MEREDAH KEGELAPAN 58

189 17 1
                                    

"kak dina....", zarul bersuara seraya menghampiri bilik tahanan di mana kakaknya di tempatkan. kakaknya dina segera mendongakkan kepalanya. "zarul???....", dina kelihatan terkejut sebaik saja dia melihat adik lelakinya di bawa ke ruang corridor bilik tahanan tersebut dengan di iringi oleh dua orang tentera itu. "can i speak to my sister, sir?", soal zarul pada kedua orang lelaki yang menggenggam erat kedua dua lengannya saat itu. "she's your sister?", soal salah seorang tentera yang berdiri di sebelahnya. "yeah... she's my sister...", balas zarul dengan pantas sekali. akhirnya mereka membiarkan zarul berdiri dekat dengan pintu bilik tahanan yang menempatkan kakaknya dina. "zarul!... oh syukurlah awak masih hidup... akak fikir awak sudah tiada...", ucap dina sambil memegang erat tangan adiknya di atas jeriji besi yang ada di situ. "saya pun bersyukur akak masih hidup...", ucap zarul sambil cuba tersenyum. dia menggenggam erat tangan kakaknya. "akak tidak menyangka yang kita akan bertemu lagi... macamana dengan ayah?... ayah di mana? dia ada bersama dengan awak ke?", soal dina ingin tahu. "ayah sudah tiada kak... dia sudah mati bunuh diri hanya kerana dia tidak mahu menjadi zombie...", balas zarul dengan wajah yang sedih. kakaknya dina mula menangis sedih. "ouwh... akak fikir tadi ayah masih hidup... tak sangka pula ayah pergi begitu saja... sebenarnya kakak rindukan ayah dan kakak nak berjumpa ayah tapi dia sudah pergi meninggalkan kita pula... isk.... isk.... isk...", tutur dina sambil menangis. "jangan sedih kak... itu takdir yang telah di tentukan oleh Tuhan. kita tak boleh buat apa apa lagi... kesat air mata akak tu... anyway, mana suami dan anak kakak si alex tu? mereka masih hidup ke?", soal zarul. "tak... mereka sudah mati dan menjadi zombie sekarang... hanya akak seorang saja yang sempat menyelamatkan diri dan datang ke sini tapi mereka tempatkan akak di bilik tahanan ini pula....", dina bersuara dengan nada suara yang sedih sekali. dia kembali menangis.

"apa apa pun akak bersyukur kepada Tuhan sebab kita dapat bertemu lagi di sini. sekurang kurangnya akak sempat juga melihat wajah awak sebelum akak bertukar menjadi zombie...", tutur dina perlahan lahan. "kenapa akak cakap macam tu pula?", soal zarul dengan dahi yang berkerut. "ada zombie gigit belakang tengkuk akak ketika akak melarikan diri ke pusat kesihatan ni pagi kelmarin. sekarang akak rasa tak berapa sihat...", dina menyelak rambut panjangnya lalu dia menunjukkan luka di belakang tengkuknya pada adik lelakinya itu. zarul lihat ada kesan gigitan zombie di belakang tengkuk kakaknya. "sekejap lagi... isk... isk... isk... tentu akak akan bertukar menjadi zombie... isk... isk... buktinya ramai orang yang terkena gigitan zombie tu telah bertukar menjadi zombie. mereka di tembak mati dalam bilik tahanan masing masing... isk... isk... isk...", tutur dina sambil menangis. belum pun sempat zarul bersuara dua orang tentera di situ mula menggenggam lengannya erat erat. "that is enough... we better go now...", tutur salah seorang lelaki tentera yang berdiri di sebelahnya. "but i really need to talk with my sister...", zarul bersuara dengan nada suara yang pantas. "you can talk to her later...", balas lelaki tentera tersebut sambil menarik tangan zarul. "er... kakak... kakak jangan sedih, ya... akak tak akan jadi zombie sebab saya akan bagi vaksin pada akak nanti... apa apa pun akak kena tunggu di dalam bilik tahanan tu. saya akan berusaha melepaskan akak dari bilik tahanan tu kelak...", tutur zarul sambil di bawa pergi oleh dua orang tentera tersebut. dia di bawa ke sebuah bilik tahanan yang terletak tidak jauh dari situ.

sementara itu kelihatan profesor ismadi berusaha menerangkan pada salah seorang doktor yang bertugas di situ agar mereka melepaskan zarul dan luna dari pusat quarantine. "why did you sent them to the quarantine centre? they are not infected!...", profesor ismadi bersuara dengan nada suara yang tegas. "listen to me... they've been bitten... thats mean they are infected by the X Virus...", tutur doktor yang berjanggut sejemput itu. "i've already checked their blood with this blood tester... i can assured you that they are not infected!...", tutur profesor ismadi dengan wajah yang serius. "what this thing?...", soal doktor tersebut dengan dahi yang berkerut. matanya tertumpu ke arah alat pemeriksaan darah yang di pegang oleh profesor ismadi saat itu. "this is a blood tester... i'm the one who invented it... its a blood tester... you can check whether the human blood already infected or not by using this blood tester... actually i'm a profesor in the infection research centre from rattoon city... after doing some research on the blood of that young boy and the girl blood, i've got the cure for the X virus....", terang profesor ismadi dengan pantas. "what do you mean cure for the X virus??...", soal doktor itu ingin tahu. semua doktor yang berada di situ mula mendekati profesor tersebut. "okay, let me tell you all about it... just wait for a second... i need to take out my laptop first....", cepat cepat profesor ismadi membuka beg sandangnya. dia mula membuka laptopnya. dia segera menerangkan pada mereka tentang penyelidikan yang telah di lakukannya selama ini. setelah mereka mendengar penerangannya secara saksama mereka menyuruh profesor ismadi melakukan demonstrasi ke atas salah seorang insan yang di jangkiti X virus di pusat kuarantin pula

dia terpaksa pergi ke pusat kuarantin dengan di temani oleh beberapa orang tentera. dia juga di temani oleh 3 orang doktor yang ada di situ. ketika profesor ismadi melangkah masuk ke dalam ruang pusat kuarantin tersebut dia lihat begitu ramai manusia di tahan dalam pusat kuarantin tersebut. bila dia lihat semuanya itu mereka sama seperti banduan yang di penjarakan pula. satu demi satu bilik tahanan di perhatikannya. ada manusia yang duduk diam di atas katilnya. ada yang duduk menangis di atas lantai. ada yang baring di atas katil dalam keadaan yang sakit tenat, ada yang termenung mengenangkan nasib diri yang malang dan ada juga yang mula bertukar menjadi zombie. pendek kata keadaan di situ agak haru biru. ketika dia sedang melangkah di situ dia terpandang akan zarul yang sedang duduk di atas katilnya dalam bilik tahanan no. 30. "zarul...", profesor ismadi pantas menghampiri bilik tahanan pemuda itu. "prof... kenapa prof ada di sini pula?... prof pun di syaki terjangkit dengan X virus tu ke?", soal zarul ingin tahu. "tak... saya di suruh oleh mereka untuk melakukan demonstrasi ke atas salah seorang pesakit di sini... mereka nak bukti samada vaksin yang saya ciptakan ini sangat mujarab atau pun tidak...", jelas profesor ismadi dengan pantas. "oh... kalau macam tu saya nak prof suntikkan vaksin tu pada kakak saya... dia perlukan suntikan vaksin tu...", tutur zarul.

"oh... kakak awak berada di mana sekarang?", soal profesor ismadi ingin tahu. "dia di bilik tahanan no. 20 sana tu...", balas zarul sambil menjuihkan bibirnya ke arah bilik tahanan no. 20 di mana kakaknya sedang di tahan. "oh baiklah...", cepat cepat profesor ismadi berpatah balik menuju ke bilik tahanan no. 20 dengan di ikuti oleh dua tentera dan 3 orang doktor tersebut. "i think i will choose her as my first demonstration subject...", tutur profesor ismadi sambil menunjuk ke arah wanita yang sedang berdiri di dalam bilik tahanan bernombor 20 itu. "as your wish sir...", cepat cepat salah seorang askar di situ membuka pintu bilik tahanan tersebut. profesor ismadi lihat wanita itu nampak ketakutan. maklumlah dia membawa vaksin dan alat suntikan di tangannya. "jangan takut... saya di suruh oleh adik awak si zarul untuk menyuntik vaksin ini ke dalam tubuh awak... dengan ini awak akan sembuh dari jangkitan X virus tu...", tutur profesor ismadi sambil melangkah menghampiri wanita tersebut. "be... betul ke ni?", soal dina dengan nada suara yang ragu ragu. "ya... betul... biar saya suntikkan vaksin ini ke tubuh awak... awak jangan takut, ya... ianya tidak sakit pun...", kata profesor ismadi. "oh... baiklah...", balas dina perlahan lahan. profesor ismadi pun mula melakukan tugasnya. sebelum dia suntik vaksin tu ke lengan kiri wanita tersebut dia menggunakan alat blood testernya bagi menunjukkan pada semua doktor yang ada di situ bahawa wanita itu telah di jangkiti X virus. kemudian dia mula menyuntik vaksin tersebut ke lengan kiri wanita itu. semua doktor di situ menumpukan perhatian mereka ke arah profesor ismadi. masing masing ingin tahu samada vaksin yang di cipta oleh profesor tersebut mujarab atau pun tidak.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now