MEREDAH KEGELAPAN 38

238 21 8
                                    

langkah kaki zarul terhenti sebaik saja dia lihat begitu banyak zombie berkeliaran di ruang koridor itu. cepat cepat mereka semua berpatah balik lalu berlari dengan laju melalui pintu exit yang ada di situ. zarul pantas menutup pintu exit itu dengan di bantu oleh luna dan may ling. "joshua cepat ambil batang penyapu tu...", perintah zarul pada joshua yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. joshua pantas mengambil batang penyapu tersebut lalu di serahkannya pada zarul. zarul meletakkan batang penyapu itu di celah pemegang pintu exit agar ianya tidak dapat di buka. selepas itu mereka berlari pantas meninggalkan tempat tersebut. mereka berlari menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah dengan laju sekali. sebaik saja mereka sampai di tingkat bawah mereka terus berlari menuju ke arah caravan yang di tinggalkan di ground floor itu. kelihatan beberapa zombie lelaki dan perempuan mula mengejar mereka dari belakang. zarul segera membuka pintu caravan lalu masuk ke dalam perut caravan tersebut. manakala luna pantas membuka pintu di belakang caravan itu supaya semua yang lain dapat masuk ke dalamnya. mereka segera meluru masuk ke dalam caravan itu. masing masing berwajah pucat sekali. zarul segera menghidupkan enjin caravan itu. "nanti dulu... bagaimana dengan mayat ayah kau tu, rul?", soal luna dari tempat duduknya. "dalam keadaan macam ni kita tak boleh berbuat apa apa pada mayat tu... kita tinggalkannya saja...", kata zarul separuh hati. sebenarnya dia tidak sampai hati hendak membiarkan mayat ayahnya di tinggalkan begitu saja tapi memandangkan keselamatan diri mereka semakin terancam dia pun terpaksa meninggalkan mayat ayahnya di dalam bangunan tersebut. dalam diam dia merasa sungguh sedih sekali. "maafkan aku, ayah... aku terpaksa tinggalkan ayah tanpa sempat mengebumikan mayat ayah... maafkan aku...", bisik hati kecil zarul dengan sedih sekali. wajahnya kelihatan sedih sekali.

luna tahu apa yang zarul fikirkan saat itu. dari raut wajahnya saja dia sudah dapat menekanya. "rul... aku tahu kau sedih kerana terpaksa meninggalkan mayat ayah kau tu tapi demi keselamatan kita semua kau terpaksa meninggalkan mayat ayah kau tu...", ucap luna di sebelahnya. zarul cuma diam membisu. dia memandu caravan tersebut sambil cuba menahan kesedihan di lubuk hatinya. "nak buat macamana lagi, kan... kita yang masih hidup terpaksa teruskan hidup ini...", tutur zarul separuh sedih. luna menggenggam erat bahu kanan pemuda itu dengan tangan kirinya. zarul hanya memegang erat tangan gadis itu buat seketika. kemudian dia mula menumpukan perhatiannya ke arah lebuhraya yang sunyi sepi itu. luna melangkah menghampiri siti nurul huda yang sedang duduk di atas kerusi sambil memegang bahunya yang terluka akibat di gigit oleh zombie tadi. luna memerhatikan luka gigitan tersebut. darah masih mengalir keluar dari kesan gigitan zombie itu. luna menarik keluar peti kecemasan yang di bawanya dalam beg sandang miliknya. dia mula merawat luka di atas bahu wanita tersebut dengan di perhatikan oleh semua yang ada di situ. "kau fikir sampai bila aku dapat bertahan? maksud aku berapa lama lagi aku akan hidup di muka bumi ini?", soal siti nurul huda ingin tahu. "entahlah...", balas luna sepatah. "mungkin tak lama lagi aku akan mati, kan?", soal siti nurul huda seraya memandang wajah luna dengan pandangan mata yang sedih. "jangan cakap macam tu... itu tak baik tau...", luna bersuara sambil membalut luka di atas bahu wanita itu. "tapi aku rasa...", belum pun sempat siti nurul huda menghabiskan perkataannya tiba tiba caravan yang di naiki mereka terhenti secara mendadak. luna pantas bangun dari tempat duduknya. "ada apa rul?", soal luna ingin tahu

"ada banyak zombie kat depan tu. mereka sedang mengerumuni sebuah kereta. mungkin mereka berebut hendak makan manusia di dalam kereta tu...", kata zarul sambil menunjuk ke arah yang di maksudkannya. kelihatan sebuah kereta datsun di kerumuni segerombolan zombie yang ganas ganas belaka. mereka memanjat di atas bumbung kereta dan menarik keluar tuan punya kereta dari dalam kereta tersebut. malah ada yang menarik penumpang yang duduk di kerusi belakang lalu meratahnya hidup hidup. "macamana ni? kita nak lalu kat situ ataupun tidak? kalau tidak kita patah balik sajalah ikut jalan lain...", kata joshua di sebelah kakaknya. "kita ikut jalan tu sajalah... kita redah saja gerombolan zombie tu...", kata zarul pula. "tapi zombie tu banyak... nanti tak pasal pasal pula mereka melompat lalu memanjat caravan ni...", joshua meluahkan kebimbangannya. "jangan bimbang... aku akan pandu caravan ni dengan laju. nescaya semua zombie tu tak akan dapat menghalang perjalanan kita...", kata zarul dengan bersungguh sungguh. "korang duduk di tempat duduk korang. pasangkan seat belt. aku akan merempuh gerombolan zombie tu dengan laju...", perintah zarul. cepat cepat luna dan joshua duduk di tempat duduk mereka. begitu juga dengan 4 orang wanita yang ada bersama mereka. masing masing memasang seat belt di pinggang. zarul segera menekan clutch dan memasukkan gear. kakinya terus menekan pedal minyak caravan tersebut. bagaikan pelesit caravan tersebut terus meluncur laju menuju ke arah gerombolan zombie yang sedang membanjiri lebuhraya utama saat itu.

zarul memandu dengan laju sekali. dia tidak peduli pada zombie zombie yang sedang berdiri di depan lebuhraya tersebut. dia terus merempuh semua zombie tu dengan kelajuan yang maksimum. "bukk... bukkk... bukkkk...", kedengaran satu persatu tubuh zombie di langgarnya. semuanya terbaring di atas tanah sebaik saja semua zombie itu di rempuh oleh caravan tersebut. ada juga zombie yang kepalanya pecah akibat di langgar. kelihatan darah merah terpercik di atas kaca caravan yang di pandu oleh zarul. "yeah... akhirnya kita berjaya juga merempuh gerombolan zombie yang banyak tu...", kata joshua dengan riangnya tapi baru saja mereka tersenyum riang tiba tiba kelihatan satu zombie perempuan memanjat di depan kaca caravan tersebut. zarul terkejut sebaik saja dia melihat wajah zombie perempuan yang menakutkan itu. dia tidak dapat mengelak. akhirnya caravan yang di pandunya terbabas di tepi jalan. zombie perempuan itu mati sebaik saja tubuhnya terhumban kat atas tiang elektrik dan kepalanya hancur akibat terkena tiang elektrik tersebut. "semua orang tak apa apa?", soal zarul sebaik saja caravan yang di pandunya terbabas di tepi jalan. "aku okay...", balas luna. "aku pun okay...", balas joshua. "kami semua okay...", balas 4 orang wanita yang mereka selamatkan sebentar tadi. "vivian?", soal zarul. mereka segera memandang ke arah tempat duduk anak kecil bernama vivian itu. anak kecil tersebut terbaring di atas tempat duduknya dalam keadaan tidak sedarkan diri. "vivian!...", luna pantas berlari menghampiri anak kecil itu. begitu juga dengan yang lain. mereka semuanya merasa tidak keruan sebaik saja mereka menyedari yang anak kecil itu tidak sedarkan diri.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now