MEREDAH KEGELAPAN 31

206 20 4
                                    

"kita nak pergi ke mana ni?", soal luna setelah mereka kembali semula ke lebuhraya utama. "aku rasa kita perlu pergi isi minyak caravan ni sekarang juga sebab minyak caravan ni dah nak habis dah...", ucap zarul perlahan lahan. "hm... ikut suka hati kaulah...", balas luna perlahan lahan. zarul mula memandu caravan tersebut menuju ke arah stesen minyak petrol yang berdekatan. dia lihat suasana di stesen minyak agak sunyi sepi. "line clear...", ucap zarul setelah dia memerhatikan kawasan stesen minyak tersebut. "okay, kalau macam tu kita berhenti sekejap untuk isi minyak caravan ni...", ucap luna. zarul segera melangkah keluar dari dalam caravan itu dengan membawa pistol di tangannya. dia mula membuka tangki minyak caravan tersebut sambil matanya melilau ke sana ke mari. sebenarnya dia merasa sedikit was was sebab dia tidak tahu samada kawasan tu selamat atau pun tidak. dia mula mengisi tangki minyak caravan sehingga penuh. apabila sudah penuh dia cepat cepat menutup tangki minyak caravan itu. ketika dia hendak melangkah pergi dari situ kelihatan seorang wanita sedang melangkah menghampiri mereka di situ. "tolong... tolong aku...", ucap wanita tersebut dengan baju yang di basahi darah. "puan... puan kena gigit oleh zombie ke?... baju puan tu habis basah kena darahlah...", soal zarul. "ya... aku telah di gigit oleh zombie tadi... tapi tolonglah aku... jangan tinggalkan aku kat sini...", ucap wanita tersebut seraya memegang lengan kirinya yang berlubang akibat di gigit zombie. luna melangkah keluar dari dalam caravan itu untuk menolong wanita itu. zarul melangkah di sebelahnya. baru saja mereka hendak menolong wanita tersebut tiba tiba saja, "benggg!!!!....", kedengaran satu das tembakan bergema di situ. wanita yang terkena gigitan zombie itu terus terjatuh di atas tanah sebaik saja kepalanya di tembak oleh seseorang. zarul segera menoleh ke arah si penembak. begitu juga dengan luna. kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa sedang memegang senapang patah di tangannya sambil melangkah menghampiri mereka di situ. "kenapa kau tembak kepala wanita ini pula?", soal luna kehairanan. lelaki tersebut tersenyum sinis. "apa kau nak dia biarkan dia hidup sehingga dia mati and then bertukar menjadi zombie lalu menggigit korang, begitu?", soal lelaki tersebut sambil menyedut puntung rokok di tangannya.

"taklah... tapi dia kan masih hidup... kasihan dia sebab kena bunuh...", ucap luna perlahan lahan. "buat apa kasihan pada orang yang terjangkit X virus tu ar?", soal lelaki tersebut seraya merenung wajah luna dengan renungan mata yang tajam sekali. luna segera menundukkan wajahnya. dia merasa serbasalah apabila dia di renung macam tu. "korang kena gigit oleh zombie tu tak?", soal lelaki itu ingin tahu. dia mengacukan senapangnya ke arah zarul dan luna. "tak... kami tak kena gigit pun...", bohong zarul. dia sengaja berbohong supaya lelaki tersebut tidak membunuh dirinya dan juga luna. "betul meyh?... tapi kenapa leher kau tu di balut dengan kain putih pula?", soal lelaki itu ingin tahu. dia mula mengacukan senapangnya ke arah zarul. "oh... er.... leher aku terluka sikit aje ni... aku kena accident masa menunggang motosikal beberapa minggu yang lalu... hampir saja leher aku patah akibat berlanggar dengan pokok di tepi jalan...", bohong zarul lagi. "oh really?... bukan kena gigit oleh zombie ke?", sekali lagi lelaki tersebut mengutarakan rasa musykilnya. "yalah... takkan aku tipu kau pula...", zarul terpaksa menyakinkan lelaki itu dengan berbohong. "hm... how about you?", soal lelaki tersebut sambil mengacukan senapangnya ke arah luna. belum pun sempat luna bersuara zarul tampil ke depan, "bukankah aku dah cakap tadi kami tidak di gigit oleh zombie zombie tu...", dalih zarul dengan wajah yang serius. "kalau macam tu, baguslah... aku nak tumpang caravan korang tu menuju ke pusat bandaraya rattoon city...", lelaki itu bersuara dengan wajah yang selamba. "kenapa pula kau nak pergi ke pusat bandaraya rattoon city?", soal zarul ingin tahu. "sebab aku nak selesaikan urusan aku yang terbengkalai.... daripada aku merayau seorang diri kat sini lebih baik aku naik caravan korang tu... anyway, namaku farhad bin ikram. panggil aku abang had aje...", terang lelaki itu dengan wajah yang serius. "er... abang had, perkenalkan namaku luna musa dan di sebelah aku ni namanya zarul bin khairuddin.... er... anak kecil yang berdiri dekat pintu caravan tu namanya vivian ak gumang dan yang berdiri di sebelahnya tu ialah adik lelaki saya, namanya Joshua musa....", luna memperkenalkan mereka semua pada lelaki itu. belum pun sempat lelaki tersebut bersuara tiba tiba muncul pula 5 zombie di kawasan stesen minyak itu. mereka mula berlari menuju ke arah mereka. farhad segera menembak semua zombie tersebut dengan senapang patah di tangannya. setelah menembak semuanya dia pun terus berlari masuk ke dalam caravan dengan di ekori oleh luna dan zarul dari belakang. "cepat masuk!...", jerit farhad. mereka pun segera berlari masuk ke dalam caravan tersebut. pintu caravan di tutup dengan sepantas kilat.

farhad segera memandu caravan itu dengan kelajuan yang maksimum. hampir saja zarul dan luna terjatuh kerana lelaki tersebut memandu caravan tersebut dengan laju sekali. nasib baik mereka berdua pantas memegang tempat duduk yang ada di situ kalau tidak tak tahu lagilah apa yang terjadi pada mereka berdua. caravan tersebut mula meluncur di kawasan bandaraya yang kini sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. "abang had... kami nak cari survivor yang masih berada di bandaraya rattoon city ni...", luna bersuara setelah dia berdiam diri buat beberapa ketika. "buat apa korang cari survivor di bandaraya yang sudah musnah ni ar?... buang masa aje korang tolong orang lain sedangkan tidak ada yang mahu menolong korang apabila korang kena serang oleh zombie zombie tu...", balas farhad dengan nada suara yang cukup sinis sekali. "hey... kenapa kau terlalu pentingkan diri sendiri, hah?... kau tahu tak dalam bandaraya ni masih ada lagi survivor yang perlu di selamatkan...", bentak zarul dari tempat duduknya. "dengar sini... korang tak boleh bagi arahan pada aku macam tu saja sebab aku ni lebih tua daripada korang dan aku yang drive caravan ni sekarang... so korang jangan memandai mandai nak bagi arahan kat aku ya... kalau korang cuba mengarah aku, kepala korang akan ku tembak dengan senapang patah ni.... faham?", bentak farhad dengan kasar sekali. terus terdiam zarul dan luna di buatnya. mereka duduk diam di atas kerusi masing masing. "nampak gayanya lelaki ni lelaki jahat lah... kau nampak tak baju yang dia pakai tu? itu baju banduan dari penjara lah...", bisik luna pada zarul di sebelahnya. "yelah... baru sekarang aku perasan... apalah nasib kita terjumpa banduan yang teruk macam ni...,", bisik zarul pada luna separuh mengeluh. "apa yang korang bisik bisikkan tu ar?... jangan pula korang cuba merancang hendak melarikan diri daripadaku... nanti siap korang aku kerjakan...", ugut lelaki itu dengan wajah yang garang sekali. luna dan zarul terpaksa berdiam diri. begitu juga dengan Joshua dan vivian. mereka terpaksa ikut saja ke mana lelaki jahat itu pergi...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now