MEREDAH KEGELAPAN 68

172 21 1
                                    

suasana di sepanjang perjalanan di koridor menuju ke bilik tahanan bawah tanah itu agak kelam sedikit. lampu yang ada di situ tidak begitu terang cahayanya. macam lampu tidur saja gamaknya. malap semacam. satu demi satu langkah kaki di atur perlahan lahan. mereka menyusuri ruang koridor tersebut dengan langkah kaki yang berhati hati. "awak rasa kat kawasan ni ada zombie tak?", soal kapten yusuf dengan suara yang sedikit bergetar. "tak ada kot...", balas profesor ismadi perlahan lahan. "harap harap tak adalah...", sampuk supang di sebelah mereka. mereka terpaksa melangkah sambil menyuluh di ruang koridor tersebut dengan menggunakan lampu mobile phone di tangan luna. tiba tiba, "iskkk.... iskkk... iskkkk....", kedengaran suara tangisan bergema di salah satu bilik tahanan yang kelam itu. "korang dengar tak tu?... ada orang menangislah...", bisik luna perlahan lahan. serentak dengan itu dia menghentikan langkah kakinya. begitu juga dengan yang lain. mereka berdiri di situ sambil memasang telinga masing masing. "isskkk... iskkkk.... iskkk....", kedengaran suara tangisan itu bergema semula di cuping telinga mereka. "macam suara budaklah...", bisik hilda pada luna yang berdiri di sebelahnya saat itu. "eric..… is that you?", laung luna. "yes.... isssk.... iskkk....", balas suara itu dengan di sertai tangisan hiba. "where are you now?", soal luna sambil menyuluh ke dalam setiap bilik tahanan yang ada di situ.

"i'm here!...", jawap suara kecil. serentak dengan itu luna menyuluh ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan seorang budak lelaki berdiri di dekat besi jeriji bilik tahanan yang terletak tidak jauh dari situ. keadaannya agak menyedihkan. baju dan seluarnya agak kotor dan berdebu. "eric... its me, sis luna... i'm the one who was talking to you the other day in the quarantine room... how are you now?", soal luna lalu menghampiri anak kecil yang malang itu. "i dont felt so good right now... they locked me up here for 5 days without any food and water... i felt so hungry and thirsty.... i need....", belum pun sempat dia menghabiskan perkataannya tiba tiba saja dia jatuh pengsan di situ juga. "oh... dia jatuh pengsanlah...", hilda bersuara di sebelah luna. tanpa membuang masa luna pun pantas menembak mangga kunci di pintu bilik tahanan tersebut. kemudian dia menarik eric keluar dari situ dengan di bantu oleh hilda dan martha di sebelahnya. "eric.... eric...", luna cuba menyedarkan budak lelaki itu tapi dia masih juga tidak sedarkan diri. "biarkan saya memeriksa keadaannya...", profesor ismadi tampil ke depan untuk menghulurkan bantuan. dia memeriksa nadi di pergelangan tangan budak lelaki tersebut. "hm... mungkin dia jatuh pengsan sebab sudah berhari hari dia tidak di berikan sebarang makanan dan minuman. mari kita angkat dia... saya rasa dia perlu di berikan rawatan segera....", tutur profesor ismadi dengan wajah yang serius.

"macam ni sajalah... awak dan kapten yusuf bawa budak ni masuk ke dalam helikopter tu dulu... korang boleh berikan dia rawatan di dalam helikopter tu... sementara tu kami nak cari may ling di dalam bilik tahanan bawah tanah ni... kami akan menyusul korang nanti setelah kami berjaya menyelamatkan may ling...", kata luna dengan pantas. "oh... baiklah...", balas profesor ismadi sambil menganggukkan kepalanya. profesor ismadi segera memangku budak lelaki itu di dalam pangkuannya. kemudian dia dan kapten yusuf bergegas meninggalkan tempat itu. luna kembali mengatur langkah kakinya menyusuri koridor yang sunyi sepi itu dengan di iringi yang lain. mereka memegang erat senjata di tangan sambil memerhatikan keadaan di dalam bilik tahanan yang ada di situ. ketika mereka melalui sedang melangkah di koridor tersebut mereka terhidu bau busuk yang amat sangat. ianya datang dari salah satu bilik tahanan yang ada di situ. luna cuba menyuluh di setiap bilik tahanan tersebut. tiba tiba, "eiiiiiii!.....", hilda di sebelahnya menjerit nyaring. "ada apa hilda?", soal luna ingin tahu. perlahan lahan hilda menunjuk ke arah sebuah bilik tahanan yang terletak tidak jauh dari situ dengan menggunakan lampu power bank miliknya. kelihatan sekujur tubuh tergantung kaku di dalam bilik tahanan tersebut. mayat itu sudah lama tergantung di situ. ianya sudah mulai mereput dan bau mayat tersebut begitu busuk sekali. kalau tidak salah itulah may ling. dia telah membunuh dirinya sendiri dengan menggantungkan lehernya menggunakan seutas tali yang ada di situ. "oh!.... tidak!!!... may ling!....", martha menangis sebaik saja dia melihat rakan sekerjanya mati bunuh diri. dia tidak menyangka yang may ling sanggup membunuh dirinya sendiri. ketika mereka sedang bersedih di situ luna terpandang akan sesuatu. seperti ada tulisan tertera di atas dinding bilik tahanan tersebut. luna pun segera menyuluh tepat ke arah tulisan yang menggunakan gincu bibir berwarna merah itu. "aku tak nak mati kebuluran. apatah lagi di gigit zombie yang ganas di luar sana. daripada aku hidup menderita macam ni lebih baik aku bunuh diri saja!....", luna membaca perkataan itu secara perlahan lahan. yang lain menangis hiba sebaik saja luna selesai membaca perkataan tersebut. mereka merasa sungguh sedih di atas kematian may ling. luna pun turut menangis kesedihan.

zarul segera memeluk ketiga tiga perempuan tersebut. begitu juga dengan joshua dan vivian. mereka merasa sungguh sedih sekali sehinggakan mereka mencucurkan airmata masing masing. setelah mereka puas menangis di situ mereka pun mula meninggalkan bilik tahanan bawah tanah itu. mereka melangkah dengan hati yang sedih sekali. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam perut lif yang terletak tidak jauh dari situ. luna menekan punat nombor 6 tingkat yang teratas sekali. "ting!....", sebaik saja pintu lif terbuka luas mereka pun bergegas keluar dari dalam lif tersebut. mereka mengorak langkah menuju ke arah pintu exit di mana ada anak tangga yang menghala ke atas bumbung bangunan itu. baru saja mereka melangkah menaiki anak tangga menuju ke bumbung bangunan tersebut keluarlah sekumpulan zombie dari dalam salah sebuah bilik staf yang terletak tidak jauh dari situ. "grooarrr!....", kedengaran deraman panjang dari mulut mereka. tanpa berlengah lagi luna dan zarul pun segera menembak ke arah sekumpulan zombie yang berwajah ganas dan menggerunkan itu. mereka di bantu oleh dina, martha dan juga hilda. "dina!... martha!.... hilda!... korang pergilah dulu. tolong bawa joshua dan vivian keluar dari sini.... biar saya dan zarul saja yang menembak semua zombie zombie ni...", luna bersuara seraya menembak ke arah zombie zombue tersebut. "tapi luna....", belum pun sempat martha menghabiskan perkataannya luna pantas bersuara, "tak ada tapi tapi lagi.... just go, okay!... just go!.....", perintah luna dengan tegas sekali. mahu tidak mahu mereka pun berlari meninggalkan tempat itu. kini tinggallah luna dan zarul di situ. mereka menembak ke arah zombie zombie itu dengan menggunakan pistol dan machine gun di tangan. keadaan bertambah teruk bila ada segerombolan zombie datang ke situ. zarul segera menggamit bahu luna. "luna... sebaiknya kita tinggalkan tempat ni sekarang juga...", zarul bersuara dengan pantas. "oh baiklah....", balas luna. mereka pantas berlari menuju ke pintu yang menghala ke bumbung bangunan itu. dari jauh lagi dia lihat helikopter mereka sudah pun di hidupkan enjinnya. kipas berputar ligat seperti hendak berlepas pula. "cepat luna!.... zarul!.... cepat!....", laung profesor ismadi di muka pintu helikopter tersebut. luna dan zarul segera berlari menuju ke arah helikopter itu. kelihatan begitu banyak zombie berlari mengejar mereka saat itu. luna dan zarul terpaksa berlari dengan kencang sekali. sebaik saja mereka berjaya masuk ke dalam perut helikopter tersebut profesor ismadi segera menutup pintu helikopter itu. kapten yusuf segera menerbangkan helikopter itu ke udara. "mana may ling?", soal profesor ismadi ingin tahu. "shes cant make it...", balas luna perlahan lahan. dia memandang di luar jendela. kelihatan semua zombie yang mengejar mereka tadi tertinggal di atas bumbung bangunan tersebut. dalam diam luna menarik nafas lega sebab mereka berjaya melarikan diri dari bahaya. walaupun mereka terpaksa duduk berasak asak di dalam perut helikopter itu tapi luna tidak kisah akan itu semua. yang penting nyawa mereka selamat. luna tersenyum apabila dia melihat semua orang berada di sampingnya. sekurang kurangnya dia tahu dia tidak bersendirian dalam 'meredah kegelapan' yang melanda dunia saat itu...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now