MEREDAH KEGELAPAN 63

183 21 4
                                    

"oh... syukurlah korang sudah sedar sekarang... saya fikir korang tak mampu bertahan. maklumlah mereka buat korang macam guinea pig yang di sembelih untuk di makan oleh semua orang...", tutur profesor ismadi dengan nada suara yang lega. "maksud prof?", soal zarul macam tidak faham pula dengan perumpamaan yang di ucapkan oleh lelaki itu. "maksud saya mereka mempergunakan korang demi kepentingan diri mereka sendiri...", terang profesor ismadi perlahan lahan. "kepentingan diri mereka sendiri? bukankah mereka kata yang mereka menggunakan darah kami untuk menyelamatkan semua orang yang terjangkit dengan X virus tu?", soal luna pula. "memanglah mereka kata macam tu tapi pada akhirnya mereka mempergunakan vaksin yang mengandungi darah korang tu demi mengaut keuntungan peribadi dengan menjual vaksin tersebut pada semua orang yang terjangkit dengan harga mahal...", tutur profesor ismadi dengan pantas. "apa?... kenapa mereka menjual vaksin tu dengan harga yang mahal pula?...", soal zarul cukup terkejut. "kerana terlalu tamaklah tu... buat pengetahuan korang dengan hanya menjual satu vaksin darah korang tu, mereka boleh mengaut keuntungan beribu ribu ringgit dalam sehari... anyway, kebanyakan orang yang membeli vaksin darah korang itu adalah orang orang terkaya dan berpangkat besar yang datang dari seluruh pelusuk dunia. malah ada seorang menteri yang berasal dari negara rusiana telah datang ke research health centre tu hanya ingin membeli vaksin darah korang sebab anak lelakinya telah terjangkit dengan X virus tu.... so dari situlah semua doktor yang bekerja di research health centre tu bersepakat hendak menjadikan vaksin darah korang tu sebagai satu perniagaan...", jelas profesor ismadi lagi. "apa?... perniagaan?....", giliran luna pula yang menyampuk. "ya... perniagaan... malah mereka pernah mengajak saya untuk terlibat sama dalam urusan perniagaan mereka tapi saya tak mahu terlibat sebab saya tahu ini akan mengancam nyawa korang berdua... maklumlah kalau setiap hari mereka ambil darah korang sudah tentu korang tak akan lama hidup di muka bumi ini sebab itulah saya dan kapten yusuf membawa korang lari ke tempat ini...", kata profesor ismadi panjang lebar.

"oh... terima kasihlah prof sebab prof telah selamatkan kami... kami terhutang budi pada prof pula...", ucap luna dengan suara yang lembut. "sama sama... anyway keselamatan korang amatlah penting...", tutur profesor ismadi perlahan lahan. mereka berbalas senyuman buat seketika. "oh... by the way, betul ke adik saya joshua, vivian dan para survivor lain di tempatkan di pulau yang selamat?", soal luna inginkan kepastian. "ya.... begitulah kata para doktor yang menjalankan penyelidikan ke atas awak dan zarul tempohari. mereka kata mereka sudah di bawa pergi ke sebuah pulau di mana semua orang yang tidak di jangkiti tinggal bersama dalam pulau itu... ini termasuklah kakak zarul dan para survivor yang lain...", balas profesor ismadi. "oh begitu...", luna terdiam selepas itu. "tapi setahu saya kan saya belum hantar siapa siapa pun ke pulau yang di maksudkan oleh prof tu... jikalau ada orang yang perlu di hantar ke pulau tu sudah tentu mereka akan menyuruh saya menghantar mereka ke pulau tu tapi selama saya berada di sana tak ada seorang pun manusia di hantar ke pulau tu...", sampuk kapten yusuf pula. "jangan jangan mereka masih berada di pusat kawalan kesihatan tu tak?", soal luna dengan dahi yang berkerut. mereka saling berbalas pandangan buat beberapa ketika. "dahlah tu... korang jangan asyik berbual saja... mari kita bersarapan pagi bersama sama...", kelihatan doktor park hoon menghidangkan sarapan pagi yang di siapkannya sebentar tadi. zarul dan luna terpaksa bersarapan pagi di atas katil mereka. manakala profesor ismadi, kapten yusuf dan doktor park hoon sedang makan di atas lantai yang beralaskan tikar. ketika mereka bersarapan pagi bersama sama doktor park hoon bangun lalu dia memasang TV kecilnya untuk menonton berita pagi itu. kelihatan seorang pemberita korea sedang berdiri sambil memegang tablet phone besar di tangannya. dia sedang membacakan berita dalam bahasa korea di depan sebuah bangunan besar di kota seouly. doktor park hoon mendengar berita itu dengan penuh khusyuk sekali. tiba tiba, "hey!... hey!... ada gambar koranglah tertera dalam berita pagi ni...", doktor park hoon bersuara sebaik saja dia melihat gambar zarul dan luna tertera di atas skrin TV tersebut. "eh... yelah... er... boleh tak tuan doktor tolong translate kan bahasa korea tu ke bahasa melayu? kami tak faham bahasa korealah...", pinta zarul dengan pantas sekali. mahu tidak mahu doktor park hoon pun terpaksa translate bahasa korea yang di ucapkan oleh si pemberita itu ke bahasa melayu.

"... pihak kerajaan US kini sibuk mencari dua orang pelarian ini. mereka berjaya melarikan diri dari pusat kesihatan cadifornia beberapa jam yang lalu. adalah di maklumkan bahawa dua orang remaja ini telah menjadi the most wanted person on earth sebab mereka adalah kunci penyembuhan bagi kes penularan X virus di seluruh dunia... jadi pada sesiapa yang terjumpa atau terlihat kelibat dua orang remaja ini sila laporkannya kepada pihak polis secepat mungkin. kerjasama dari orang ramai sangat di perlukan sebab penularan X virus semakin membimbangkan. ramai orang telah bertukar menjadi zombie di seluruh dunia dan ramai orang yang terjangkit dengan X virus perlukan kesembuhan dengan segera. jadi orang ramai di seru agar bekerjasama mencari dua orang remaja ini sebab tanpa dua orang remaja ini dunia akan di penuhi dengan zombie... oh!.... ada zombie datang ke sinilah... lariiii!!!!....", si pemberita itu terus berlari bersama dengan orang ramai yang ada di situ. kelihatan segerombolan zombie berlari mengejar mereka dari belakang. siaran berita tersebut terhenti di situ juga. doktor park hoon segera meng'off'kan TV kecilnya. "oh... nampak gayanya pihak berkuasa US sedang mempergiatkan usaha mereka hendak memburu korang...", tutur profesor ismadi dengan nada suara yang terkejut. "oh.... my God... apa yang harus kita lakukan sekarang?... mereka pasti akan berusaha memburu saya dan zarul...", tutur luna dengan nada suara yang penuh kebimbangan. dia bangun dari atas katilnya. "bawa bertenang luna... awak jangan bangun secara mendadak macam tu... tubuh awak masih lemah lagi tu...", profesor ismadi segera menahan gadis tersebut. "awak baringlah di atas katil awak tu...", tutur profesor ismadi sambil cuba membaringkan luna di atas katilnya tapi gadis itu enggan berbuat demikian.

"macamana saya nak bertenang sedangkan saya dan zarul kini menjadi the most wanted person on earth?...", luna bersuara dengan wajah yang tegang sekali. "she's right... kami tak boleh bertenang dalam keadaan macam ni...", sampuk zarul tiba tiba. dia pun kelihatan bimbang semacam. "memanglah korang sudah jadi the most wanted person on earth tapi tolonglah bawa bertenang... jangan jadi gelabah macam ni...", pujuk profesor ismadi dengan wajah yang serius. mahu tak mahu luna dan zarul terpaksa berdiam diri di atas katil masing masing. "saya tahu situasi korang sekarang semakin sukar tapi korang jangan bimbang. saya dan kapten yusuf akan tolong korang dan melindungi korang dari anasir jahat... itu janji kami pada korang berdua...", kata profesor ismadi perlahan lahan. "betul ke ni?", soal zarul macam tidak percaya. "betul...", balas profesor ismadi sepatah. baru saja luna ingin membuka mulutnya tiba tiba pintu pondok tersebut di ketuk orang dari luar. doktor park hoon bingkas bangun lalu membuka pintu pondoknya. kelihatan seorang lelaki sedang memegang lengan kirinya yang luka parah seperti di gigit oleh sesuatu. belum pun sempat doktor park hoon bertanya lelaki itu terus saja jatuh tersungkur di atas anak tangga pondok miliknya. mahu tidak mahu doktor park hoon terpaksa mengangkat tubuh lelaki tersebut masuk ke dalam pondoknya. profesor ismadi dan kapten yusuf pun turut membantunya. zarul dan luna hanya berdiri memerhatikan mereka di muka jendela. baru saja mereka mengangkat tubuh lelaki yang pengsan itu tiba tiba muncul dua orang lelaki lain di situ sambil membawa senapang patah di tangan mereka. salah seorang daripada lelaki itu bersuara pada doktor park hoon dalam bahasa korea. doktor park hoon terpaksa berbual bual dengan lelaki tersebut buat seketika. "ada apa hoon?", soal profesor ismadi pada doktor park hoon. "dua orang lelaki tu melarang kita mengubati lelaki yang cedera parah ni sebab dia telah di gigit oleh zombie ketika dia berada di dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya.... mereka kata mereka harus membunuh lelaki ni....", terang doktor park hoon dengan wajah serius. mereka saling berpandangan. tidak tahu nak cakap apa lagi.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now