MEREDAH KEGELAPAN 43

198 19 12
                                    

ketika mereka berada di dalam perjalanan menuju ke rumah agam milik profesor ismadi tiba tiba mereka lihat ada sebuah kereta dari arah hadapan melanggar tiang lampu di tepi lebuh raya itu. bumper depan kereta tersebut kemik sebaik saja ianya merempuh tiang lampu itu. ketika van yang mereka naiki berpapasan dengan kereta malang tersebut mereka nampak si pemandu kereta sudah mati kerana kepalanya tertusuk dengan serpihan kaca cermin depan kereta yang pecah itu. kelihatan seorang remaja perempuan berumur dalam lingkungan 16 tahun menangis di sebelah si pemandu yang baru saja meninggal dunia. sempat lagi dia menjerit, "tolong!... tolong!...", jeritnya dalam kereta tersebut. "hentikan van ini zarul... kita harus menolongnya....", luna bersuara dengan pantas. tanpa banyak soal zarul pun segera menekan pedal brek. van itu terus berhenti di situ juga. cepat cepat luna membuka pintu van lalu berlari menuju ke arah kereta tersebut. zarul pun turut berbuat demikian. mereka segera menghampiri si gadis yang berada di dalam kereta itu. "kenapa dik? apa yang telah terjadi?", soal luna ingin tahu. "abang aku ni.... isk.... isk.... isk.... dia memandu terlalu laju gara gara dia merasa terlalu panik sebaik saja dia melihat begitu banyak zombie mengejar kami dari belakang sebentar tadi. akibatnya dia hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu di tepi lebuh raya ni... isk... isk... isk....", jelas si gadis sambil menangis.

"oh begitu... kalau macam tu adik ikut kami, ya...", kata luna seraya memegang bahu kiri gadis tersebut. "tapi aku tak dapat jalanlah.... kaki aku ni.... terasa sakit....", si gadis bersuara dengan sedih. dia memegang kaki kirinya yang di balut dengan tshirt. "kenapa dengan kaki kau tu pula?", soal luna ingin tahu. "sebenarnya... isk... isk.... isk.... rumah kami di datangi segerombolan zombie sebentar tadi. mak dan ayah kami di ratah hidup hidup oleh zombie zombie tu sebaik saja mereka berjaya masuk ke dalam rumah kami. aku dan abang aku terus saja berlari keluar dari rumah untuk selamatkan diri tapi malangnya aku terjatuh di atas tanah akibat tersandung sesuatu. salah satu zombie yang ada kat situ segera menggigit kaki kiriku. abangku pantas memukul kepala zombie tu dengan kayu baseball nya. zombie tersebut terus jatuh tersungkur di atas tanah. abangku segera memapahku masuk ke dalam kereta. kemudian.... isk.... isk.... isk.... dia mula memasang enjin kereta ayah dan memandunya dalam keadaan yang tergesa gesa. sampai dekat simpang sana tu kami terserempak dengan sekumpulan zombie yang merayau rayau di tengah lebuh raya. abangku merasa sungguh panik tatkala dia melihat begitu banyak zombie mengejar kami dari belakang sebab itulah kereta kami terbabas kat sini.... isk... isk... isk....", terang si gadis panjang lebar. dia menangis kesedihan. "er... siapa nama adik?", soal luna ingin tahu. "namaku karina imran....", balas gadis itu. "macam ni sajalah adik karina.... memandangkan kaki kiri kau tu cedera parah, biar kami berdua saja yang memapah kau keluar dari dalam kereta ni.... kau ikut kami masuk ke dalam van sana tu, ya....", luna bersuara perlahan lahan. "baiklah....", balas karina. mereka mula memapah keluar si gadis malang itu dari dalam kereta tersebut. mereka memapahnya sehingga mereka sampai dekat dengan van itu. setelah si gadis tersebut duduk di dalam van luna dan zarul pun segera masuk ke dalam van itu. zarul kembali memandu van tersebut. di sepanjang perjalanan menuju ke rumah profesor ismadi mereka yang lain mula berkenalan dengan gadis yang bernama malang itu. mereka cuba menghibur hati karina yang lara biar pun dalam hati mereka merasa sedih sekali. namun di pendamkan saja rasa sedih itu di lubuk hati mereka.

tidak lama kemudian, mereka pun sampai di rumah agam milik profesor ismadi. profesor ismadi pantas membuka pintu van tersebut tapi dia di halang oleh luna. "nanti dulu prof... kita tidak tahu samada tempat ni selamat atau pun tidak.... biar kami keluar dulu untuk memantau keadaan di luar rumah ini dulu... kalau keadaan selamat barulah korang keluar dari dalam van ni....", kata luna dengan pantas. mahu tidak mahu profesor ismadi terpaksa duduk diam di tempat duduknya. perlahan lahan luna melangkah keluar dari dalam van dengan di iringi oleh zarul di sebelahnya. mata mereka melilau ke sana ke mari seperti mata burung hantu pula. mereka berjalan di sekitar rumah sambil memegang pistol di tangan. setelah mereka pasti bahawa keadaan di situ sudah selamat barulah luna memberikan isyarat pada mereka yang lain agar mereka melangkah keluar dari dalam van itu. zarul terpaksa berpatah balik ke arah van itu. dia ingin memapah karina keluar dari dalam perut van tersebut. profesor ismadi melangkah mendahului mereka yang lain. dia menarik keluar anak kunci dari dalam poket seluarnya lalu di bukanya pintu rumahnya. dia ingin memasang lampu rumahnya tapi luna menghalangnya daripada berbuat demikian. "tolong jangan buka lampu, prof... cahaya lampu hanya akan menarik perhatian zombie zombie kat luar sana....", kata luna. "ya tak ya juga kan... aku dah lupalah...", tutur profesor ismadi seraya menutup pintu rumahnya dan menguncinya. "jadi kita menggunakan apa lagi kalau bukan menggunakan lampu elektrik?", soal joshua di belakang kakaknya. "kita gunakan lilin dan lampu suluh saja...", saran luna. "oh.... baiklah....", profesor ismadi pantas menarik keluar handphonenya. dia memasang aplikasi lampu dalam handphonenya. mereka yang lain pun turut menarik keluar handphone mereka lalu memasang aplikasi lampu dalam handphone masing masing. dengan hanya bertemankan cahaya lampu handphone di tangan masing masing, mereka mula melangkah menuju ke ruang tamu rumah agam tersebut. mereka mengekori profesor ismadi dari belakang. "besar juga rumah prof ni, kan.... prof tinggal seorang diri ke dalam rumah ni?", soal zarul ingin tahu. "sebenarnya isteriku meninggal dunia 10 tahun yang lalu akibat penyakit barah otak. kini tinggal aku seorang saja dalam rumah ni....", balas profesor ismadi perlahan lahan. "oh... begitu... prof tak ada anak ke?", soal luna ingin tahu. "tak ada....", balas profesor ismadi dengan ringkas. mereka pun terdiam selepas itu.

profesor ismadi membawa mereka menuju ke makmal bawah tanah. "inilah makmal aku... kat sini kita boleh gunakan lampu elektrik sebab kat sini lebih selamat. zombie zombie tu takkan tahu kita berada kat sini...", kata profesor ismadi sambil memasang suis lampu yang ada di atas dinding bilik makmalnya itu. "korang nak berehat atau tidur pun boleh sebab aku ada bilik rehat kat makmal ni....", kata profesor ismadi perlahan lahan. "oh.... baguslah kalau macam tu... boleh juga aku dan vivian sambung tidur....", joshua bersuara sambil memegang tangan vivian. tanpa dia membuang masa dia dan vivian terus melangkah masuk ke dalam bilik rehat tersebut. hilda menghampiri lelaki bermisai itu. "er.... prof.... boleh kau tunjukkan aku di mana bilik tandas?... aku nak buang air kecillah....", kata hilda perlahan lahan. "aku pun nak pergi ke bilik mandi....", sampuk martha cepat cepat. "oh... bilik tandas dan bilik mandi terletak tidak jauh dari sini... mari ikut aku... biar aku tunjukkan tempatnya....", profesor ismadi menghantar mereka ke bilik mandi dan bilik tandas yang di maksudkannya. tinggallah zarul, luna, may ling dan karina di situ. "biar aku tengok luka di kaki kiri kau tu, dik....", luna bersuara pada karina. "baiklah...", balas karina sepatah. karina di baringkan di atas kerusi sofa panjang yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan dia mula membuka ikatan baju tshirt di kaki kiri gadis tersebut. dia lihat begitu banyak darah keluar dari luka di kaki gadis itu. dia terkejut sebaik saja dia melihat luka di kaki karina. lukanya agak dalam sehingga menampakkan daging daging yang terkoyak akibat di gigit zombie. kelihatan darah merah mengalir keluar dengan banyaknya. cepat cepat luna membalut kembali luka di kaki karina kerana dia tahu jikalau dia membiarkan lukanya terbuka dalam jangka waktu yang lama sudah tentu karina akan kehilangan banyak darah. jadi untuk mengelakkan darahnya daripada keluar begitu saja dia pun terpaksa mengikat luka di kaki karina dengan tshirt di tangannya. "kenapa luna?... kau tak boleh merawatnya?", soal may ling ingin tahu. "aku tak boleh merawatnya sebab lukanya sangat dalam. dia perlu pembedahan. maksudku lukanya perlu di jahit dengan segera kalau tidak dia akan kehilangan darah yang banyak...", jelas luna dengan wajah yang serius. "so?", martha merenung wajahnya. "so... biarkan saja profesor ismadi yang merawat lukanya sebab dia tahu apa yang harus di lakukannya...", kata luna perlahan lahan. "baiklah.... kita tunggu saja profesor ismadi merawatnya...", may ling akhirnya bersetuju dengan perkataan luna. mereka terpaksa menunggu profesor ismadi di situ.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now