MEREDAH KEGELAPAN 64

181 17 3
                                    

"tuan doktor, boleh tak awak cakap pada mereka yang kita boleh selamatkan nyawa lelaki tu? kasihan dia...", tutur luna secara tiba tiba. mahu tidak mahu doktor park hoon terpaksa berbual dengan dua orang lelaki tersebut dalam bahasa korea agar mereka tidak membunuh lelaki malang itu. setelah di pujuk berkali kali mereka pun membatalkan niat mereka hendak membunuh lelaki malang itu. tanpa membuang masa doktor park hoon dan profesor ismadi segera mengangkat tubuh lelaki tersebut ke dalam pondok itu. profesor ismadi pantas menyuntikkan vaksin ke lengan kiri lelaki tersebut. selepas di suntik doktor park hoon mula menjahit luka yang ada di lengan lelaki itu. ketika doktor park hoon sibuk menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dua orang lelaki tersebut pandang semacam ke arah luna dan juga zarul. mereka saling berbisik bisik bagaikan orang yang sedang berkongsi rahsia pula. "mereka berbisik bisiklah... awak fikir mereka tu tak tahu berita yang tersiar dalam TV tu tak? kalau mereka tahu, habislah kita...", bisik zarul di telinga luna. luna hanya mendiamkan dirinya. dia sedikit pun tidak bersuara. tiba tiba salah seorang lelaki itu mengacukan senapangnya ke arah luna dan juga zarul. dia bersuara dalam bahasa korea pada mereka berdua. luna dan zarul tidak faham apa yang lelaki itu katakan. kawannya yang seorang pun turut mengacukan senapangnya ke arah mereka berdua. "woah.... woah... woah... please dont shoot them!....", profesor ismadi terus tampil ke depan. dia berdiri di hadapan luna dan zarul. doktor park hoon turut melarang dua orang lelaki itu daripada menembak dua orang remaja tersebut. dia terpaksa memujuk mereka agar bawa bertenang dan jangan timbulkan sebarang masalah di situ. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa menurunkan senjata mereka apabila mereka mendengar pujuk rayu dari mulut doktor itu.

doktor park hoon menyuruh mereka pulang ke rumah mereka. tanpa banyak soal dua orang lelaki tersebut segera melangkah meninggalkan pondok itu. sebaik saja mereka melangkah pergi, doktor park hoon pun segera menghampiri profesor ismadi, kapten yusuf, luna dan juga zarul yang masih duduk di situ. "saya minta maaf pada korang semua... saya rasa lebih baik korang pergi dari sini sebelum perkara tidak baik berlaku kat sini...", tutur doktor park hoon dengan wajah yang serius. "kenapa hoon? apa yang telah terjadi ni?", soal profesor ismadi ingin tahu. "dua orang lelaki tu sudah menonton berita di TV pagi tadi sebab itulah mereka berkira kira hendak menangkap luna dan zarul tadi. saya terpaksa memujuk mereka supaya mereka melepaskan luna dan zarul sebab mereka ialah pesakit saya. nasib baik mereka mendengar perkataan saya tadi. apa apa pun saya minta pada korang semua agar korang tinggalkan tempat ini dengan segera sebab saya merasakan yang mereka akan datang ke sini semula untuk menangkap luna dan zarul tapi kali ini mungkin mereka akan membawa lebih banyak orang kampung ke sini...", tutur doktor park hoon dengan pantas. "apa?... jadi kami terpaksa pergi sekarang juga ke tuan doktor?", soal luna dengan nada suara yang terkejut. "ya....", balas doktor park hoon sepatah. "okay, kalau macam tu lebih baik kita berambus dari sini...", zarul bersuara seraya bangkit dari atas katilnya. dia terpaksa menggagahkan dirinya untuk bangun dan berdiri. begitu juga dengan luna. mereka melangkah meninggalkan pondok itu dengan di iringi oleh kapten yusuf dan juga profesor ismadi. namun dalam pada itu sempat juga profesor ismadi memberikan beberapa botol kecil vaksin triple X kepada doktor korea tersebut. dengan sepantas kilat doktor korea itu menyambutnya dengan ucapan terima kasih. selepas itu mereka berangkat pergi meninggalkan tempat itu. mereka melangkah masuk ke dalam helikopter yang terletak tidak jauh dari situ. baru saja mereka melangkah masuk ke dalam helikopter tersebut kelihatan sekumpulan orang kampung melangkah menghampiri tempat itu. mereka membawa parang dan senapang di tangan. " alamak... mereka datang ke sinilah... cepat!... kita tinggalkan tempat ni...", gesa luna dengan wajah yang cemas. sebaik saja mereka semua berada dalam helikopter tersebut kapten yusuf pun segera menghidupkan enjin helikopter. perlahan lahan helikopter itu meluncur naik ke udara. orang orang kampung kelihatan begitu marah. mereka ingin menembak ke arah helikopter tersebut tapi mereka di halang oleh doktor park hoon. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa membiarkan helikopter itu meluncur pergi dari situ.

"kapten yusuf, awak kata tadi selama awak berkhidmat sebagai seorang juruterbang kat pusat kesihatan cadifornia tu awak tak pernah pun di berikan tugasan untuk menghantar manusia ke pulau yang mereka kata selamat tu, kan?....", soal luna setelah mereka terbang jauh dari pergunungan andesia. "ya...", balas kapten yusuf dari tempat duduknya. "sebaiknya kita pergi ke pusat kesihatan cadifornia tu sekarang juga...", tutur luna dengan wajah yang serius. "apa?... awak nak kita pergi ke sana lagi?", soal kapten yusuf cukup terkejut. "ya....", balas luna sepatah. "tapi luna kalau kita pergi ke sana sudah tentu mereka akan menangkap korang....", kata kapten yusuf. "ya...betul kata kapten yusuf tu... kalau kita pergi ke sana sudah pasti mereka akan menangkap korang... maklumlah mereka sekarang sedang memperluaskan gerakan untuk mencari dan menangkap korang...", kata profesor ismadi sambil memandang wajah gadis itu. "i dont care about that... saya nak pergi ke sana sekarang juga sebab saya nak selamatkan adik saya joshua dan para survivor yang masih hidup tu. saya dapat rasakan yang nyawa mereka kini dalam bahaya...", balas luna. "betul kata luna tu.... saya fikir kita patut pergi ke sana sebab saya pun nak selamatkan kakak saya...", sampuk zarul pula. "oh... korang ni betul betul nak menempah maut ke?", soal profesor ismadi sedikit bengang dengan dua orang remaja tersebut. "maafkan kami prof... kami perlu selamatkan orang yang kami kasihi... kami tak boleh tinggalkan mereka macam tu saja...", tutur luna dengan wajah yang serius. "tapi macamana kalau semua para survivor tu telah di pindahkan ke pulau eden semasa kita melarikan diri ke sini?.... takkanlah kita perlu pergi ke sana lagi?", ucap kapten yusuf dengan pantas. "saya tak rasa macam tu... dalam firasat saya mereka masih berada di pusat kesihatan tu...", balas luna perlahan lahan. "oh... come onlah... kenapa korang asyik memikirkan keselamatan orang lain? bagaimana dengan keselamatan korang pula?...", soal profesor ismadi bertambah bengang dengan sikap dua orang remaja itu. "keselamatan kami tidak penting lagi prof... kami perlu selamatkan orang yang kami kasihi.... kami tak boleh hidup tanpa adik dan kakak yang kami sayangi... jadi, kami merayu pada korang berdua agar korang benarkan kami pergi ke sana...", rayu luna sambil memandang wajah profesor ismadi. zarul di sebelahnya pun turut memandang wajah profesor ismadi dengan wajah yang 'kasihan'. "oh baiklah!.... kapten yusuf tolong bawa mereka ke pusat kesihatan cadifornia tu sekarang juga...", tutur profesor ismadi dengan berat hati. "tapi....", kapten yusuf hendak membantah tapi profesor ismadi menegahnya. "dont talk... just do it...", profesor ismadi bersuara dengan pantas. mahu tidak mahu kapten yusuf pun terpaksa membawa mereka pergi dari situ.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now