak percaya itu ialah ibu bapa kandung mereka yang sebenarnya tapi mereka tidak bersuara. mereka sebaliknya tunduk hormat di hadapan skrin TV LCD tersebut. "tak perlulah putera dan puteriku sayang tunduk hormat macam tu sekali pada ayahanda dan bonda di sini. ayahanda dan bonda akan segera menemui putera dan puteri di sana kelak... di harapkan semua penghuni bumi akan dapat menerima kehadiran kami dengan sebaik mungkin...", kata raja mogor sambil tersenyum lebar. selepas itu skrin TV LCD terus hilang dari lapisan dinding kapal piring terbang tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now