MEREDAH KEGELAPAN 45

194 17 1
                                    

"kenapa dengan dia?", soal suatu suara. mereka semua menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan profesor ismadi berdiri di ambang pintu sambil memandang ke arah vivian. "oh... dia mengigau saja, prof...", jawap luna dengan ringkas. "oh begitu... aku rasa lebih baik korang ikut aku sekarang... ada sesuatu yang ingin aku tunjukkan pada korang semua...", profesor ismadi bersuara dengan pantas. "apa dia prof?...", soal luna ingin tahu. mereka semua terus mengeko profesor ismadi dari belakang. "dari apa yang aku perhatikan hasil penyelidikan darah korang boleh di katakan sangat menakjubkan... cuba korang tengok ni...", profesor ismadi segera menunjuk ke arah skrin komputer yang terletak di atas meja kerjanya. semua mata mereka kini tertumpu di atas skrin komputer. "korang tengok ni... darah zarul mempunyai keupayaan untuk menentang X virus. manakala darah luna mampu menyerap X virus sehingga menyebabkan antibodynya semakin kuat untuk menentang penyakit. apabila aku mencampurkan darah zarul dan darah luna ia menghasilkan suatu gabungan sel darah yang menakjubkan.... dalam erti kata yang lain ianya menghasilkan antibody yang kuat untuk menentang segala jenis jangkitan virus, bakteria atau pun kuman yang lainnya... maksudku dengan penggabungan sel darah di antara dua jenis darah yang berbeza ini berkemungkinan besar ianya akan meningkatkan keupayaan antibody seseorang untuk menentang jangkitan X virus dalam tubuhnya....", jelas profesor ismadi dengan panjang lebar. "so?....", luna merenung wajah profesor ismadi. begitu juga dengan yang lain. "so, aku ingin melakukan ujian terakhir pada manusia yang di jangkiti X virus. aku ingin menguji samada penyelidikan aku ni berjaya atau pun tidak. aku akan menjalankan uji kaji ini ke atas karina sebab dia telah pun di jangkiti X virus tu...", tutur profesor ismadi dengan pantas.

semua orang kini memandang ke arah karina yang sedang terbaring lemah di atas kerusi sofa tidak jauh dari situ. "aku tak kisah jikalau aku di jadikan bahan uji kaji korang... yang penting aku dapat di sembuhkan...", karina memberi kata putusnya. "thats good.... sekarang aku nak ambik sedikit darah zarul dan sedikit darah luna. lepas tu aku mencampurkan kedua dua darah tu dan masukkannya ke dalam jarum suntikan di tanganku ini. kemudian aku akan suntikkannya ke dalam tubuh karina. selepas tu kita akan menunggu keputusannya pada pagi esok.... boleh kan?", profesor ismadi bersuara dengan pantas. "boleh...", balas mereka semua hampir serentak. tanpa membuang masa lagi profesor ismadi pun mula mengambil sampel darah zarul dan juga luna. kemudian dia mencampurkannya di dalam bikar kaca kecil di tangannya. dia mula menggoncangkan darah dalam botol kecil tersebut sehingga ianya sebati. apabila ianya kelihatan sebati dia mengambil jarum suntikan dari dalam mangkuk besi yang ada di situ. darah itu di masukkannya ke dalam jarum suntikan tersebut. kemudian dia menghampiri karina yang terbaring di atas kerusi sofa tidak jauh dari situ

dia memeriksa keadaan karina. tubuhnya kini terasa panas semacam. mungkin dia di serang demam panas. biasanya orang yang di jangkiti virus atau pun bakteria berbahaya akan mengalami demam yang berpanjangan. itu adalah perkar biasa yang terjadi apabila antibody seseorang sedang bekerja keras menentang jangkitan virus di dalam tubuhnya. "sekarang aku akan suntikkan lengan kau dengan darah ni... harap kau akan dapat bertahan...", ucap profesor ismadi sambil memandang wajah gadis tersebut. "baiklah..", balas karina sepatah. profesor ismadi mula menyuntik darah tersebut ke dalam tubuh karina. setelah menyuntiknya profesor ismadi bangun lalu berdiri di hadapan gadis itu. "kau berehat dulu, ya.... aku akan memeriksa keadaan kau pagi esok....", kata profesor ismadi pada gadis tersebut. "baiklah...", balas karina sepatah. "so apa kita kena buat lepas ni?", soal luna pada profesor ismadi. "kita akan tunggu hasil uji kaji tu pagi esok... aku rasa lebih baik kita tidur dulu... take some rest...", saran profesor ismadi perlahan lahan. "baiklah prof....", balas mereka semua hampir serentak. mereka pun melangkah menuju ke tempat pembaringan masing masing.

"rul... apa yang ingin kau ingin katakan padaku sebentar tadi?", luna pada zarul ketika mereka kembali berbaring di atas tikar getah tempat mereka berbaring sebentar tadi. zarul terdiam seketika. dia lihat luna menatap wajahnya dengan mata yang tidak berkelip. "oh... er.... aku... aku...", tiba tiba saja lidah zarul terasa kelu semacam. entah kenapa lidahnya menjadi kelu macam tu pun dia sendiri tidak tahu. mungkin kerana luna menatap wajahnya terlalu lama so dia jadi tidak menentu dan lidahnya pula menjadi kelu? hm... entahlah.... "eh... kenapa kau tergagap gagap pula?... sebenarnya apa yang ingin kau katakan padaku?", soal luna sekali lagi. "oh.... nothing...", dalih zarul pula. dia terpaksa berdalih kerana lidahnya terasa kelu secara mendadak. mungkin lain kali saja dia meluahkan perasaannya pada luna, begitu kata hati kecilnya. "betul ke ni?...", soal luna macam tidak percaya pula. "ya...", balas zarul sepatah. "tapi kenapa kau pegang tangan aku masa kau bercakap sesuatu padaku tadi?... kau sepertinya ingin meluahkan sesuatu padaku...", luna bersuara sambil merenung wajah pemuda itu. renungan mata luna membuatkan zarul jadi tidak menentu. "oh... just forget about that...", balas zarul cepat cepat. dia lihat luna masih lagi merenung wajahnya. "wooahhhh.... aku terasa mengantuklah pula... er, aku masuk tidur dulu, ya... good night....", zarul berpura pura menguap panjang lalu dia berbaring dan terus melelapkan matanya. luna hanya terpinga pinga di tempat tidurnya.

*** *** ***

awal pagi lagi profesor ismadi sudah bangun dari tidurnya. dia memeriksa keadaan karina. "good morning karina.... how are you today?", soal profesor ismadi sebaik saja gadis itu terjaga dari tidurnya. "good morning prof... aku rasa macam okay saja ni...", jawap karina perlahan lahan. "iye ke?... biar aku periksa keadaan kesihatan kau dulu, ya...", profesor ismadi mula memeriksa suhu badan gadis itu dengan menggunakan termometer di tangannya. pada masa yang sama luna baru saja terjaga dari tidurnya. dia lihat tangan sasa zarul berada di atas pinggangnya. mungkin pemuda itu menganggapnya seperti bantal peluk kot maka pinggangnya pun di peluk ketika dia tidur? entahlah... perlahan lahan dia mengangkat tangan sasa zarul dari terus melingkari pinggangnya. namun tangan sasa itu kembali memeluk pinggangnya. luna memutarkan bola matanya. "zarul....", luna menggoncang perlahan bahu kiri pemuda itu. "hmmmmm....", gumam zarul dengan malas sekali. matanya masih tertutup rapat, "boleh tak kau angkat tangan kau ni dari pinggang aku?", soal luna cukup geram sekali. "oh.... sorry!.... sorry!....", zarul segera bangun lalu menarik tangannya dari pinggang gadis itu. mukanya kemerahan menahan rasa malu di dalam dada. "er.... aku pergi ke tandas dulu...", cepat cepat zarul beredar dari situ. luna terpinga pinga di saat dia menyaksikan tindak tanduk pemuda itu. baginya zarul semakin pelik. "luna!...", lamunannya terhenti sebaik saja dia terdengar namanya di panggil orang. dia mendongakkan kepalanya. kelihatan profesor ismadi memanggilnya. "aku dah periksa suhu badan karina.... nampak gayanya panas badannya semakin berkurangan....", kata profesor ismadi sambil menunjukkan bacaan suhu badan karina yang telah di catatkannya di dalam kertas. "oh thats mean?...", luna memandang wajah profesor ismadi. "mungkin dia akan sembuh dari demam panasnya dan mungkin juga antibodynya sudah semakin kebal dengan kehadiran darah korang tu.... siapa tahu kan...", ucap profesor ismadi perlahan lahan. "oh.... harap harap begitulah hendaknya...", tutur luna dengan penuh pengharapan.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now