MEREDAH KEGELAPAN 82

140 11 6
                                    

tidak lama kemudian kapten yusuf datang dengan membawa pakaian ahli tentera yang mati terbunuh dalam peperangan itu. doktor park hoon pun turut membawa pakaian ahli tentera yang mereka temui mati di tembak di medan pertempuran. buktinya ada kesan darah di baju ahli tentera itu. "sempat juga korang ambik semua pakaian ahli tentera yang dah mati tu kan...", komen profesor ismadi sambil tersenyum lebar. "yelah... kami terpaksa mengambil mayat mayat yang baru mati di tembak sebaik saja tidak orang tidak melihat. tambahan pula mereka tengah sibuk berperang mana ada masa mereka melihat mayat yang bergelimpangan di atas tanah. so semasa mereka tengah sibuk berbalas tembakan dengan musuh aku dan doktor park hoon terus mengangkat mayat mayat satu demi satu ke dalam sebuah van yang terbiar di tepi jalan keluar kawasan landasan kapal terbang ni. sempat juga kami mengambil semua senjata senjata ahli tentera yang terkorban tu...", cerita kapten yusuf sambil menyerahkan pakaian ahli tentera yang di bawanya pada semua orang. manakala doktor park hoon pula menyerahkan selaras senapang pada setiap orang yang berdiri di situ. joshua mengambil pakaian ahli tentera yang di berikan oleh kapten yusuf padanya tapi luna merampas pakaian tentera itu dari tangannya. "eh... kenapa kakak ambik baju tentera aku tu pula?... aku nak pakailah...", kata joshua kehairanan. "adik tak payah ikut berperang... akak nak adik tinggal di sini bersama adik vivian dan juga adik eric...", tutur luna dengan wajah yang serius. "apa???... kakak nak aku tinggal kat sini bersama adik vivian dan adik eric?", soal joshua terkejut. "yalah... kalau adik tak tinggal bersama adik vivian dan adik eric kat sini siapa lagi yang boleh di harapkan untuk menjaga mereka?.... lagi pun kita ada orang tawanan yang perlu di awasi di dalam kapal terbang ni...", balas luna sambil melirikkan matanya ke arah leftenan razak dan ahli tentera yang terikat di tempat duduk mereka. "tapi takkanlah korang pergi berperang dan aku pula terpaksa tinggal kat sini...", joshua bersuara separuh memprotes. luna memakai pakaian ahli tentera yang di berikan oleh kapten yusuf padanya tanpa membuka pakaian di tubuhnya. dia memakainya secara berdouble. "kau memang tak boleh ikut berperang sebab akak tak mahu kau tercedera atau pun terbunuh di medan peperangan... akak cuma nak kau jaga adik vivian dan juga adik eric... tugas kau cuma satu iaitu menjaga mereka dan melindungi mereka. jikalau ada apa apa yang berlaku hubungi akak melalui walkie talkie ni...", kata luna sambil menyerahkan walkie talkie yang di maksudkannya pada adiknya itu.

"tapi kak...", belum pun sempat joshua bersuara doktor park hoon terus menepuk bahunya dari belakang. "apa yang kakak kau cakapkan tu memang betul. kau kena tinggal kat sini... jaga 2 orang budak kecil tu dengan 4 orang tawanan yang di ikat tu... jikalau kau ikut pun belum tentu kau akan dapat menewaskan pihak musuh. so lebih baik kau ikut saja apa yang kakak kau katakan tu...", kata doktor park hoon padanya. "oh baiklah...", balas joshua dengan berat hati. dia terpaksa duduk di atas kerusi yang ada di situ. "so apa yang harus kita lakukan sekarang?", soal kapten yusuf sebaik saja mereka selesai berpakaian seragam tentera. ketika itu mereka semua telah pun mencoreng arang hitam yang kebetulan mereka jumpai di dalam kapal terbang tersebut. wajah mereka kini berbelang belang dengan arang hitam yang biasa di gunakan oleh pihak tentera darat sebelum mereka pergi berperang. mereka sengaja berbuat begitu supaya pihak tentera US tidak dapat mengecam wajah mereka semasa mereka pergi berperang. "aku fikir lebih baik kita menyusun strategi untuk menentang semua makhluk asing tu...", balas zarul seraya berdiri di depan mereka semua. "baiklah... apa strategi kau tu?", giliran profesor ismadi pula bersuara. dia sudah bersiap sedia dengan senapang di tangannya. "aku rasa lebih baik kita merampas salah satu jet pejuang ahli ahli tentera tu...", kata zarul dengan wajah yang serius sekali.

"kalau kau nak merampas jet pejuang ahli tentera di udara tu kau kena pergi ke pengkalan pihak tentera udara... kita bukannya tahu di mana pengkalan pihak tentera udara tu berada... takkanlah kita pergi merampas jet pejuang yang terkandas di atas tanah. ia pasti tak akan berfungsi dengan baik lagi... satu perkara lagi kita ni bukannya ada...", belum pun sempat doktor park hoon bersuara tiba tiba, "dam!... dam!... dam!.....", kedengaran daun pintu kapal terbang itu di ketuk orang bertalu talu. luna segera mengarahkan kak dina agar membawa vivian dan eric ke ruang cock pit kapal terbang tersebut. begitu juga dengan empat tawanan tersebut. mereka terpaksa bersembunyi di cock pit kapal terbang sebab mereka tidak mahu pihak tentera US tahu yang mereka berada di situ. perlahan lahan kapten yusuf membuka pintu kapal terbang tersebut. kelihatan dua orang lelaki tentera US berdiri di depan mereka. "hey... why did you all hiding here?... we need more help to fight the enemies... better you all get out from here before the jeneral find out that you all hiding here....", bentak lelaki tentera yang bersenjata itu. mungkin dia fikir mereka itu ialah sebahagian daripada ahli tentera yang di tugaskan untuk menentang pihak musuh. maklumlah mereka lengkap berpakaian tentera. itu sebabnya ahli tentera US itu mengarahkan mereka keluar dari dalam perut kapal terbang tersebut. apa lagi zarul dan luna pun terus bangun lalu mereka terus bagi tabik hormat pada lelaki yang berpangkat sarjan itu. begitu juga dengan yang lain. "aye aye sir...", kata mereka hampir serentak. bagaikan sepasukan ahli tentera yang siap sedia untuk pergi berperang mereka pun melangkah keluar dari dalam perut kapal terbang tersebut.

lelaki berpangkat sarjan itu segera membawa mereka masuk ke dalam sebuah jip menuju ke pangkalan ahli tentera udara. bagaikan bulan jatuh ke riba zarul dan luna tersenyum gembira sebab mereka akan di tugaskan untuk menentang musuh dengan menggunakan jet pejuang yang ada di pengkalan tentera udara pihak US. namun satu perkara yang mereka tidak sukai ialah apabila mereka di arahkan masuk ke dalam setiap satu jet pejuang yang ada di situ dengan ahli tentera udara yang lain. zarul bersama dengan seorang perempuan tentera berbangsa negro. manakala luna pula bersama seorang lelaki berbangsa sepanyol. doktor park hoon bersama dengan seorang lelaki berbangsa german dan profesor ismadi bersama lelaki berbangsa inggeris. sebelum mereka berpisah sempat lagi zarul mengajak mereka semua berbincang sekejap. itu pun berbincang dalam keadaan yang tergesa gesa. "sebaiknya apabila jet pejuang kita tu sampai dekat dengan setiap kapal piring terbang makhluk asing tu kita serang saja mereka habis habisan... tak pun kita bedil saja pintu kapal piring terbang makhluk asing tu sampai ianya berlubang. apabila ianya sudah berlubang kita suruh saja partner kita tu pandu jet pejuang tu sampai masuk ke dalam kapal pihak musuh tu, okay?...", kata zarul pada luna di sebelahnya. "okay... tapi kalau mereka tak ikut apa yang kita suruh macamana?...", soal profesor ismadi pula. "kita gunakan pisau yang kita bawa tu untuk mengugut mereka. kita letak saja pisau tu di bawah leher mereka... kita ugut mereka sampai mereka mendengar perkataan kita...", kata zarul dengan wajah yang serius. "baiklah...", balas mereka semua. "good luck to you all...", kata zarul sebelum mereka berpisah haluan.

AUTHOR NOTE: cerita ini mungkin akan bertambah merepek selepas ni. harap korang jangan terkejut jikalau jalan cerita ni semakin merepek ya... mizz dah bagi warning awal awal pada korang ni...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now