MEREDAH KEGELAPAN 55

179 18 5
                                    

"jangan menangis puan.… baby puan tak apa apa lagi ni... so puan jangan menangis, ya....", pujuk luna pada wanita berbangsa tamil itu sambil menggosok gosok belakang wanita tersebut dengan tangannya. "saya bukannya apa.... iskkk... iskkk.... saya sedih itu perempuan cina buang saya punya baby di atas lantai. kasihan baby saya ni....", keluh saraswaty dalam esak tangis. "ya.... puan... ya.... saya faham puan sedih tapi kita harus tinggalkan tempat ni... nanti ada zombie datang dan meratah baby puan ni... sudah tentu naya jadinya....", pujuk luna. saraswaty terdiam seketika. dia cuba memikirkan apa yang di katakan oleh gadis itu. "hm... baiklah... mari kita pergi dari sini...", tutur saraswaty selepas dia mengesat airmata yang mengalir di pipinya. "puan gunakan kayu baseball ni untuk senjata puan... manalah tau ada zombie nak serang puan dan baby puan ni pula...", luna menyerahkan sebatang kayu pemukul baseball pada wanita tersebut. tanpa banyak soal wanita itu mengambil kayu pemukul baseball tersebut. dia mula melangkah pergi dari situ dengan di iringi oleh joshua, vivian, karina, martha dan hilda. "eh... mana pula perginya zarul, profesor ismadi, leftenan razak dan juga kapten yusof?", soal luna ingin tahu. "oh mereka sedang menunggu kita di luar pintu kapalterbang bersama may ling...", jawap joshua dengan segera.

mereka melangkah keluar dari dalam perut kapalterbang dengan senjata terhunus di tangan. leftenan razak dan kapten razak melangkah di depan mereka dengan di ikuti oleh zarul, profesor ismadi, may ling, joshua, luna, vivian, martha, saraswaty, karina, hilda dan juga pramugari yang bernama supang itu. mereka melangkah dengan langkah kaki yang terjengket jengket. mata mereka semua kini tertumpu ke arah terminal airport yang sunyi sepi itu. "awak rasa tak ada ke zombie kat kawasan ni?", soal karina pada martha di sebelahnya. "entahlah... apa apa pun kita harus berjaga jaga... manalah tahu kot kot ada zombie berada di dalam terminal airport tu...", balas martha separuh berbisik. "shhhh.....", luna memberikan isyaratnya supaya mereka senyap. martha dan karina pun diam membisu selepas itu. ketika itu mereka sudah berada di dalam kawasan terminal airport. suasana di dalam terminal agak sunyi bagaikan tiada benda hidup kat situ. suasana di terminal agak kotor sekali. di sana sini ada kesan darah manusia tapi satu mayat pun tidak kelihatan di situ. "mungkin semua mayat tu sudah bertukar menjadi zombie kot?", bisik hati kecil luna. sebenarnya dia merasa tidak sedap hati apabila dia melihat begitu banyak kesan darah tercalit di atas lantai terminal tersebut. ini menunjukkan bahawa ada ramai manusia yang telah mati di gigit oleh zombie di situ sebelum ini. jikalau ada banyak manusia yang telah mati di situ sudah tentu mereka sudah pun bertukar menjadi zombie dalam jumlah yang banyak. luna cuba mengusir keluar segala syak wasangka yang bermain di lubuk hatinya dengan menumpukan perhatiannya pada setiap ruang dan penjuru yang ada di dalam terminal tersebut

langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka terpandang akan dua zombie sedang sibuk meratah mangsa mereka di belakang kaunter ticketing. leftenan razak segera memberikan isyarat pada mereka supaya mereka semua bersembunyi di dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. mereka terpaksa melangkah terjengket jengket ketika mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu. maklumlah mereka tidak mahu zombie zombie tersebut menyedari kehadiran mereka di situ. mereka terpaksa bersembunyi dalam bilik itu. "kita kena tunggu di sini sehingga zombie zombie tu pergi dari kaunter tu...", kata leftenan razak separuh berbisik. mereka yang lain hanya diam saja sambil duduk mencangkung di situ. masing masing masih lagi memegang erat senjata di tangan. leftenan razak mengintai gerak geri dua zombie itu.nampak gayanya mereka masih leka meratah tubuh mangsa mereka dengan rakus sekali. mereka tak ubah seperti singa kelaparan yang merobek daging mangsanya. tidak lama kemudian, "mereka sudah pergi...", bisik leftenan razak pada mereka semua yang sedang duduk mencangkung di belakangnya. "bersiap semua untuk keluar dari sini...", bisik leftenan razak pada mereka lagi. mereka semua bangun secara perlahan lahan. senjata di tangan kembali di pegang erat. leftenan razak dengan pump gunnya. kapten yusuf dengan senapang patahnya. profesor ismadi dengan kapaknya. zarul dan joshua dengan pedang samurai mereka. luna dengan M16-nya. hilda dengan parangnya. martha dan may ling dengan busur beserta anak panah yang tersedia di belakang mereka. karina pula memegang erat pistol yang di berikan oleh luna padanya sebentar tadi. manakala saraswaty menggenggam erat kayu baseball di tangannya. hanya supang dan vivian saja yang tidak ada senjata pada ketika itu. luna terpaksa memberikan supang sebatang kayu belantan sebab itu saja senjata yang ada di tangannya. manakala vivian pula di biarkannya tidak bersenjata sebab dia masih kecil. dia hanya mengekori luna dari belakang.

setelah mereka yakin tiada zombie lagi di situ, leftenan razak mula melangkah keluar dari bilik itu dengan di ekori oleh semua orang. ketika mereka melangkah meninggalkan bilik tersebut menuju ke balai menunggu, langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat ada sepuluh zombie sedang merayau rayau tidak jauh dari situ. belum pun sempat mereka menyembunyikan diri di bawah kaunter yang ada di situ tiba tiba saja salah satu daripada zombie tersebut telah menyedari kehadiran mereka di situ. zombie itu terus meluru ke arah mereka dengan di ekori oleh sembilan zombie yang lain. wajah mereka kelihatan agak menakutkan sebab daging daging di wajah mereka sudah terkoyak di sana sini. hampir saja tengkorak mereka kelihatan di permukaan wajah mereka. manakala bunyi deraman mereka sungguh menggerunkan. "get ready you guys... here's they come!...", zarul bersuara sambil menghayunkan pedang samurainya ke arah salah satu zombie yang meluru ke arahnya. leftenan razak, kapten yusof dan luna terus menembak ke arah sepuluh zombie itu. semua zombie terus mati di situ juga. mereka meneruskan langkah kaki mereka menuju ke pintu utama yang terletak tidak jauh dari situ. sebaik saja mereka sampai di dekat pintu utama terminal tersebut tiba tiba, "groooaarrrr!!!!...", kelihatan segerombolan zombie meluru ke arah mereka dari arah belakang. "oh... no... they are coming here!... runnnn!!!!!!.....", jerit leftenan razak. mereka pantas berlari keluar dari situ.

ketika mereka berlari keluar dari terminal itu anak patung yang di gendong oleh saraswaty terjatuh di atas lantai. "oh my baby!....my baby!...", jerit saraswaty sebaik saja dia tersedar baby kesayangannya terjatuh di atas lantai. "cepat lari puan.....", gesa luna. dia pantas menarik tangan wanita tamil itu tapi wanita tersebut menepis tangan luna sehingga genggaman tangan luna terlepas dari tangannya. dia terus berpatah balik untuk mengambil baby kesayangannya itu. "oh... tidak!...jangan pergi ke sana... itu sangat bahaya!...", jerit luna namun jeritannya tidak di endahkan. malah wanita tamil tersebut berlari masuk ke dalam terminal itu. "oh shiitt!!!!...", luna bersuara separuh bengang. dia terpaksa menyuruh karina membawa vivian lari dari situ. kemudian dia mengejar saraswaty dari belakang. "hey... luna... biarkan wanita gila tu!... tak payah awak selamatkan dia!...", jerit may ling tapi jeritannya tidak di endahkan. luna masih lagi berlari masuk ke dalam terminal. "luna!!!...", jerit zarul. "you guys just go on... i need to save her...", laung luna lalu menghilangkan diri di sebalik pintu utama terminal tersebut. "oh damn it!!!!....", gerutu zarul cukup bengang sekali. dia tidak menyangka gadis itu sanggup bergadai nyawa hanya untuk selamatkan perempuan gila tu. sebenarnya zarul bimbangkan keselamatan gadis tersebut. mahu tidak mahu dia terpaksa berpatah balik untuk selamatkan luna dan saraswaty. "hey... awak nak pergi ke mana tu?....", soal leftenan razak pada zarul tapi zarul tidak menjawap soalannya. malah dia terus saja berpatah balik sambil membawa pedang samurai di tangannya.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon