MEREDAH KEGELAPAN 18

261 22 8
                                    

"apa yang perlu kita lakukan sekarang?... apakah kita perlu tinggal kat sini lebih lama lagi?", soal tan fai long pada zarul. "tengoklah macamana... aku susah hati lah tengok si gina tu.... dia demam teruk. macamana dia nak teruskan perjalanan dengan kita sedangkan dia tidak berapa sihat....", balas zarul perlahan lahan. mereka berbalas pandangan seketika. "kalau macam tu kita tunggu kat sini sampai gina rasa okay. lepas tu barulah kita ciao dari sini... korang setuju tak dengan cadangan aku ni?", soal luna. "kami setuju...", balas mereka semua hampir serentak. selepas itu mereka pun duduk diam di situ. Ketika mereka berada di situ tiba tiba saja tan fai long terpandang akan sesuatu. dia lihat ada sebuah meja di tutupi dengan kain tidak jauh dari situ. perlahan lahan dia membuka kain tersebut. alangkah terkejutnya dia bila dia lihat ada radio transmitter di situ. "hey, zarul tengok ni... ada radio transmitterlah kat sini...", tan fai long bersuara sambil menggamit bahu kiri pemuda melayu itu. zarul segera melangkah menghampiri pemuda cina tersebut. kelihatan radio transmitter yang agak berdebu tergeletak di atas meja tersebut. "cuba kau pasangkannya... manalah tahu ianya masih berfungsi...", zarul menyuruh tan fai long memasang radio transmitter tersebut. tanpa banyak soal pemuda itu pun mula memasang radio transmitter tersebut.

"ssssssss....", kedengaran radio transmitter itu berbunyi berdesis sebaik saja ianya di hidupkan. "ianya masih berfungsilah...", kata tan fai long cukup gembira sekali. "cuba kau hubungi pihak luar... manalah tahu ada pihak yang akan mendengar panggilan kecemasan dari kita...", sekali lagi zarul memberikan arahannya. tan fai long pun terus mencuba menghubungi pihak luar dengan menggunakan radio transmitter itu. "hello... hello.... ada sesiapa tak di luar sana?... hello... hello...", tan fai long mula bersuara sambil cuba memusing musing tombol radio transmitter itu perlahan lahan. "ssssss...", kedengaran bunyi radio transmitter tersebut berdesis panjang. "kau fikir ada ke orang dapat terima isyarat dari radio transmitter tu?", soal hezron pada benji di sebelahnya. "nggak tau sih... bisa di terima... bisa jugak nggak di terima... itu tergantung pada kondisi cuaca.... kalau baik isyaratnya bisa di terima sih tapi kalau nggak baik isyaratnya nggak bisa tembus...", jawap benji. "oh begitu... anyway, bagaimana dengan keadaan kau sekarang? kau tak rasa demam ke?", soal hezron ingin tahu. "nggak loh... gue rasa okay aja ni...", balas benji. "oh kalau macam tu baguslah tu...", hezron menarik nafas lega sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda indo itu. "mungkin dia tidak di jangkiti oleh X virus tu.... buktinya dia sihat sihat saja...", bisik hati kecilnya. dia memandang tangan benji yang kudung sebelah itu. nasib baik zarul segera memotong tangan pemuda indo itu sebentar tadi kalau tidak sudah tentu dia sekarang jatuh sakit macam adiknya gina.

sementara itu kelihatan tan fai long masih berusaha menghubungi pihak luar, "hello.... hello....", tan fai long bersuara lagi buat ke sekian kalinya. tiba tiba, "ya... hello... hello... siapa ni?", kedengaran suatu suara menjawap panggilannya. "oh syukurlah... ada orang telah menerima isyarat radio transmitter ni...", tan fai long bersuara dengan riangnya. "cepat... balas perkataannya tu...", gesa zarul. "hello... nama aku tan fai long... aku terdampar di pulau coccoon bersama 6 orang rakanku... kapalterbang yang kami naiki telah terhempas di perairan hasafik... kami hanyut di bawa arus sehingga terdampar di pulau coccoon ni... tolong ambil kami di sini sebab kami ingin balik ke tanahair kami dengan segera....", kata tan fai long panjang lebar. "oh... berapa orang yang terdampar di pulau tu?", soal lelaki dari dalam radio transmitter itu. "7 orang termasuk aku sendiri...", balas tan fai long dengan pantas sekali. "baiklah... kami akan...", belum pun sempat lelaki tersebut menghabiskan perkataannya tiba tiba saja radio transmitter itu berasap secara mendadak. ianya seperti mengalami malfunction pula. "oh shit... benda ni sudah rosaklah!...", ujar tan fai long dengan kecewa sekali. "kita tak boleh buat apa apa lagi selain daripada berdoa ke hadrat ilahi... semoga pihak yang menerima dan mendengar isyarat radio transmitter ni akan datang menolong kita di sini...", kata zarul. "harap harap macam itulah hendaknya...", balas tan fai long perlahan lahan.

"eh... gina sudah sedarlah...", kata luna sebaik saja dia melihat gadis itu membuka matanya. "gina are you okay?", soal luna ingin tahu. "tak.... aku ma... masih te... rasa sakit... er, ma... mana abang ron?....", soal gina dengan lemah sekali. cepat cepat luna bangun lalu dia pergi memanggil sepupunya itu. "ron, adik kau panggil kau tu...", luna menggamit bahu hezron sebaik saja dia berdiri di sebelah pemuda tersebut. perlahan lahan hezron menghampiri adik perempuannya itu. "ya, ada apa gina?", soal hezron ingin tahu. giliran hezron pula yang memangku kepala adiknya itu. "abang, jikalau a... aku ma... mati kelak, aku mo... mohon su.. supaya abang tem... tem... bak ke... ke ...kepalan aku ni. ja... jangan biarkan a... aku men... menjadi zombie....", ucap gina dalam kepayahan. "hish... janganlah kau cakap macam tu.... kau tak akan mati dan kau tak akan bertukar menjadi zombie...", kata hezron dengan bersungguh sungguh. gina menggeleng gelengkan kepalanya. "tidak bang... a... aku tak ra... rasa macam tu... a...ku ra...sa ajalku akan ti...ba tak la...ma lagi. jadi se... sebe... lum terja... di apa apa, le... bih baik korang bunuh a... aku saja...", gina bersuara dengan nada suara yang lemah sekali. "hey... kau jangan cakap pasal matilah gina... tengok aku ni... aku pun kena gigit oleh zombie tu juga tapi aku tak mati pun...", bidas luna di sebelah hezron. belum pun sempat gina bersuara tiba tiba saja dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pangkuan abangnya hezron. "gina!... gina!.... gina!......", hezron cuba menyedarkan adiknya itu tapi adiknya tiba tiba saja membuka matanya lalu merenung wajahnya dengan renungan mata yang tajam sekali. "groooarrrr!!!!!.....", kedengaran adiknya gina menderam seperti zombie pula. hezron pantas menolak tubuh adiknya ke tanah. dia segera bangun dan berdiri dengan sepantas kilat. gina yang bertukar menjadi zombie kini berdiri di hadapan mereka semua dengan wajah yang menakutkan. tanpa di duga dia menerkam ke arah hezron tiba tiba, "bengggg!!!!!....", kedengaran satu das tembakan bergema di dalam bilik simpanan senjata tersebut. serentak dengan itu mayat gina terus terjatuh di atas lantai dengan kepala yang berlubang akibat di tembak dari belakang. masing masing mengangkat wajah ke arah si penembak mayat hidup itu. kelihatan luna memegang erat pistol di tangannya dengan airmata yang mengalir di pipinya. selepas itu dia meluru ke arah tubuh yang tidak bernyawa itu. "maafkan aku gina... maafkan aku... aku terpaksa menembak kau tadi...", ucap luna dalam esak tangisnya.

dia merasa sungguh sedih sekali sebab dia baru saja kehilangan adik sepupunya yang di kasihinya itu. hezron pun turut bersedih di atas kematian adiknya. mereka yang lain terpaksa memujuk mereka berdua. "sudahlah tu... jangan menangis lagi... kau tak bersalah apa apa pun...", pujuk zarul di sebelah luna. dia menggosok gosok belakang gadis itu dengan penuh rasa simpati. "tapi aku sedih rul... aku sedih sebab aku menembak adik sepupuku sendiri.... aku tidak menyangka yang dia akan bertukar menjadi zombie...", keluh luna dalam esak tangisnya. "bukankah aku dah cakap tadi kalau dia dah mati memang dia akan menjadi zombie tapi korang tidak percaya cakap aku ni...", sampuk vijay pula. "kau diam vijay...", bentak zarul. mahu tidak mahu vijay pun terpaksa mendiamkan dirinya. setelah keadaan kembali reda, zarul mengarahkan mereka agar mereka bersiap sedia dengan senjata masing masing. "okay, get ready you guys... sekejap lagi kita akan keluar dari sini...", kata zarul seraya memegang erat senapang di tangannya. setelah semuanya bersiap sedia mereka pun mula mengalihkan semua meja, kerusi dan kabinet dari depan pintu bilik tersebut. perlahan lahan pintu bilik tersebut di buka dan mereka mula melangkah keluar dari situ dengan senjata tergenggam erat di tangan.

AUTHOR NOTE: sebelum mizz terlupa mizz nak ucapkan selamat merdeka day to u all and selamat hari raya korban untuk readers mizz yang muslim tu ya... okay, itu saja yang mizz ingin katakan buat kali ini...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now