MEREDAH KEGELAPAN 26

232 26 18
                                    

setelah tangisan si anak sudah reda, luna pun mula bertanyakan soalan pada anak kecil itu.
"siapa nama adik?"
"namaku vivian ak Gumang..."
"oh cantik nama tu... jadi adik ni berbangsa iban ke?"
"ya..."
"apa agama adik?"
"kristian..."
"oh.. akak pun beragama kristian juga macam adik... anyway, nama akak ialah luna musa... panggil saja akak ni akak luna... yang drive kereta ni namanya zarul bin khairudin... panggil dia abang rul, okay..."
luna mula memperkenalkan diri mereka pada si anak kecil itu. vivian hanya menganggukkan kepalanya.
"hai adik vivian... gembira dapat berkenalan dengan adik... adik vivian comel tau..."
zarul mencuit pipi mungil gadis kecil itu. vivian hanya duduk diam di atas pangkuan luna. dia sedikit pun tidak tersenyum. mungkin dia masih bersedih di atas kematian ibunya. mahu tidak mahu zarul dan luna pun berdiam diri selepas itu.

tidak lama kemudian, zarul memberhentikan keretanya sebaik saja mereka tiba di hadapan sebuah kedai senjata yang bersepah barangnya di sana sini. "er... adik, akak dan abang keluar dulu ya... adik tunggu akak dan abang dalam kereta ni...", kata luna pada anak kecil itu. "tapi aku takut kak... aku nak ikut abang dan akak...", balas vivian sambil memegang tangan luna dengan erat sekali. luna dan zarul berpandangan seketika. "kalau macam tu kita bawa dia bersama kita...", luna bersuara seraya memegang erat tangan vivian. "hm... baiklah...", balas zarul sepatah. sebelum mereka keluar mereka memerhatikan keadaan di luar kawasan premis tersebut. nampak gayanya tidak ada zombie kat situ. kawasan tu sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. setelah mereka pasti bahawa keadaan kat situ sudah 'clear', barulah mereka melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. mereka berlari masuk ke dalam sebuah kedai senjata yang ada di situ. ketika mereka berlari masuk ke dalam kedai itu sempat lagi zarul mencapai sebatang kayu yang tergeletak di atas lantai tidak jauh dari situ. dengan langkah kaki yang berhati hati mereka melangkah masuk ke dalam kedai senjata tersebut. mereka lihat tiada sesiapa pun di situ. cepat cepat mereka mengambil beg yang kosong yang ada di situ. kemudian mereka mula mencapai beberapa laras senapang, machine gun dan pistol yang ada di dalam kedai tersebut. luna sibuk mengambil beberapa kotak kecil berisi peluru ke dalam beg itu. manakala vivian pula hanya berdiri memerhatikan mereka di situ. zarul mengambil sebuah pistol lalu di masukkannya peluru di dalamnya. luna pun turut berbuat demikian. masing masing sudah ada senjata di tangan. ketika mereka sedang leka menyusun senjata di dalam beg tiba tiba muncul pula seorang lelaki zombie berkepala botak di dalam kedai senjata itu. dia merenung ke arah mereka dengan renungan mata yang tajam sekali.tiba tiba saja zombie tersebut meluru ke arah vivian yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. luna pantas menembak kepala zombie itu sehingga berkecai kepalanya.

"bengg!!!!...."
"eeeiiiiii!!!!...."
kedengaran jeritan vivian dalam ketakutan. luna segera menutup mulut vivian dengan tangannya. "jangan menjerit... nanti ramai zombie datang ke sini...", bisik luna di telinga vivian. "oh... dia tak menjerit pun zombie zombie tu sudah terdengar tembakan kau tadi... aku rasa sekejap lagi mereka akan datang menyerbu tempat ini... sebelum itu terjadi lebih baik kita berambus dari sini...", kata zarul pada luna di sebelahnya. cepat cepat dia berlari keluar dari situ dengan membawa beg yang penuh dengan senjata api. tanpa banyak soal luna mengekori pemuda tersebut dari belakang. dia menarik tangan vivian supaya berlari meninggalkan tempat itu. memang betul jangkaan zarul. kelihatan begitu banyak zombie keluar dari dalam bangunan yang berdekatan sebaik saja mereka terdengar bunyi tembakan sebentar tadi. cepat cepat zarul, luna dan anak kecil bernama vivian itu berlari menuju ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari situ. pintu kereta di buka dengan pantas sekali. mereka meluru masuk ke dalam perut kereta tersebut.

baru saja zarul memasang enjin keretanya semua zombie sudah mula mengepung mereka di situ. mahu tidak mahu luna terpaksa menembak semua zombie yang ada di hadapan kereta mereka. manakala zarul pula terpaksa memandu kereta tersebut dengan laju sekali. tanpa mempedulikan semua gerombolan zombie di depan keretanya zarul terus saja memandu kereta tersebut. di langgarnya semua zombie yang ada di depan matanya. "eeeiiiiiiiii...", jerit vivian dalam nada suara yang terkejut dan ketakutan. "just close your eyes adik...", suruh luna. vivian segera menutup matanya. "cuba menyanyi bersama akak... Tuhan itu baik... Tuhan itu baik... Tuhan itu baik... baik bagiku... God is so good... God is so good, God is so good, He's so good to me...", luna menyanyi perlahan lahan. vivian ikut menyanyi bersamanya. setelah mereka berjaya merempuh gerombolan zombie tersebut, barulah luna berhenti menyanyi. begitu juga dengan vivian. kini mereka berada di pusat bandaraya rattoon city. semua jalanraya utama di penuhi dengan kenderaan yang tersadai di sana sini. "kita nak pergi ke mana ni?", soal zarul ingin tahu. "aku fikir lebih baik kita cari sebuah kenderaan yang jauh lebih besar daripada kereta ni...", kata luna sambil memerhatikan setiap kenderaan yang tersadai di atas jalanraya tersebut. "kenapa pula?", soal zarul ingin tahu. "misi kita kan nak selamatkan semua orang yang terselamat. so lebih baik kita cari kenderaan yang besar sedikit. contohnya macam van ke, hilux ke, lori ke, apa ke...", balas luna. "ya tak ya juga kan.....", zarul bersuara perlahan lahan. dia mula memandu keretanya perlahan lahan di atas jalan raya tersebut.

mereka memerhatikan semua kenderaan yang ada di situ. hampir semua kenderaan dalam keadaan remuk akibat terkena accident. ada juga kereta yang terbalik di atas jalan raya tidak jauh dari situ. ada kesan darah di dalam kereta tersebut. luna yakin semua pemilik kereta tu sekarang sudah menjadi zombie. buktinya tubuh mereka tidak ada lagi di situ. zarul kembali meneruskan perjalanan sambil memerhatikan kenderaan yang sesuai untuk di bawa pergi dari situ. kelihatan sebuah caravan besar yang tersadai di tepi jalan raya yang sunyi sepi itu. caravan tu masih kelihatan okay dan nampak baru lagi. zarul segera memberhentikan keretanya dekat dengan caravan tersebut. pistol segera di capai lalu di pegangnya erat erat. "er... korang duduk dalam kereta ni dulu ya... biar aku periksa caravan ni dulu... aku nak pastikan apakah caravan tu masih boleh di gunakan ataupun tidak...", zarul bersuara perlahan lahan. luna hanya menganggukkan kepalanya. cepat cepat zarul melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. dia cuba menjenguk ke dalam caravan itu. tiada sesiapa pun yang berada di dalam caravan tersebut. zarul segera memecahkan cermin caravan itu dengan menggunakan kayu yang di jumpainya dari atas tanah. "tiiiitiiiit!!!!.... tiiiitiiiit!!!!....", kedengaran alarm caravan itu berbunyi dengan nyaring sekali. zarul pantas memasukkan tangannya ke dalam kaca jendela caravan yang pecah lalu dia cuba membuka pintu caravan tersebut. sekali pusing saja pintu caravan itu terus terbuka. zarul segera melangkah masuk ke dalam caravan tersebut. dia cuba mematikan sistem penggera caravan itu. setelah sistem penggera caravan tersebut berjaya di matikannya, zarul segera melambaikan tangannya ke arah luna dan vivian, "hey... you two... just get in...", laung zarul. luna dan vivian pantas berlari keluar dari dalam kereta sambil membawa beg yang penuh dengan senjata api. cepat cepat luna membuka pintu caravan itu lalu melangkah masuk ke dalamnya. vivian pun duduk di sebelahnya. "rul, kau ada kunci untuk hidupkan caravan ni ke??", soal luna sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam perut caravan yang masih kelihatan baru itu. "tak payah gunakan kunci... aku ada teknik aku sendiri untuk hidupkan caravan ni...", zarul mula berbuat sesuatu dekat bawah stereng caravan tersebut. ketika dia sedang berusaha hendak menghidupkan caravan itu tiba tiba bahu kirinya terasa di gamit oleh seseorang. "ada apa?", soal zarul masih tertunduk tunduk di bawah stereng caravan tersebut. "rul, kau mesti hidupkan caravan ni secepat mungkin....", gesa luna sedikit cemas. "kenapa pula?", soal zarul masih tunduk memerhatikan wayar di tangannya. "ada zombie datang ke sini lorh....", luna bersuara di sebelahnya. zarul segera mendongakkan wajahnya. kelihatan begitu ramai zombie menghampiri mereka di situ. cepat cepat zarul memasang enjin caravan tersebut. "kiikk.... kiikkk... kiiiikkkk.... brroommmm....", akhirnya enjin caravan itu berjaya di hidupkan. zarul terus memandu caravan tersebut dengan laju sekali. semua zombie yang ada di situ di tinggalkan dengan segera.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now