MEREDAH KEGELAPAN 51

200 19 1
                                    

"buat apa awak selamatkan wanita gila macam tu?", soal may ling separuh berbisik. "gila gila pun dia manusia juga. tak patut kita biarkan dia seorang diri dalam kereta tu... bukankah misi kita ialah menyelamatkan orang? so kita kena selamatkan orang biar pun ianya sudah gila...", balas luna perlahan lahan. "kalau aku kan aku tak akan selamatkan perempuan gila macam dia tu... dia hanya akan menyusahkan kita nanti...", tutur may ling sedikit jengkel. "tak baik cakap macam tu... tak semestinya orang gila akan menyusahkan orang di sekelilingnya....", komen luna. "yelah tu... kalau dia buat masalah nanti barulah kau sedar yang kau dah buat silap kerana menolongnya...", tutur may ling. luna hanya menggeleng gelengkan kepalanya tatkala dia mendengar perkataan wanita itu. dia tidak menyangka bahawa may ling seorang wanita yang pentingkan diri sendiri. "jadi sekarang kita nak pergi ke mana?", soal zarul ingin tahu. "aku rasa lebih baik kita isi tangki bas ni dengan minyak dulu sebelum kita meneruskan perjalanan kita...", kata luna. "hm... baiklah...", zarul mula memandu bas itu menuju ke station minyak shell yang terletak tidak jauh dari bandar rattoon city. sampai di station minyak shell zarul pun melangkah keluar dari dalam bas itu. joshua pun turut melangkah keluar dari dalam perut bas tersebut. mereka melangkah sambil memegang erat senjata di tangan. zarul lihat tiada sesiapa pun yang ada di dalam station minyak itu. setelah mereka pasti tidak ada zombie di situ zarul mula mengisi tangki minyak bas sampai penuh. setelah penuh tanki minyak bas tersebut dia dan joshua melangkah masuk ke dalam bas itu bersama sama. zarul mula memandu bas tersebut keluar dari kawasan station minyak itu.

luna bangun dari atas kerusinya lalu melangkah menuju ke driver seat. dia memegang bahu zarul, "rul, lebih baik kita bersihkan dahulu bas ni dari kesan darah... bas ni berbau hanyirlah...", kata luna. "baiklah... biar aku cari tempat yang ada sungai... jadi senang sikit kita mencuci bas yang kotor ni...", balas zarul. ketika itu mereka sudah meninggalkan kawasan bandar rattoon city yang lengang itu. tidak lama kemudian mereka pun tiba di atas sebuah jambatan besar yang ada di tepi jalan yang sunyi sepi itu. zarul memberhentikan bas yang di pandunya dekat dengan jambatan besar tersebut. dia turun memerhatikan keadaan di luar. joshua pun turut berbuat demikian. setelah mereka pasti tempat itu selamat zarul dan joshua kembali masuk ke dalam perut bas tersebut. "line clear...", zarul bersuara pada luna. dengan sepantas kilat luna membawa keluar beberapa botol mineral untuk di isi dengan air. begitu juga dengan martha, may ling dan hilda. maklumlah mereka tidak ada baldi jadi mereka terpaksa membawa botol mineral kosong di tangan. setelah semua botol telah di isi dengan air mereka melangkah masuk ke dalam bas dan mula mencuci kesan darah yang ada di dalam bas bersama sama. mereka melakukan kerja mereka dengan sepantas kilat. maklumlah mereka takut ada zombie datang masa mereka berada di situ. jadi mereka terpaksa melakukan kerja pembersihan itu dengan tergesa gesa. setelah semua kesan darah berjaya di bersihkan mereka kembali memulakan perjalanan mereka.

di sepanjang perjalanan semua orang tertidur lena di tempat duduk masing masing. hanya zarul dan luna yang masih berjaga. zarul memandu bas manakala luna pula sedang duduk di atas kerusinya sambil memeluk vivian yang terlena di atas bahu kirinya. "zarul.... kau tak penat or mengantuk tak?... kalau kau penat or mengantuk biar aku saja yang pandu bas ini... kau berehatlah dulu...", tutur luna pada pemuda itu. "oh... tak apalah luna... aku masih boleh teruskan perjalanan ini...", tutur zarul perlahan lahan. luna pun diam selepas itu. ketika mereka melewati lebuh raya yang sunyi sepi itu kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di tepi lebuhraya sambil cuba menahan bas yang mereka naiki. luna lihat salah seorang daripada lelaki itu memakai pakaian tentera. manakala yang seorang pula memakai pakaian juruterbang. "rul, tolong berhenti sekejap...", luna bersuara perlahan lahan. zarul segera memberhentikan bas tersebut. dia menekan punat open pintu gelongsor bas itu. kedua dua lelaki tersebut segera melangkah masuk ke dalam bas tersebut. wajah mereka kelihatan pucat lesi sekali. "pandu bas ini secepat mungkin.... ada zombie kat kawasan ni...", perintah salah seorang lelaki yang berpakaian tentera itu. baru saja zarul menekan punat close pintu gelongsor bas tersebut tiba tiba ada satu zombie meluru masuk melalui pintu bas itu. lelaki berpakaian tentera tersebut pantas menyepak kepala si zombie sehingga zombie itu terpelanting jatuh dari pintu bas tersebut. zarul segera memandu basnya. bagaikan pelesit bas itu meluncur laju meninggalkan tempat tersebut. "terima kasih sebab korang sudah selamatkan kami tadi... by the way, namaku leftenan razak bin ali... ini kawan aku kapten yusof bin razali....", ucap leftenan razak yang berpakaian tentera itu. "ya, sama sama... oh namaku luna musa... ini semua kawan kawanku....", luna mula memperkenalkan semua orang dalam bas tersebut pada dua orang lelaki itu. kemudian dia memandang wajah kedua lelaki tersebut. "anyway, apa yang sebenarnya yang terjadi pada korang ni?... macamana korang boleh berada di lebuhraya yang sunyi sepi di tengah malam buta ni?", soal luna ingin tahu.

"sebenarnya kami ni ialah skuad penyelamat batch ketiga... kami datang nak selamatkan semua survivors yang ada di bandar rattoon city. pada mulanya misi kami berjaya. ada 154 survivor dari bandar rattoon city berjaya kami kumpulkan dalam beberapa hari saja. kami bertolak dari bandar rattoon city setelah kami pasti tidak ada lagi survivor lain yang tertinggal di dalam bandar tu. so kami menaiki 4 buah bas dari pusat bandar tersebut tapi di pertengahan jalan salah satu bas yang di naiki oleh para survivor telah di kepung oleh segerombolan zombie. mereka semua habis di gigit dan di ratah hidup hidup oleh semua zombie yang tak guna tu. kami yang menaiki 3 bas yang lain terpaksa meninggalkan mereka di belakang. semasa kami berhenti di sebuah station minyak salah satu bas yang lain sekali lagi di serang tapi kali ini mereka di serang oleh sekumpulan gagak hitam...", kata lelaki berpakaian tentera itu. "apa?... mereka di serang oleh sekumpulan gagak hitam?", soal luna cukup terkejut. "ya.... gagak tu semua telah masuk ke dalam perut bas mereka lalu mematuk semua orang di situ dengan paruh mereka sehingga tidak ada seorang pun yang terselamat. mereka semua mati di tempat kejadian....", kata leftenan razak dengan wajah yang serius. "kenapa burung gagak begitu ganas sekali sehingga membunuh semua manusia?", soal joshua tiba tiba menyampuk. "tak ada apa yang di hairankan sangat.... bukankah aku dah cakap pada korang tempohari binatang pun boleh terjangkit dengan X virus tu. boleh jadi juga gagak gagak tu semua telah termakan mayat manusia yang terjangkit dengan X virus tu. maklumlah kadang kadang ada juga mayat manusia terkapar di atas lebuhraya setelah di serang oleh zombie. jadi jika gagak gagak tu semua termakan mayat manusia yang terbiar di atas lebuhraya tu, tak mustahil juga gagak tu semua akan menjadi gagak zombie...", sampuk profesor ismadi dari tempat duduknya. mereka yang lain terdiam ketika mendengar perkataan profesor ismadi. mereka merasa semakin gerun bila memikirkan semua binatang menjadi zombie. tentu ngeri rasanya tinggal di dalam dunia yang di penuhi mayat zombie dan binatang zombie.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now