MEREDAH KEGELAPAN 46

205 20 1
                                    

luna melangkah masuk ke bilik rehat. dia lihat adiknya joshua baru saja terjaga dari tidurnya. "kakak, aku terasa laparlah....", kedengaran adiknya joshua bersuara setelah dia melihat kakaknya berdiri di depan matanya. pada masa itu vivian pun sudah mulai terjaga dari tidurnya. "oh... kau rasa lapar, ye?.... kau ambillah makanan dari dalam tudung saji kat atas meja sana tu...", tutur luna pada adiknya itu. joshua pun melangkah menuju ke arah meja yang ada tudung saji kecil di atasnya. dia membuka tudung saji itu secara perlahan lahan. kelihatan vivian berdiri di sebelahnya. joshua berbahagi makanan dengan anak kecil itu. luna tersenyum gembira sebaik saja dia melihat adiknya joshua melayan vivian dengan baik sekali. "itu sudah cukup baik", fikirnya. maklumlah selama ini adiknya joshua terkenal dengan sikap pentingkan diri sendiri tapi setelah apa yang mereka lalui bersama joshua mulai berubah menjadi seorang budak lelaki yang baik hati. luna merasa gembira apabila dia melihat perubahan sikap adik lelakinya itu. pada ketika itu zarul sudah kembali di ruangan tersebut. dia menghampiri profesor ismadi yang sedang sibuk dengan pekerjaannya.

"luna... mari sini sekejap....", panggil profesor ismadi seraya duduk menghadap komputer peribadinya. cepat cepat luna menghampiri profesor tersebut. may ling, hilda dan martha yang baru saja terjaga dari tidur terus bangun lalu melangkah menghampiri profesor itu. "aku ada ambil sampel darah karina pagi ni... dan tengok hasilnya.... gabungan darah kau dan juga darah zarul telah menguatkan sistem antibody karina. tengok!... sel darah korang telah menyatu dan ianya menghasilkan satu antibody yang kuat di mana ia dapat menentang serangan X virus....", kata profesor ismadi dengan pantas. "so?....", soal luna seraya memandang wajah profesor tersebut. "so, thats mean karina ada peluang untuk sembuh dari jangkitan X virus tu...", terang profesor ismadi sambil tersenyum lebar. "oh.... betul ke aku akan sembuh dari jangkitan X virus tu?", soal suatu suara. kelihatan karina memandang ke arah mereka dengan pandangan mata yang penuh dengan pengharapan. "ya... nanti profesor ismadi akan terus memantau kesihatan kau lagi....", kata luna. "oh... harap aku akan sembuh dari jangkitan X virus tu...", ucap karina dengan penuh pengharapan. "ya... kau pasti akan sembuh karina.... dont lose hopes in your life....", ucap zarul. "thanks so much you guys... korang memberikan aku semangat untuk teruskan hidup di muka bumi ini....", kata karina cukup terharu. mereka yang lain hanya tersenyum saja padanya.

"jikalau keadaan karina semakin pulih barulah aku akan buat serum yang istimewa bagi semua mangsa yang terkena jangkitan X virus tu.... dengan serum istimewa ni semua orang akan terselamat dari jangkitan X virus tu....", kata profesor ismadi panjang lebar. dia kembali sibuk dengan penyelidikannya. zarul yang dari tadi diam membisu terus mengambil sepucuk pistol di atas meja tidak jauh dari situ. "kau nak bawa pergi mana pistol tu, rul?....", soal luna ingin tahu. "aku nak memantau keadaan di luar sana... manalah tau ada zombie berkeliaran kat luar sana... kalau ada aku akan tembak kepala zombie tu dengan pistol ni...", jawap zarul dengan wajah yang selamba. "biar aku pergi memeriksa keadaan di luar sana bersama kau...", joshua bangun dari tempat duduknya. "eh.... betul ke kau nak pergi bersama zarul ni?", soal luna ingin tahu. "mestilah.... kalau aku tidak pergi, siapa lagi yang boleh di harapkan?.... korang semuanya perempuan. so, lebih baik saya dan abang rul saja yang memantau keadaan di luar sana....", kata joshua dengan pantas. luna tersenyum apabila dia mendengar perkataan adiknya itu. nampak gayanya joshua sudah tahu apa tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. dia tidak perlu lagi mengajar adiknya untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab melindungi kaum hawa sepertinya sebab adiknya sudah tahu tanggungjawabnya sendiri. "baiklah... just take care of yourself....", luna membenarkan adiknya pergi bersama zarul. "jangan bimbang luna... aku akan menjaga adik kau dengan baik...", janji zarul sebelum dia beredar dari situ. luna hanya menganggukkan kepalanya. zarul dan joshua pun segera meninggalkan mereka di situ.

di setiap langkah kakinya zarul memikirkan tentang luna. dia sebenarnya masih teringin meluahkan perasaannya tapi setiap kali dia meluahkan perasaannya ada saja yang menghalang dia daripada berbuat demikian. dia mengeluh sendirian. "kenapa abang rul selalu mengeluh? macam ada masalah saja ni....", tiba tiba joshua yang melangkah di sebelahnya bersuara padanya. "oh... nothing...", dalih zarul tersenyum kambing. "betul meyh?.... aku tengok abang rul macam orang yang ada masalah aje....", tutur joshua lagi. "oh tak ada apa apalah... adik joshua diam saja ya.... tolong jangan buat bising..... nanti tak pasal pasal pula ada zombie terdengar perbualan kita kat sini, tentu naya jadinya...", balas zarul separuh berbisik. "oh... okay....", bisik joshua perlahan lahan. mereka mula menapak keluar dari dalam rumah agam 3 tingkat itu.

"kau rasa jangkitan X virus tu betul betul akan hilang ke dengan hanya menggunakan darah zarul dan luna?", soal hilda pada martha secara berbisik. "entahlah.... aku pun tidak berapa pasti akan hal itu tapi kita kena tunggu hasil penyelidikan profesor ismadi tu...", bisik martha perlahan lahan. "oh begitu...", hilda menganggukkan kepalanya perlahan lahan. tiba tiba, "korang rasa lapar tak?", soal profesor ismadi ingin tahu. "tentulah lapar", balas may ling dengan pantas sekali. "kalau macam tu biar aku pergi ambil makanan dalam tin yang aku simpan dalam laci di dapur tu... korang tunggu dulu kat sini ya....", profesor ismadi pantas beredar dari situ. luna mendekati karina yang sedang berbaring di atas kerusi sofa itu. "bagaimana keadaan kau sekarang?", soal luna ingin tahu. "aku rasa macam dah okay sekarang ni... aku tak rasa sakit kepala atau pun demam lagi...", balas karina dengan jujur. "oh yakah?.... thats good.... bagaimana dengan kaki kau tu?", soal luna lagi. "its okay now... sekurang kurangnya kaki aku dah boleh di gerakkan sedikit....", jawap karina dengan tersenyum lebar. "oh syukurlah kau beransur pulih sekarang....", ucap luna perlahan lahan. dia berbalas senyuman dengan karina. perlahan lahan may ling menghampiri luna, "kalau betullah si karina tu sudah sembuh dari jangkitan X virus tu sudah tentu ramai orang yang terjangkit akan memburu kau dan zarul kerana mereka hendak berebut mengambil darah kau dan zarul.... tak pasal pasal pula korang akan menjadi the most wanted person in this planet..... habislah darah korang kena ambik nanti... maklumlah ramai manusia kini terjangkit dengan X virus tu. tentu masing masing nak sembuh dari jangkitan X virus yang mematikan tu...." kata may ling dengan wajah yang serius sekali. "ahh... takkanlah jadi macam tu sekali...", luna ketawa kecil sebaik saja dia mendengar perkataan may ling itu. "ya... aku cakap yang betul ni... kalau penyelidikan ini berjaya, darah kau dan zarul akan menjadi buruan semua manusia yang inginkan kesembuhan dari jangkitan X virus tu. so lebih baik korang berhati hati mulai dari sekarang....", tutur may ling perlahan lahan. luna terdiam sebaik saja dia terdengar perkataan wanita cina itu. kalau betullah apa yang di katakan oleh may ling itu sudah tentu hidupnya dan zarul akan bertambah sukar selepas ini.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now