MEREDAH KEGELAPAN 28

238 22 7
                                    

"lu.... na?.... ", kedengaran suara ibunya memanggil namanya. "ibu.... ibu sudah sedar?", luna bertanya sambil mengesat air mata yang mula mengalir di pipinya. "lu.... na... ibu tak menyangka kau.... kau akan da.... datang menjenguk ibu.... ibu fi.... fikir kau masih ber... ada dalam keada...an koma di hos... pital tu. maklum...lah kau ter... li... bat da...lam nahas heli... kopter sebulan ya...ng lalu...", kata ibunya dalam kepayahan. "oh... tapi aku dah sedar dari koma ibu.... itu sebabnya aku berada kat sini bersama ibu.....", luna cuba berwajah ceria padahal dalam hatinya dia merasa sungguh sedih sekali. "lu.... na, ada sesua... tu yang ing... in ibu kata... kan pada kau. luna, ada satu bencana te.... lah me.... landa se... luruh bandaraya ini. ada ma.... mayat hi.... dup menggigit dan mem... bunuh manusia. sesi... apa yang terkena gi....gitan ma.... yat hi.... dup tu dia akan jatuh sa.... kit lalu ma.... mati. kemudian dia akan bertu.... kar menjadi ma.... yat hi.... dup. ibu rasa.... ibu pun akan ja.... di mayat hi.... dup seperti me... mereka sebab tangan ibu ni sudah di gi... git oleh mayat hi.... dup tu semasa ibu pergi mem.... beli be...lah tempo... hari. sekarang ibu jatuh sa.... kit dan tak la....ma lagi ibu akan ma.... ti....", kata kata ibunya terus di potong pantas oleh luna.

"tidak ibu.... tidak.... ibu akan sembuh jika ibu makan ubat dan makan makanan yang berkhasiat. ibu jangan bimbang ya..... biar aku pergi ambil ubat dan makanan untuk ibu ya...", cepat cepat luna bangun tapi dia di halang oleh ibunya. "tak pa... yah, luna... ibu rasa... ajal ibu su... dah dekat... ibu nak berpesan pa...da kau. tolong ja... ga adik kau bi... la ibu tiada ke... lak... kau se... bagai kakaknya ha... rus menjaga adik kau sen... diri... ingat pesanan ib...u ni, ya...", tutur ibunya dalam kesakitan. "baiklah ibu... aku berjanji akan menjaga adik Joshua dengan baik...", balas luna perlahan lahan. "ibu sa... yangkan ko... rang...", ucap ibunya dalam nada suara yang lemah sekali. "ya... kami pun sayangkan ibu juga...", ucap luna dengan sedih. baru saja ibunya tersenyum padanya tiba tiba saja dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga. tangannya terkulai lemah dan tubuhnya menjadi kaku. luna terkejut sebaik saja dia melihat ibunya meninggal dunia secara mendadak. "ibu!!... ibu!!... oh!... tidak... ibu!!...", jerit luna dalam esak tangisnya. joshua adiknya turut menangis di sebelahnya. zarul meletakkan tangannya di atas bahu luna. "luna... bawa bersabar dan bertenanglah...", zarul cuba menenangkan gadis itu tapi luna masih juga menangis. "macamana aku hendak bersabar dan bertenang zarul?... ibu aku meninggal dunia akibat terkena gigitan zombie zombie celaka tu... ini semua salah aku sebab aku tidak menembak kepala 2 orang tentera dan pilot helikopter tu tempohari. kalaulah aku tembak kepala mereka tempohari sudah tentu virus celaka itu tidak merebak ke dalam bandaraya ini dan sudah tentu ibu ku masih hidup sehingga ke hari ini...", ucap luna dengan penuh emosi. airmata semakin deras membasahi pipinya. "ini bukan seratus peratus kesalahan kau, okay... ini ialah suratan takdir yang telah di tentukan oleh Tuhan... kau harus terima hakikat ini dengan tabah dan sabar...", zarul cuba menasihati gadis tersebut namun esak tangisnya masih kedengaran. pada saat mereka sedang bersedih di situ tiba tiba, "eh... ibu dah sedarlah kak...", joshua bersuara sambil menggamit lengan kiri kakaknya.

luna segera memandang ke arah ibunya. kelihatan ibunya memandang ke arah mereka dengan mata yang terbeliak. perlahan lahan luna mengambil pistol miliknya. "ibu...", joshua pantas menghampiri ibunya. "groooooarrrr!!!!....", tanpa di duga wanita itu mencengkam erat tangan joshua lalu dia membuka mulutnya seperti hendak menggigit tangan anak muda tersebut. luna pantas menembak kepala wanita itu dengan menggunakan pistol di tangannya. terus rebah wanita tersebut di atas katilnya. luna menangis di saat dia melihat mayat ibunya tergeletak di atas katil dengan kepala yang berdarah akibat di tembaknya sebentar tadi. "ibu....", jerit joshua. cepat cepat dia memeluk tubuh kaku ibunya. perlahan lahan luna menghampiri adik lelakinya itu. "dik...", luna menyentuh bahu kiri adiknya tapi tangannya di tepis dengan kasar oleh adiknya joshua. "kenapa kakak bunuh ibu?.... kakak jahat!!!... kakak jahat!!!!...", bentak joshua penuh emosi. dia menangis sambil memeluk mayat ibunya. "dik... akak terpaksa bunuh ibu sebab ibu dah bertukar menjadi zombie...", balas luna dengan jujur. "bohong!... kakak sengaja membunuh ibu sebab kakak bencikan ibu kan?... maklumlah ibu sering memarahi kakak dari dulu lagi sebab itulah kakak bunuh dia...", joshua bersuara dengan marah. "aku tidak berniat membunuh ibu dik... sebenarnya ibu kita sudah mati beberapa minit yang lalu... apa yang adik lihat tu ialah mayat ibu yang telah bertukar menjadi zombie... akak tak mahu mayat ibu menggigit tangan adik sebab tu akak menembak mayat ibu tu tadi...", terang luna. "bohong!... aku tidak percaya cakap kakak tu... kakak memang jahat... kakak memang jahat!!!...", bentak joshua cukup marah.

luna merasa sungguh sedih dan tertekan. dia terus berjalan meninggalkan bilik tidur tersebut. zarul mengekorinya dari belakang. "luna, kita patut pergi dari sini... aku takut jika kita berada kat sini lama lama sudah tentu semua zombie zombie tu akan datang ke sini...", kata zarul pada gadis itu. luna tidak mengendahkan perkataannya. malah dia berjalan ke ruang tamu lalu berdiri di tengah tengah ruang tamu sambil memegang erat pistol di tangan. perlahan lahan dia meletakkan muncung pistolnya di atas kepalanya. "hey!... luna... apa yang kau cuba lakukan ni?.....", marah zarul. "aku tak harus hidup di muka bumi ini lagi.... aku seharusnya mati...", luna bersuara dalam nada suara yang sedih sekali. muncung pistol masih di letakkan di atas kepalanya sendiri. "kenapa kau cakap macam tu pula?", soal zarul cukup bengang sekali. "sebab akulah semua penduduk di bandaraya rattoon city ni di jangkiti X virus tu... termasuklah ibu aku sendiri. dia mati kerana virus celaka tu dan sekarang adik aku sendiri mula bencikan aku sebab dia fikir aku sengaja membunuh ibu padahal aku tak berniat macam tu... apa apa pun virus tu sudah memusnahkan hidup semua orang di bandaraya ini... termasuklah ibuku... so, kesimpulannya manusia seperti aku tidak patut di biarkan hidup lama di muka bumi ini sebab akulah penyebab utama kenapa bencana ini bisa terjadi...", kata luna dengan penuh emosi. "oh... stop blaming yourself!!!.... goddamnit!... bunuh diri bukan jalan penyelesaian yang terbaik, okay!.... itu satu tindakan yang bodoh!...", zarul cuba menasihati gadis tersebut. perlahan lahan dia melangkah menghampiri gadis itu. "aku tahu tindakanku ni bodoh tapi aku sedih dan tertekan, rul... di sebabkan kecuaian akulah ibu aku kehilangan nyawanya...", belum pun sempat luna menghabiskan perkataannya zarul pantas merampas pistol itu dari tangannya. "eh... apa kau buat ni?... biar aku bunuh diri saja lorh...", bentak luna tapi zarul tidak mengendahkan perkataannya. malah dia cuba merampas pistol itu dari tangan luna. "jangan jadi gilalah luna!... kau bunuh diri sekali pun ibu kau tak akan hidup semula, tau tak!!...", bentak zarul cukup marah sekali. pistol di tangan luna di rampasnya dengan kasar sekali. luna kembali menangis sedih. zarul terus memeluk gadis itu. luna menangis dalam pelukannya.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now