MEREDAH KEGELAPAN 66

185 24 25
                                    

"kita nak pergi ke mana ni?", soal zarul pada profesor ismadi. "kita pergi ke hostel di mana para survivor di tempatkan... saya rasa mereka mungkin masih berada di sana...", balas profesor ismadi dengan pantas. mereka berlari menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. profesor ismadi menekan punat lif tersebut. pintu lif itu terbuka luas tapi alangkah terkejutnya mereka bila mereka melihat ada zombie lelaki sedang tunduk memakan otak mangsanya dengan rakus sekali. dia memakan otak manusia yang malang itu dengan gelojoh sekali sehinggakan dia tidak sedar akan kehadiran manusia lain di situ. "ehemmm!....", zarul berdehem panjang. zombie tersebut segera mengangkat wajahnya. zarul terus memghalakan pistolnya tepat di atas dahi zombie itu dan "bengggg!!!!....", kedengaran kepala si zombie di tembak dengan pistol tersebut. si zombie terbaring di atas lantai dengan dahi yang berlubang. zarul pantas melangkah masuk ke dalam lif itu dengan di iringi oleh profesor ismadi, luna dan juga kapten yusuf. "nice shoot...", puji kapten yusuf pada zarul. "thanks...", balas zarul sambil tersenyum padanya. mereka kini berada di dalam lif menuju ke tingkat bawah. "er... prof, saya nak tanya awak ni...", zarul bersuara sambil memegang erat pistol di tangannya. "apa dia?", soal profesor ismadi ingin tahu. "awak tahu tak siapa yang ambil pedang samurai saya tempohari?", soal zarul ingin tahu. "kalau tak salah ada seorang doktor yang merawat awak telah mengambil pedang awak tu... dia kata awak mungkin tak perlukannya lagi. dia letakkan pedang tu di atas dinding bilik kerjanya...", jawap profesor ismadi. "siapa kata yang saya tak perlukan pedang tu?... pandai pandai saja dia ambil pedang kesayangan saya tu...", tutur zarul separuh geram. "tingg!....", kedengaran pintu lif terbuka terbuka luas. mereka lihat begitu banyak orang berlari larian di sana sini. ada yang berlari ke kiri dan ada yang berlari ke kanan. pendek kata keadaan di tingkat pertama itu begitu kelam kabut sekali. "run!... there's a zombie here... just run and save yourself!....", kelihatan beberapa orang berlari masuk ke dalam lif tersebut. kelihatan 3 zombie berlari menuju ke arah mereka yang berada di dalam lif itu. zarul dan luna pantas melangkah keluar dari dalam lif tersebut. mereka segera menembak ke arah 3 zombie itu. begitu juga dengan profesor ismadi dan juga kapten yusuf. sebaik saja 3 zombie tersebut rebah di atas lantai mereka pun terus beredar dari situ.

"er... korang pergilah dulu... biar saya pergi cari pedang saya dulu...", tutur zarul pada 3 rakan seperjuangannya itu. "hey... zarul tak payahlah awak cari pedang awak tu... nanti saja kita cari pedang awak tu...", tutur luna pada pemuda tersebut tapi perkataannya tidak di endahkan. malah zarul mengorak langkah menuju ke bilik pejabat para doktor yang terletak tidak jauh dari situ. "hish... keras kepala betullah zarul ni... kita terpaksa ikut dialah...", luna berpatah balik lalu berlari mengekori pemuda itu dari belakang. "wei... korang kata tadi nak selamatkan kakak dan adik korang tapi sekarang korang nak selamatkan 'pedang' pula?...", kapten yusuf bersuara separuh jengkel. perkataannya tidak di hiraukan. malah dua orang remaja itu terus menghilangkan diri di dalam pejabat doktor tersebut. "oh damn it...", mahu tidak mahu kapten yusuf dan profesor ismadi terpaksa berpatah balik lalu melangkah menuju ke bilik pejabat doktor itu. zarul melangkah masuk ke salah sebuah bilik pejabat doktor yang sunyi sepi. matanya meliar mencari pedang kesayangannya di atas dinding. baru saja dia melangkah dua tiga langkah di situ tiba tiba muncul satu zombie perempuan di situ. dia meluru ke arah zarul tapi ianya di tembak oleh seseorang dari belakang. zarul menoleh ke belakangnya. kelihatan luna, profesor ismadi dan kapten yusuf melangkah masuk ke dalam bilik pejabat doktor tersebut. "eh... kenapa korang berada di sini pula? bukankah saya suruh korang pergi ke hostel tu tadi?", soal zarul cukup terkejut dengan kehadiran mereka di situ.

"saya tak boleh tinggalkan awak, rul... saya takut apa apa terjadi pada diri awak...", jawap luna dengan jujur. "oh... saya tak apa apalah... korang patut pergi ke hostel tu...", gesa zarul dengan wajah yang serius. "not without you...", luna berkeras dengan keputusannya. "oh... baiklah... prof, boleh tak awak bagitahu saya mana satu bilik kerja doktor yang telah mengambil pedang saya tu?", soal zarul pada profesor ismadi yang berdiri di belakang luna saat itu. "bilik kerjanya ada di sebelah kiri sana tu...", balas profesor ismadi seraya menunjuk ke arah bilik kerja yang di maksudkannya itu. zarul segera melangkah menuju ke bilik kerja yang di tunjukkan oleh profesor ismadi. dia lihat pedang samurainya tergantung kemas di dinding bilik tersebut. zarul pantas mengambil pedang samurainya itu. "sekarang mari kita teruskan misi kita....", zarul bergegas keluar dari dalam bilik tersebut dengan pedang samurai terhunus di tangannya. profesor ismadi tersenyum saja bila dia lihat zarul berjalan meninggalkan ruangan tersebut dengan membawa pedang samurai yang pernah menjadi miliknya di suatu ketika dahulu. "kenapa awak pula senyum senyum ni?", soal kapten yusuf di sebelahnya. "tak sangka pula budak tu suka sangat dengan pedang samurai yang saya berikan padanya... nampak sangat dia seorang yang pandai menghargai pemberian orang...", bisik profesor ismadi masih tersenyum lebar. "oh... pedang samurai tu pemberian awak ke?", soal kapten yusuf ingin tahu. "yep...", balas profesor ismadi sepatah. "oh begitu....", kapten yusuf menganggukkan kepalanya tanda faham. "hey.... apa lagi yang korang tercegat kat situ?... marilah kita tinggalkan tempat ni...", gesa luna. mereka pun terus beredar dari situ.

mereka berlari keluar dari bangunan itu. begitu ramai ahli tentera di luar bangunan tersebut sedang berjuang habis habisan menentang semua zombie yang telah berjaya memanjat tembok tinggi pusat kawalan kesihatan tersebut. ramai juga ahli tentera yang mati akibat di serang oleh beberapa zombie yang ada di situ. kapten yusuf terpinga pinga di saat dia melihat semuanya itu. tiba tiba, "oh... come on!....", serentak dengan itu tangannya di tarik orang. kelihatan profesor ismadi menarik tangannya untuk pergi tinggalkan tempat tersebut. mereka berlari menuju ke bangunan hostel di mana semua para survivor di tempatkan. dari jauh lagi mereka lihat begitu banyak orang berlari larian untuk selamatkan diri. nampak gayanya ada zombie sudah masuk ke dalam kawasan hostel tersebut. mereka menjerit ketakutan bila ada orang di gigit zombie dekat tangga hostel itu. zarul pantas berlari lalu di penggalnya leher zombie perempuan yang sedang menggigit dan meratah leher mangsanya saat itu. lelaki yang di gigit tadi sudah meninggal dunia. untuk mengelakkan dia menjadi zombie mereka terpaksa menembak kepala mayat lelaki itu dengan pistol di tangan. cepat cepat mereka berlari menuju ke arah bilik hostel yang ada di situ. kelihatan begitu ramai manusia berlari keluar meninggalkan bilik hostel masing masing. wajah mereka kelihatan pucat lesi kerana ketakutan. di antara ramai ramai manusia di situ kelihatan joshua dan vivian berlarian di celah celah kesibukan orang ramai di situ. "joshua!!!!!..... vivian!!!.....", jerit luna sebaik saja dia terpandang akan bayang kelibat mereka di situ. dia mendepakan tangannya seperti ingin memeluk mereka tapi mereka kelihatan tidak mengenalinya. mahu tidak mahu luna terpaksa membuka penutup mulut dan topi di kepalanya. "eh.... kakak lunalah.... kakak!!!.....", joshua dan vivian pantas berlari menuju ke arahnya. mereka terus memeluk luna dengan hati yang gembira sekali. dalam pada itu zarul masih tercari cari akan bayang kelibat kakaknya di situ. tiba tiba dia nampak kakaknya sedang di kejar oleh salah satu zombie yang berjaya masuk ke dalam kawasan hostel itu. kakaknya tersungkur di atas tanah akibat tersepak batu yang ada di situ. zombie tersebut ingin menggigit tubuh dina yang terbaring di atas tanah tapi zarul segera menembak kepala zombie itu dengan pistol di tangannya. zombie tersebut terus jatuh di atas tanah. "kakak... kakak tak apa apa, kan?", soal zarul seraya menghampiri kakaknya itu. dia membuka topi dan penutup mulutnya. "zarul?... awak ada di sini?....", soal dina cukup terkejut. "ya kak.... saya datang untuk selamatkan kakak....", balas zarul sambil tersenyum lebar. dia menarik tangan kakaknya supaya bangun dari atas tanah. tiba tiba saja, "jangan bergerak!... korang kini di kepung!....", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. kelihatan leftenan razak berdiri sambil menghalakan pistol ke arah mereka yang ada di situ. kelihatan beberapa orang ahli tentera lain berdiri mengelilingi mereka di situ. masing masing menghalakan senjata ke arah mereka....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now