MEREDAH KEGELAPAN 60

181 19 1
                                    

sebaik saja mereka sampai dekat dengan bilik tahanan yang menempatkan zarul langkah kaki mereka terhenti di situ. salah seorang ahli tentera di situ membuka pintu bilik tahanan tersebut. "you need to follow us to the research health centre now....", kata ahli tentera itu pada zarul. mahu tidak mahu zarul pun bangun dari atas katilnya. dia melangkah keluar dari dalam bilik tahanan itu. mereka mula di bawa pergi dari situ. setibanya di bilik tahanan wanita bernama dina itu mereka membuka pintu bilik tahanan lalu menyuruh wanita tersebut mengikut mereka ke research health centre. sebaik saja dina melangkah keluar dari dalam bilik tahanan itu zarul segera memeluk kakaknya. "kak dina... awak okay kan?", soal zarul ingin tahu. "ya... akak dah okay sekarang... nasib baik ada seorang lelaki datang menyuntik lengan kiri akak ni dengan vaksin tu tadi, kalau tidak tak tahu lagilah...", balas dina perlahan lahan. "oh... syukurlah akak sudah okay sekarang...", balas zarul dengan lembut. mereka meleraikan pelukan masing masing. perlahan lahan luna menghampiri mereka berdua. "siapa dia ni, rul?", soal luna ingin tahu. "oh... perkenalkan dia ni ialah kakak dina, kakak kandung saya...", jawap zarul perlahan lahan. "oh begitu... hai kak dina... nama saya luna musa kawan zarul...", sapa luna sambil memperkenalkan dirinya. "oh... hai... luna...", balas dina. mereka saling berbalas senyuman. "that is enough... its time to go now...", salah seorang ahli tentera di situ bersuara dengan nada suara yang tegas sekali. mahu tidak mahu mereka pun terpaksa melangkah meninggalkan tempat itu.

ketika mereka meninggalkan pusat kuarantin itu mereka lihat ada dua orang berpakaian seragam putih dan memakai penutup kepala sedang melangkah keluar dari bangunan itu sambil mengusung mayat di atas kayu pengusung di tangan. dahi mayat tersebut kelihatan berlubang akibat di tembak sebentar tadi. tentu ianya mayat zombie yang sudah di tembak di dalam bilik tahanan itu. mereka mengusung mayat zombie tersebut menuju ke belakang bangunan itu. mayat zombie berkenaan terus di buang ke dalam sebuah lubang besar yang ada di situ. luna terkejut sebaik saja dia melihat begitu banyak mayat manusia bergelimpangan di dalam lubang itu. rupa rupanya sudah ramai manusia telah bertukar menjadi zombie dan mereka di bunuh dengan kejamnya di dalam bilik tahanan masing masing. kemudian semua mayat mereka di buang ke dalam lubang tersebut. dalam diam luna merasa sedih sekali apabila dia mengenangkan begitu banyak manusia terkorban akibat di serang oleh zombie zombie celaka itu. dia tidak menyangka keadaan akan menjadi bertambah teruk seperti itu. luna mula memikirkan tentang nasib eric nickson budak lelaki yang baru saja di temuinya di bilik tahanan sebentar tadi. dia berazam hendak menyelamatkan nyawa budak itu sebelum dia mati dan menjadi zombie.

sampai di pusat penyelidikan kesihatan mereka segera di tempatkan di dalam sebuah bilik rawatan. luna di baringkan di atas katil pesakit dan dia mula di periksa oleh beberapa orang doktor dan jururawat. begitu juga dengan zarul. dia di suruh berbaring di atas katil pesakit. ada doktor dan jururawat datang memeriksanya. dina pun turut di suruh berbaring di atas katil. beberapa orang doktor dan jururawat datang ke situ hanya untuk memantau kesihatannya. ketika luna terbaring di atas katil itu datanglah profesor ismadi bersama beberapa orang doktor yang lain. "prof... kenapa saya di bawa ke sini?", soal luna ingin tahu. "semua doktor kat sini nak melakukan penyelidikan ke atas darah awak dan juga darah zarul. mereka ingin tahu kenapa awak dan zarul tidak terjangkit dengan X virus...", jawap profesor ismadi dengan wajah yang serius. "tapi sebelum tu saya mohon pada prof supaya prof menyuntik vaksin tu pada seorang budak lelaki berbangsa inggeris yang di tahan dalam pusat kuarantin tu. namanya ialah eric nickson. dia di tahan di dalam bilik tahanan bernombor 62...", tutur luna dengan pantas.

"oh... baiklah... saya akan menyuntik budak tu dengan vaksin yang saya cipta tu nanti... awak jangan bimbang, ya...", balas profesor ismadi perlahan lahan. "anyway, di mana joshua dan vivian berada sekarang?", soal luna. "mereka sudah di bawa pergi ke suatu tempat yang lebih selamat....", balas profesor ismadi perlahan lahan. "di mana tu?", soal luna ingin tahu. "tak tahu... tapi yang saya dengar tempat tu ialah sebuah pulau... pulau yang jauh dari sini...", balas profesor ismadi. "awak fikir pulau tu selamat ke?", soal luna dengan dahi yang berkerut. "saya yakin pulau tu selamat sebab pulau tu sudah di periksa oleh pihak ketenteraan merika sarikat sebelum mereka menempatkan semua survivor di tempat itu...", jawap profesor ismadi dengan penuh yakin. "oh begitu... alangkah baiknya jikalau aku dapat berjumpa dengan mereka semula.... sebenarnya saya rindu pada adik adik saya tu...", ucap luna perlahan lahan. "awak jangan bimbang... awak pasti akan bersama dengan adik adik awak tu kelak tapi sekarang awak harus bersabar dulu, ya.... setelah mereka menjalankan penyelidikan ke atas diri awak dan zarul mereka pasti akan bebaskan korang...", kata profesor ismadi perlahan lahan. luna menganggukkan kepalanya perlahan lahan.

mulai dari saat itu luna dan zarul menjadi penghuni setia bilik rawatan yang sepi itu. kakak zarul iaitu dina sudah pun di bawa pergi dari situ kerana dia sudah sihat seratus peratus. dia di bawa pergi ke sebuah pulau di mana semua manusia sihat di tempatkan. luna dan zarul menunggu masa mereka di bawa keluar dari situ tapi mereka masih juga di tahan di situ. malah darah mereka sering di ambil dengan alasan yang darah mereka di perlukan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. lama kelamaan luna dan zarul tidak tahan apabila hampir setiap hari darah mereka di ambil. tubuh luna dan zarul semakin lemah. mereka asyik terbaring dia atas katil dengan hos kecil yang terlekat kemas di tangan mereka. darah sentiasa keluar mengalir dari tubuh mereka. ini menyebabkan mereka merasa semakin lemah. walau pun mereka di beri makanan berkhasiat setiap hari namun tubuh mereka terasa lemah sebab darah mereka sentiasa di sedut keluar dari tubuh mereka. pada saat mereka terasa lemah dan tidak berdaya profesor ismadi tampil ke depan untuk membela nasib mereka berdua. dia menyuruh semua doktor di situ membebaskan luna dan zarul tapi mereka enggan berbuat demikian. ini kerana mereka masih perlukan darah zarul dan luna untuk menyelamatkan nyawa semua orang yang terjangkit dengan X virus itu. profesor ismadi terpaksa memujuk mereka agar mereka membebaskan luna dan zarul tapi pujukannya tidak di endahkan. malah mereka mengajak profesor ismadi untuk turut serta dalam perniagaan haram yang mereka jalankan secara senyap senyap.

profesor ismadi merasa marah dan kesal apabila dia mendapat tahu ada sebilangan doktor di situ menjalankan perniagaan secara haram. mereka menjual vaksin yang terhasil dari gabungan darah zarul dan luna itu pada orang terjangkit X virus dengan harga tinggi. dengar khabar mereka mendapat keuntungan yang tinggi dari hasil penjualan vaksin itu. oleh kerana profesor ismadi tidak tahan melihat luna dan zarul di suntik setiap hari dia pun mengambil keputusan untuk membawa dua orang remaja itu keluar dari pusat tersebut. dia memberitahu rancangannya pada leftenan razak tapi leftenan razak enggan bekerjasama dengannya sebab dia tidak mahu di pecat hanya kerana dia melepaskan luna dan zarul dari pusat research health care itu. mahu tidak mahu profesor ismadi pun terpaksa berjumpa dengan kapten yusuf. pada mulanya kapten yusuf enggan bekerjasama sebab dia takut kedapatan tapi apabila dia di pujuk oleh profesor ismadi secara lembut dia pun akur. saat itu juga profesor ismadi membincangkan rancangannya bersama kapten yusuf. setelah berbincang mereka pun berpisah haluan. profesor ismadi melangkah masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan luna dan zarul. dia lihat mereka masih terbaring lemah di atas katil. "jangan bimbang luna... zarul... malam ni juga saya akan melepaskan korang dari neraka ini.... ini janji saya pada korang berdua...", bisik profesor ismadi perlahan lahan.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now