MEREDAH KEGELAPAN 52

200 22 1
                                    

"selepas tu apa telah terjadi pada para survivors dalam bas yang lain tu? ", soal zarul sambil memandu bas tersebut. "bas yang kedua terbabas di dalam gaung setelah mereka gagal merempuh segerombolan zombie zombie yang berkeliaran di atas lebuh raya pagi kelmarin. mereka semuanya terus di makan dan di ratah hidup hidup oleh zombie zombie yang masuk ke dalam bas itu. hanya bas yang kami naiki saja yang terselamat dari gerombolan zombie zombie tu...", tutur leftenan razak dengan panjang lebar. "kemudian, apa yang telah terjadi pada bas yang korang naiki tu? mana perginya para survivor yang ada di dalam bas tu? kenapa korang berdua saja yang terselamat?...", soal luna secara bertalu talu. "sebenarnya bas yang kami naiki telah pun kehabisan minyak. jadi ianya tersadai di tengah tengah lebuh raya pagi tadi. kami dan beberapa orang survivor lain terpaksa berjalan kaki dari situ. pada mulanya kami berhasrat hendak mencari kenderaan yang tersadai di tepi lebuh raya tapi malangnya tidak ada satu pun kenderaan tersadai di lebuh raya pada masa tu. jadi kami terpaksa meneruskan perjalanan kami dengan berjalan kaki tapi malangnya ketika kami berjalan kaki tu tiba tiba muncul beberapa zombie di belakang kami lalu mereka mula menyerang kami. apa lagi kami pun terus berlari menyelamatkan diri tapi malang sekali  begitu ramai survivor lain mati di saat zombie zombie tu menyerang kami... kami terpaksa berlari dengan sekuat hati kami... yang peliknya semakin kuat kami berlari semakin kuat pula zombie zombie tu mengejar kami dari belakang... zombie zombie tu agak ganas dan agresif tapi dalam banyak banyak zombie di situ ada juga zombie yang kelihatan tidak berapa kencang larian mereka. zombie zombie tu kelihatan agak lemah dan tidak agresif jika di bandingkan dengan zombie yang aku cakap tadi tu...", cerita leftenan razak lagi. "er... nanti dulu... kenapa ada zombie yang kencang berlari dan ada zombie yang tak kencang berlari pula?... i just wondering?", soal joshua secara tiba tiba. semua mereka pandang semacam ke arahnya. "sorry sebab aku menyampuk perbualan korang tadi... sebenarnya aku cuma ingin tahu saja...", tutur joshua sedikit serbasalah

"good question joshua... sebenarnya zombie yang lemah dan tidak kencang lariannya tu ialah zombie yang baru saja bertukar menjadi zombie sebab itulah lariannya tidak begitu kencang tapi zombie yang kencang lariannya tu ialah zombie yang sudah lama menjadi zombie....", terang profesor ismadi. "oh begitu...", joshua menganggukkan kepalanya tanda faham. "ceritalah apa yang terjadi ketika korang di kejar oleh zombie tu?...", luna kembali bertanya dengan penuh minat. "ketika kami berlari tu kami terpisah haluan. ramai yang lari masuk ke dalam hutan yang berdekatan. manakala aku dan kapten yusof pula berlari ke bawah sebuah jambatan yang terletak tidak jauh dari kawasan itu. nasib baik tidak ada zombie yang nampak kami bersembunyi di bawah jambatan tu kalau tidak tak tahu lagilah. anyway, kami bersembunyi di bawah jambatan tu selama dua jam lamanya. setelah kami yakin semua zombie tu tidak ada lagi di kawasan tersebut kami pun keluar dari tempat persembunyian kami... kami terpaksa berjalan kaki dari situ. semasa kami berjalan kaki tu kami nampak seorang zombie terhuyung hayang keluar dari kawasan hutan yang berdekatan. masa itulah kami ternampak bas kalian yang menghala ke arah kami. kami pun segera memberhentikan bas korang...", jelas leftenan razak panjang lebar. "oh begitu...", luna menganggukkan kepalanya tanda faham.

"bagaimana dengan korang pula?... korang ni para survivors yang berjaya meloloskan diri dari di serang oleh zombie zombie di bandaraya rattoon city tu juga ke?", soal leftenan razak ingin tahu. "ya...", balas luna sepatah. "oh... baguslah... sekurang kurangnya masih ada survivors yang terselamat dari malapetaka tu... apa apa pun kami gembira dapat bertemu dengan korang semua... korang nak pergi ke mana selepas ni?", soal leftenan razak ingin tahu. "kami nak pergi ke pusat kawalan kesihatan utama di cadifornia sebab kami terdengar dari MC radio broadcast beberapa minggu yang lalu bahawa presiden merika serikat menyuruh semua orang di seluruh dunia datang ke sana untuk check kesihatan masing masing. semua orang sihat akan di bawa ke sebuah penempatan yang selamat. manakala semua orang yang di jangkiti X virus akan di tempatkan di tempat kuarantin....", terang luna panjang lebar. "oh i see... kebetulan kami pun skuad penyelamat yang datang dari pusat kawalan kesihatan tersebut. so kita harus pergi ke sana bersama sama....", kata leftenan razak dengan pantas. "ya... tapi masalahnya sekarang kami tidak ada kenderaan untuk pergi ke cadifornia, merika serikat...", balas luna. "itu tidak menjadi masalah... aku dan kapten yusof boleh bawa korang ke sana dengan menaiki sebuah kapalterbang dari air flyster airport...", tutur leftenan razak dengan wajah yang serius. "oh betul ke ni?... korang betul betul boleh bawa kami ke sana ke?", soal joshua macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "ya... aku kapten yusof akan membawa korang ke cadifornia dengan menaiki kapalterbang yang ada di airport air flyster... so better we go to the air flyster now...", kapten yusof bersuara dengan pantas. "wait the minutes... apa kau kata tadi? kau kata kita akan menaiki kapalterbang ke sana ke?", soal luna seperti terkejut.

"ya... korang akan menaiki kapalterbang air flyster kelas pertama... kenapa kau macam terkejut pula?", soal kapten yusof kehairanan. "sebenarnya aku tidak berapa suka naik kapalterbang ni... aku pernah mengalami pengalaman ngeri semasa aku menaiki kapalterbang beberapa bulan yang lalu. jadi aku merasa takut apabila naik kapalterbang ni...", balas luna dengan jujur. "oh... janganlah kau takut... kapten yusof ni seorang pilot kapalterbang yang mahir, tau... dia boleh bawa kapalterbang dengan baik...", sampuk leftenan razak pula. luna terdiam selepas itu. zarul menoleh sekilas ke arah luna. kemudian dia kembali menumpukan perhatiannya ke hadapan. dia tahu luna sebenarnya mengalami trauma setelah kapalterbang yang mereka naiki terhempas di lautan pasipik. akibatnya mereka terjatuh di dalam air lautan yang dalam dan akhirnya mereka terkapar di sebuah pulau misteri. sebenarnya dia sendiri pun tidak mahu menaiki kapalterbang setelah apa yang di alaminya tempohari. namun bila dia memikirkannya kembali dia tidak perlu merasa takut sebab itu saja cara paling selamat untuk mereka melarikan diri dari bandar yang penuh dengan zombie itu. lamunannya terhenti apabila dia lihat luna berdiri di sebelahnya sambil berpaut pada tiang besi kecil di belakang driver seat tempat dia duduk. "mereka kata kita harus pergi ke air flyster airport sekarang juga....", tutur luna perlahan lahan. "okay.... by the way, kau masih trauma dengan apa yang telah terjadi tempohari ke?", soal zarul sambil memandang sekilas pada gadis tersebut. luna hanya menganggukkan kepalanya. "dont worry luna... i'm with you....", tutur zarul seraya tangan kanannya memegang erat tangan gadis itu. manakala tangan kirinya memegang erat stereng bas tersebut. luna hanya tunduk diam ketika tangannya terasa di genggam erat oleh zarul. ada sedikit getaran di lubuk hatinya ketika itu. dia tidak tahu getaran apakah itu...
   

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now