MEREDAH KEGELAPAN 39

203 22 5
                                    

"vivian.... vivian... bangun sayang...", luna cuba menyedarkan anak kecil itu namun vivian masih belum sedarkan diri. "kenapa dengan vivian ni akak?..... kenapa dia tak sedarkan diri pula?", soal joshua dalam nada suara yang kerisauan. "entahlah... mungkin kepalanya terhantuk kat besi ni tadi semasa zarul memandu caravan ni dengan laju. buktinya ada kesan benjolan kat atas dahinya ni. inilah akibatnya kalau tidak gunakan seat belt...", jelas luna perlahan lahan. "jadi apa yang harus kita lakukan sekarang? dia masih belum sedarkan diri....", sekali lagi joshua bertanya. wajahnya tampak risau. "korang jangan risaulah.... luna, cuba kau renjis renjiskan sedikit air di wajahnya... ", sampuk siti nurul huda dari tempat duduknya. luna pun melakukan apa yang di suruh oleh wanita melayu itu. air mineral di dalam botol di renjiskannya sedikit ke wajah si anak. beberapa saat kemudian vivian pun mulai sedar dari pengsannya. "apa yang telah terjadi?", soal vivian sebaik saja dia tersedar dari pengsannya. "kau jatuh pengsan tadi... anyway, syukurlah kau sudah sedar...", luna pantas memeluk anak kecil itu. "aku rasa lebih baik kita keluar dari caravan ni. aku takut zombie zombie lain datang serang kita kat sini....", zarul bersuara perlahan lahan. "kita nak pergi ke mana? aku takut... manalah tahu ada zombie kat luar sana tu. tak pasal pasal pula kita di ratah oleh mereka hidup hidup...", kata may ling dengan dahi yang berkerut

"macam ni sajalah... biar aku pergi melihat keadaan di luar sana dulu... bila keadaan selamat aku akan datang ke sini untuk membawa korang keluar dari sini... tapi ingat jangan buka pintu caravan ni sembarangan, ya....", zarul memberikan arahannya. "baiklah...", sahut mereka semua. zarul pun beredar dari situ. sempat lagi luna menggamit lengan kiri zarul. "be careful okay?", luna bersuara perlahan lahan. "okay...", balas zarul sepatah. zarul segera meninggalkan mereka semua di situ. dia berjalan dengan membawa pistol di tangan. pintu caravan di buka secara perlahan lahan. zarul menjengah ke luar untuk memastikan tiada zombie kat situ. setelah dia pasti tidak ada zombie berada di luar caravan tersebut dia pun pantas melangkah keluar dari dalam caravan itu. dia lihat begitu banyak kenderaan terbiar di tepi lebuhraya tersebut. matanya kembali melilau ke sana ke mari untuk memastikan bahawa kawasan itu tidak ada zombie. bila dia pasti tidak ada zombie kat situ barulah dia bergerak di celah celah kereta yang tersadai di lebuhraya itu. satu demi satu kereta yang ada di situ di periksanya dengan berhati hati. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada sebuah van tersadai tidak jauh dari tempat dia berdiri. dia pun segera mengorak langkah menuju ke arah van tersebut.

langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada mayat seorang lelaki terbaring di atas stereng van itu. kelihatan darah merah mengalir keluar dari dalam luka yang ada di leher lelaki tersebut. lukanya agak dalam sehingga menampakkan isi daging yang terkoyak akibat di gigit oleh sesuatu. zarul tahu lelaki itu pasti baru di gigit oleh zombie yang menakutkan. dari lukanya saja zarul sudah dapat menekanya. perlahan lahan zarul membuka pintu van tersebut. dia menarik keluar mayat lelaki yang terbaring di atas stereng van itu. baru saja dia membuang mayat itu di atas tanah tiba tiba saja mayat tersebut bangkit lalu menyerangnya. zarul merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat mayat tersebut menyerangnya. mayat itu ingin menggigitnya tubuhnya pula tapi zarul pantas menembak kepala mayat tersebut dengan pistol di tangannya. "benggg!....", kedengaran satu das tembakan bergema di situ. mayat yang telah bertukar menjadi zombie itu terus jatuh di atas tanah dan ianya tidak bergerak gerak lagi. cepat cepat zarul melompat masuk ke dalam van tersebut sebaik saja dia melihat ada beberapa zombie berkeliaran kat situ. mereka seperti hendak meluru ke arahnya sebaik saja mereka menyedari akan kehadirannya di situ tapi dia segera menghidupkan enjin van itu. sebaik saja enjin van tersebut berjaya di pasangkannya, zarul pantas menekan clutch, memasukkan gear dan tekan pedal minyak dengan sekuat hatinya. bagaikan pelesit van itu meluncur laju meninggalkan sekumpulan zombie yang mula mengejarnya dari belakang.

zarul terus memberhentikan van tersebut betul betul di hadapan caravan yang terbabas di tepi lebuhraya itu. dia pantas melangkah keluar dari dalam van tersebut. "luna, cepat keluar dari dalam caravan ni... aku ada bawa van ni....", zarul bersuara sebaik saja dia sampai dekat dengan caravan tersebut. luna yang menunggu ketibaannya sejak dari tadi segera bangun dari tempat duduknya. mereka yang lain pun turut bangun dari tempat duduk mereka. satu demi satu mereka melangkah keluar dari dalam caravan itu. "cepat sikit.... ada zombie meluru ke sini....", perintah zarul. mereka pun terpaksa berjalan masuk ke dalam van dengan tergesa gesa. namun dalam pada itu sempat juga luna membawa peti kecemasan dan beg yang penuh dengan senjata api itu. mereka sudah pun masuk ke dalam van tersebut tapi vivian tiba tiba saja hendak berlari keluar dari dalam van itu. "eh... kau nak pergi ke mana lagi tu, vivian?", soal luna terkejut sebaik saja dia melihat vivian berlari keluar dari dalam van tersebut. "aku tertinggal patung beruang aku... aku nak pergi ambilkannya....", kata vivian. dia meluru masuk ke dalam caravan tersebut. pada waktu yang sama kelihatan begitu ramai zombie menghampiri tempat itu. "oh shit!.... ada zombie datang meluru ke sinilah....", zarul bersuara dengan cenas sebaik saja dia melihat gerombolan zombie yang meluru ke arah mereka. "vivian, cepat sikit!!!!.... ada zombie ni....", jerit joshua dari tempat duduknya. luna yang bimbangkan keselamatan vivian pantas berlari keluar dari dalam van itu. dia meluru masuk ke dalam caravan. kelihatan vivian sedang mencari patung beruangnya. "tak payah cari patung beruang tu lagi... ada banyak zombie menghala ke sini, tau.... kita harus tinggalkan tempat ini....", luna bersuara pada anak kecil itu setelah mereka gagal mencari patung beruangnya itu. "tapi aku perlu mencari patung beruangku tu....", kata vivian dengan degilnya. mahu tidak mahu luna terpaksa mencari patung beruang itu bersama vivian. "cepat sikit luna!... vivian!....", kedengaran suara zarul memanggil mereka dari dalam van. setelah puas mencari akhirnya mereka berjaya juga menjumpai anak patung beruang tersebut. cepat cepat mereka berlari keluar dari dalam caravan tapi pada saat itu zombie mulai membanjiri kawasan tersebut. zarul terpaksa menembak zombie zombie yang meluru ke arah van mereka. luna pun turut menembak zombie zombie yang meluru ke arah mereka. vivian cepat cepat berlari masuk ke dalam van sambil memeluk patung beruang kesayangannya. luna mengekorinya dari belakang. zarul pantas memandu van itu sebaik saja dia melihat luna dan vivian sudah masuk ke dalam van tersebut. bagaikan pelesit van itu meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.

AUTHOR NOTE: Sorry Mizz tersalah update cerita tadi. sebenarnya part ni di publishkan dalam cerita ni tapi sekali tengok dah terpublish pula dalam story anna. mizz tersalah tekan tadi. sorry about that

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now