MEREDAH KEGELAPAN 22

211 20 0
                                    

"luna, tolong berdoa untuk kita supaya kita terselamat dari musibah ini... Tuhan telah menolong kau sehingga kau sembuh dari penyakit kau tu dan sekarang aku nak kau berdoa semoga Tuhan menolong kita...", kata vijay sambil menembak ke arah zombie zombie itu. "ada ke masa untuk berdoa lagi?... ini masa darurat lorh...", sampuk zarul di sebelah luna. luna cuma mendiamkan dirinya. dia terpaksa berdoa kepada Tuhan di dalam hati semoga mereka terselamat dari di serang oleh gerombolan zombie zombie tersebut. dalam keadaan mencemaskan itu tangan zarul tertekan alat picu bom jangka yang di pegangnya saat itu. serentak dengan itu seluruh bangunan tersebut meletup dengan dahsyatnya. zarul, luna dan vijay terjatuh di atas lantai sebaik saja bangunan itu musnah di depan mata mereka. selepas itu zarul tidak tahu apa yang telah terjadi ke atas dirinya. begitu juga dengan luna dan vijay. masing masing tidak sedarkan diri.

*** *** ***

perlahan lahan zarul membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah gua yang agak suram sekali. dalam cahaya suram itu dia nampak luna berbaring di sebelahnya. begitu juga dengan vijay. terdengar bunyi parang di asah oleh seseorang. dia mengalihkan pandangan matanya ke arah datangnya bunyi itu. kelihatan lelaki bercawat itu sedang tunduk sambil mengasah parang di tangannya. sesekali dia berhenti untuk merasai ketajaman mata parang yang di asahnya. "aaaahhhhh...", kedengaran suara rintihan seseorang di sebelahnya. rupa rupanya luna mulai tersedar dari pengsannya. begitu juga dengan vijay di sebelahnya. mereka mulai bangun dan duduk di atas lantai gua sambil mengurut belakang tengkuk yabg terasa berat semacam. "ohh... korang sudah tersedar eh?... baguslah kalau macam tu... aku fikir korang sudah mati setelah meletupkan bangunan tu tapi tak sangka pula korang mempunyai umur yang panjang...", kata lelaki bercawat itu sambil berdiri di hadapan wajah zarul, luna dan vijay. "er.... tentu kau ni ialah....", perkataan zarul di potong pantas oleh lelaki tersebut. "ya... aku ialah profesor madya rashidi... anyway, aku nak tanya korang ni... apakah korang sudah di gigit oleh mayat mayat hidup tu tadi?", soal lelaki bernama profesor madya rashidi sambil memegang erat parang miliknya. "tak... kami tidak di gigit tapi perempuan ni telah di gigit oleh zombie zombie tu tadi....", vijay bersuara sambil menudingkan jarinya ke arah luna. zarul merasa sungguh marah sekali apabila dia mendengar perkataan vijay itu. "hey... apa ni?.... tak boleh ke kau bersikap supporting sikit?", soal zarul pada vijay secara berbisik. "eh... aku cakap yang betullah... memang dia terkena gigitan zombie zombie tu tadi...", balas vijay dengan wajah yang serius.

"betul ke apa yang dia cakapkan tu?", soal profesor madya rashidi pada luna sambil mengacukan parangnya ke arah gadis tersebut. "ya....", balas luna sepatah. "kalau macam tu aku akan bunuh kau!", profesor madya rashidi mula mengangkat parangnya ke udara. dia ingin memenggal kepala luna dengan parang miliknya tapi dia terus di halang oleh zarul. "nanti dulu.... kau tak boleh bunuh dia...", zarul bersuara seraya memegang erat tangan lelaki tersebut. "kenapa pula?", soal profesor madya rashidi dengan dahi yang berkerut. "sebab aku rasa dia kebal terhadap X virus tu.... buktinya dia masih hidup sehingga ke saat ini biarpun dia sudah di gigit oleh zombie zombie tu beberapa jam yang lalu... penyakit asmanya pun hilang sebaik saja dia di gigit oleh zombie zombie tu...", zarul bersuara dengan pantas sekali. "betul ke ni?", soal profesor madya rashidi. "betul...", balas zarul sepatah. "ahhh!... aku tak percaya... ini tentu tipu daya kau supaya aku tidak membunuh perempuan ni kan?...", bentak profesor madya rashidi dengan wajah yang bengis sekali. "tapi zarul cakap yang betul... aku tak rasa sakit lagi malah aku merasa sihat walafiat sekarang... kalau aku tidak kebal terhadap virus tu sudah tentu aku dah mati dan bertukar menjadi zombie beberapa minit yang lalu tapi sampai sekarang aku masih okay saja...", sampuk luna setelah lama berdiam diri. "kau fikir aku boleh percaya dengan perkataan kau tu ke?... satu apa pun aku tak percayalah... so bersiap sedialah kau untuk mati...", profesor madya rashidi bersuara sambil mengangkat tinggi tinggi parang di tangannya. belum pun sempat dia memenggal kepala luna, zarul pantas menyepak tangan lelaki tersebut sehingga parang yang di pegangnya terjatuh di atas tanah. profesor madya rashidi menggetapkan giginya. geram betul dia apabila dia melihat pemuda itu menentangnya.

"kau sudah gilakah, hah?... perempuan tu sudah di jangkiti X virus lorh tapi kau masih juga ingin membelanya?", marah profesor madya rashidi. "aku bukan gila... tapi kau tu yang gila... kau memburu setiap manusia yang terdampar di pulau ini. kemudian kau bunuh dan makan daging manusia tu tanpa rasa belas kasihan. bagiku kau sama saja seperti zombie zombie tu semua...", bentak zarul. perlahan lahan profesor madya rashidi bangun dari atas lantai gua itu. "kau tahu tak kenapa aku buat macam tu?... sebab aku tak mahu sesiapa pun masuk ke dalam bangunan celaka tu. itu sebabnya aku bunuh semua manusia yang terdampar di pulau ini. aku fikir dengan membunuh sesiapa saja yang terdampar di pulau ni tidak ada yang akan terjangkit dengan X virus tu tapi tak sangka pula korang telah berjaya memasuki bangunan celaka itu... memandangkan korang sudah banyak tahu tentang rahsia bangunan tu maka aku terpaksa membunuh korang sekarang juga...", soal lelaki itu sambil cuba mengambil parang miliknya dari atas. "tapi kami sudah berjaya memusnahkan bangunan dan juga zombie zombie tu semua... jadi kau tak boleh bunuh kami macam tu saja...", kata zarul dengan pantas. "walau pun korang sudah berjaya memusnahkan bangunan dan juga zombie zombie tu tapi aku tak akan biarkan korang hidup sebab aku tak mahu korang akan sebarkan rahsia tentang pulau coccoon ni di seluruh dunia...", kata profesor madya rashidi dengan wajah yang serius. "tapi takkanlah kami...", belum pun sempat zarul menghabiskan perkataannya tiba tiba saja lelaki tersebut menerkam ke arahnya dengan parang terhunus di tangannya. zarul terpaksa mengelakkan diri dari terkena hayunan parang lelaki tersebut. dalam keadaan yang mencemaskan itu luna ternampak lembing milik lelaki tersebut. dia pun segera mengambil lembing itu. "ambil lembing ni zarul!...", luna segera melemparkan lembing tersebut ke arah zarul. cepat cepat zarul meraih lembing itu. dia mula menggunakan lembing tersebut demi mempertahankan dirinya...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now