MEREDAH KEGELAPAN 7

376 24 5
                                    

"uweekkk!... busuknya bau mayat ni....", tan fai long bersuara sambil menutup hidungnya. "yelah... baunya busuk sekali...", komen luna pula. dia pun turut menutup hidungnya dengan tangannya. begitu juga dengan rakan rakan mereka yang lain. "mari kita pergi dari sini...", ajak zarul. mereka pun beredar dari situ. "aku rasa tak sedap hatilah...", gina bersuara perlahan lahan. mereka yang lain melangkah sambil memandang wajahnya. "bukan kau seornag saja yang tak sedap hati. aku pun rasa macam tu juga...", komen luna di sebelahnya. "agaknya apa yang telah terjadi kat tempat ini ar? tempat ini menggerunkanlah...", kata tan fai long di belakang mereka. zarul memberhentikan langkah kakinya. begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. dia menarik keluar pelan bangunan yang di ambilnya dari atas dinding bangunan sebentar tadi. dia mula memerhatikan pelan bangunan tersebut. "kat bahagian ni ada makmal lah... memang sah tempat ni di jadikan sebagai tempat penyelidikan... kalau tidak masakan ada makmal dalam bangunan ini...", hezron bersuara seraya menunjuk ke arah pelan bangunan yang di tulis dengan perkataan makmal. "so what do u think?", soal zarul minta pendapat dari pemuda tersebut. "i think kita patut pergi ke makmal tu... aku nak siasat juga apa yang ada dalam makmal tu...", kata hezron padanya. mereka berbalas pandangan seketika.

"buat apa kita pergi menyiasat pula? bukankah bagus kalau kita cari jalan keluar dari tempat ni...", vijay memberikan pendapatnya. "kau tak nak tahu ke apa yang telah terjadi pada tempat ni?... kau tak nak tahu apasal ada mayat tak berkepala dalam bangunan ni?", soal hezron bertalu talu. "buat apa aku nak tahu benda benda tu semua? buat sakit kepala aku aje... lebih baik kita keluar dari tempat ni... aku rasa lelaki kanibal tu sudah berhenti memburu kita... mungkin dia sudah masuk ke dalam guanya... daripada kita terus terperangkap kat sini lebih baik kita keluar dari sini....", vijay bersuara lagi. "i dont agree with you... kita patut siasat dulu apa yang telah terjadi di tempat ni... ke mana perginya 48 orang yang telah masuk ke tempat ini...", kata hezron dengan pantas sekali. "kau fikir kita ni ahli penyiasat ke?... kita bukan penyiasat lorh... so tak perlulah kita siasat benda benda tu semua...", bidas vijay. "kita perlu siasat... ini satu perkara yang pelik tau... so we better check it out...", kata hezron pula. "tak perlu siasat lorh...", vijay membantah. "perlu di siasat...", tegas hezron pula. "tak perlu...", bantah vijay. "perlu...", tegas hezron pula. mereka mula berbantah bantahan. masing masing tidak mahu kalah. masing masing ingin menang dengan pendapat sendiri. "wei.... berapa kali aku cakap pada korang ar... tolong jangan berbantah bantahan macam budak kecik... aku tak suka tengok korang berbantah bantahan macam tu...", bentak zarul. mereka terus terdiam di situ.

"aku rasa kita patut siasat dulu tempat ni sebelum kita keluar dari tempat ni...", zarul bersuara setelah dia berfikir panjang. "oh!... damn it...", vijay menggerutu sendirian. manakala hezron pula tersenyum kemenangan. "mari kita pergi ke makmal tu... aku pun nak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi di tempat ni...", kata zarul. mereka mula melangkah meninggalkan tempat tu. hanya vijay masih berdiri di situ. "yuk...", ajak benji pada pemuda tersebut. mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengekori mereka dari belakang. mereka melangkah di ruang koridor yang agak suram sedikit. luna memegang erat lengan kiri zarul. manakala gina pula memegang erat lengan kiri abangnya hezron. tan fai long dan juga benji melangkah di belakang zarul dan hezron. hanya vijay seorang saja yang melangkah di belakang mereka. ketika mereka sedang melangkah di ruang koridor tersebut mereka terdengar bunyi suara yang aneh dari dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. macam suara deraman yang agak pelik juga. nak di katakan bunyi tu bunyi deraman anjing tak juga. mereka berhenti mendengarkan suara deraman itu. perlahan lahan mereka cuba mencuri pandang ke dalam bilik tersebut melalui pintu kaca yang terletak tidak jauh dari situ. alangkah terkejutnya mereka sebaik saja mereka lihat ada seorang lelaki sedang leka memakan daging manusia yang sudah mati di atas lantai tidak jauh dari situ. terus terbeliak biji mata mereka sebaik saja mereka menyaksikan kejadian itu. "oh my God... what the....", belum pun sempat hezron bersuara zarul segera menutup mulut rakannya itu dengan tangannya sendiri. "jangan bisinglah...", bisik zarul. serentak dengan itu, zarul lihat makhluk tersebut menoleh ke arah mereka. dia pun pantas bersembunyi di sebalik pintu itu. begitu juga dengan hezron dan rakan rakannya yang lain. ketika mereka sedang bersembunyi di situ tiba tiba saja pintu tersebut di buka orang dari dalam. kelihatan seorang lelaki berwajah pucat dan berlumuran darah di bahagian mulutnya sedang memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang menggerunkan. "groooooarrrrrrr!!!!....", tiba tiba saja lelaki berwajah pucat dan berlumuran darah itu menyerang mereka dengan cuba menangkap mereka. lagaknya seperti manusia kanibal yang baru saja mereka jumpa sebentar tadi tapi yang satu ni berbau busuk mengalahkan bau mayat yang mereka temui sebentar tadi. "lariiiii!!!!!!!", jerit zarul. dengan sepantas kilat mereka melarikan diri dari situ. "zarul... lelaki apakah itu? dia manusia kanibal juga ke?", soal hezron sambil berlari. "entahlah... aku sendiri pun tak tahu... yang pastinya itu bukan manusia...", balas zarul memberikan pendapatnya. mereka berlari dengan pantas sekali. "maksud kau?", soal hezron. "no need to talk about that right now... kita harus selamatkan diri kita dahulu... kalau tak kita akan mati di bunuhnya...", kata zarul. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa berlari dengan laju sekali.

ketika mereka sedang berlari di ruang koridor itu tiba tiba keluar pula beberapa orang lelaki berwajah mengerikan dari dalam bilik yang berhampiran. mereka juga berlari mengejar mereka dari belakang. "alamak...mereka semakin banyaklah... macamana ni?", soal tan fai long sedikit panik. "kita lari masuk ke dalam bilik makmal tu....", zarul pantas berlari masuk ke dalam bilik makmal yang terletak tidak jauh dari situ. pintu bilik makmal segera di tutup dan di kunci dari dalam. tak cukup dengan itu zarul meletakkan meja dan kerusi di hadapan pintu makmal tersebut agar ianya tidak dapat di buka dari luar. mereka yang lain pantas bekerjasama mengangkat dan meletakkan meja dan kerusi di hadapan pintu makmal itu. "bakkkk!.... bakkkk!!!!!!..... bakkk!!!!!....", kedengaran pintu makmal tersebut di pukul dan di hentam oleh makhluk makhluk yang mengejar mereka sebentar tadi. "groarrrrr!!!!....", kedengaran deraman seperti binatang buas bergema di luar pintu makmal itu. zarul dan kawan kawannya hanya berdiri di situ dengan peluh dingin mengalir di atas dahi mereka. buat pertama kali dalam hidup mereka, mereka terpaksa berhadapan dengan situasi yang menggerunkan itu. masing masing berwajah pucat lesi dan menggigil ketakutan...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now