MEREDAH KEGELAPAN 17

268 24 19
                                    

ketika mereka sedang melangkah di ruang koridor yang sunyi sepi itu tiba tiba, "lari!!!!!....", jerit suatu suara dari belakang mereka. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan vijay berlari menuju ke arah mereka dengan wajah yang pucat lesi. di belakangnya ada sekumpulan zombie mengejarnya. "oh shiit!....", zarul pun terus berlari. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. gina terpaksa berlari dalam keadaan yang kesakitan. walaupun pinggang kanannya sudah di rawat sebentar tadi namun rasa sakit masih ada. vijay berlari di sebelahnya. "aku fikir kau tak akan bersama kami lagi...", kata gina sambil berlari dalam kepayahan. "memang aku tak nak ikut korang tadi tapi bila zombie zombie tu datang lalu menyerang aku, aku pun terpaksa berpatah balik...", terang vijay dengan wajah yang di basahi peluh. "bukan ke aku cakap tadi yang kau memang tak boleh cari jalan keluar dalam bangunan ni seorang diri tapi kau degil juga... kau fikir kau boleh menentang zombie zombie tu seorang diri tapi last last kau kembali juga bersama kami...", kata hezron sambil berlari di sebelah adiknya gina. vijay terdiam selepas itu. dia berlari laju ke hadapan. "welcome back vijay...", sapa zarul sebaik saja dia lihat vijay berlari di sebelahnya. vijay hanya diam membisu. dia tidak memandang wajah pemuda melayu itu. dia terus saja berlari. dalam keadaan yang mencemaskan itu sempat lagi zarul meneliti pelan bangunan di tangannya. dia lihat bilik simpanan senjata itu terletak tidak jauh lagi dari situ. jadi dia pun mengarahkan mereka supaya berlari dengan lebih laju lagi menuju ke arah bilik simpanan senjata yang terletak di hujung koridor itu. tidak lama kemudian mereka pun sampai di depan pintu bilik simpanan senjata tersebut. dengan sepantas kilat luna pun membedil mangga kunci yang ada di atas tombol pintu bilik simpanan senjata itu. Sekali bedil aje mangga tersebut terbuka. cepat cepat zarul membuka pintu bilik senjata tersebut lalu mereka semua terus berlari masuk ke dalam bilik itu.

sebaik saja mereka semua berjaya masuk ke dalam bilik tersebut zarul segera menutup pintu bilik itu tapi dia tidak dapat menutup pintu tersebut sebab ada tangan zombie terselak di celah celah daun pintu itu. tan fai long dan benji segera menahan daun pintu tersebut bersama zarul. "tolong aku, hezron...", laung zarul dalam kepayahan. hezron pun pantas menetak tangan zombie itu dengan menggunakan kapak di tangannya. terus terputus tangan zombie itu di buatnya. sebaik saja tangan zombie terputus mereka segera menutup daun pintu itu lalu menguncinya dari dalam. "damm!!!!... dammm!!!!... dammm!!!...", kedengaran daun pintu itu di pukul oleh zombie zombie tersebut. zarul segera meletakkan kerusi, meja dan kabinet kecil di hadapan pintu itu. kawan kawannya pun turut membantunya. setelah selesai mereka memerhatikan keadaan dalam bilik simpanan senjata itu. kelihatan begitu banyak senjata terletak dalam kotak yang berasingan. ada senapang (rifle), pistol, machine gun, bom tangan, bom jangka dan pelbagai jenis senjata lain di situ. "okay, sekarang kita ambil seberapa banyak senjata yang di perlukan untuk menentang zombie zombie tu semua...", kata zarul lalu mengambil senapang rifle yang ada di situ. mereka yang lain pantas mengambil senjata yang mereka fikirkan perlu di bawa. ada yang ambil machine gun, pistol dan juga bom tangan. malah ada juga yang mengambil bom jangka yang ada di situ. "zarul... aku fikir kita harus musnahkan bangunan ini dengan meletupkannya. dengan cara ini semua zombie yang ada di dalam bangunan ini akan mati buat selama lamanya. sebenarnya aku takut kalau kalau ada orang lain datang ke pulau ini dan mereka terperangkap dalam bangunan yang penuh dengan zombie ni. so sebelum terjadi perkara buruk seperti itu lebih baik kita musnahkan saja tempat ni...", kata hezron sambil memegang bom jangka di tangannya. "good idea, ron... aku pun ada terfikir macam tu juga...", balas zarul.

"okay, perhatian semua... kita ada misi yang hendak di lakukan... selain kita menggunakan senjata ni untuk menentang zombie kita harus bekerjasama dengan meletakkan bom jangka di mana saja kawasan yang perlu di musnahkan... sebaiknya kita letakkan bom jangka ni di setiap penjuru bangunan ini agar ianya meletup dengan baik....", kata zarul sambil membentangkan pelan yang ada di hadapan mata semua rakan rakannya. "jikalau semua bom jangka di letakkan di tempatnya barulah kita keluar dari tempat jahanam ni...", kata zarul panjang lebar. "oh... jadi kita kena masuk ke dalam beberapa bilik di dalam bangunan ni untuk letakkan bom jangka tu?", soal tan fai long ingin tahu. "ya.... kalau tidak, kita mungkin tidak akan dapat memusnahkan tempat ini... ada pertanyaan lagi ke?", soal zarul. "tak ada...", balas rakan rakannya yang ada di situ. hanya vijay saja yang diam membisu. dia berdiri sambil tunduk memerhatikan sesuatu di lengan kirinya. "vijay kau ada soalan tak?", soal zarul ingin tahu. "oh tak ada....", balasnya cepat cepat. vijay berpusing lalu menghadap mereka semua. perlahan lahan zarul menghampiri pemuda tersebut. "its great to see you back man...", ucap zarul seraya meletakkan tangannya di atas bahu kiri pemuda itu. "yeah...", balas vijay sepatah. dia memandang wajah zarul, luna, gina, tan fai long, hezron dan benji silih berganti. kemudian dia tunduk memandang lantai. "maafkan aku... kadangkala aku bersikap menjengkelkan... sebenarnya aku tertekan sebab itulah aku mengambil keputusan untuk tinggalkan korang tadi tapi bila aku pergi tinggalkan korang aku rasa macam tak sampai hati pula tinggalkan korang. thats why aku kembali bersama korang....", kata vijay perlahan lahan. "kami maafkan kau jay... kami harap selepas ni kau akan bekerjasama dengan kami untuk menumpaskan zombie zombie tu semua...", kata luna di sebelah zarul. vijay hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. itu menandakan bahawa dia bersetuju bekerjasama dengan mereka semua.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now