MEREDAH KEGELAPAN 27

230 23 12
                                    

luna menarik nafas lega sebaik saja mereka berada jauh dari gerombolan zombie yang menakutkan itu. dia memeriksa laci kecil van tersebut. kelihatan sebuah mobile phone tergeletak di dalam laci caravan itu. luna pantas mengambil mobile phone tersebut dan dia cuba menghubungi ibunya. namun tiada sesiapa pun yang menjawap panggilan telefonnya. "siapa yang kau call tu?", soal zarul ingin tahu. "ibu aku... tapi dia tak jawap panggilan telefon aku lah...", balas luna dengan sedih. "oh mungkin dia tak sempat bawa phone dia bersama ketika terjadinya semua bencana ni...", kata zarul. "mungkin juga... lebih baik aku call adik aku...", balas luna perlahan lahan. dia mula mendail mobile phone adik lelakinya namun tiada jawapan dari adiknya. "hish... mana perginya joshua ni?", soal luna mula bimbang. "mungkin bateri phonenya low batt kot... tu sebabnya tak dapat jawap phone call kau tu...", teka zarul. "boleh jadi juga...", luna bersuara perlahan lahan. "er... tolong bagi phone tu padaku sekejap... aku nak call ayah aku pula...", kata zarul seraya meminta mobile phone dari tangan gadis tersebut. luna menyerahkan mobile phone itu pada zarul. cepat cepat zarul memberhentikan caravan tersebut di tepi jalanraya dan dia cuba menghubungi ayahnya. tunggu punya tunggu tiada sesiapa pun yang menjawap panggilan telefonnya. "aku bimbanglah memikirkan ayah aku tu... dia langsung tidak menjawap phone call aku...", ucap zarul dengan sedih. "cuba kau hubungi mak kau pula... manalah tahu dia akan menjawap phone call kau tu...", cadang luna. "sebenarnya mak aku sudah lama meninggal dunia... aku di besarkan oleh ayah aku bersama dengan kakak aku tapi kakak aku tak tinggal kat sini... dia tinggal kat negara ukay setelah dia berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa inggeris di sana...", ucap zarul perlahan lahan. "oh... begitu.... ayah aku pula sudah lama meninggal dunia. ibu akulah yang membesarkan aku dan adik lelakiku seorang diri...", kata luna perlahan lahan. "oh macam tu... by the way, aku rasa lebih baik kita cari parents kita terlebih dahulu sebelum kita meneruskan misi kita tu...", zarul bersuara perlahan lahan. "aku pun rasa macam tu juga.... er, kau tinggal kat mana?", soal luna ingin tahu. "aku tinggal kat taman perumahan jertih, jalan merayan... kau pula?", giliran zarul pula menyoal gadis itu. "ooh... aku tinggal kat apartment ibuku di jalan indah...", balas luna. "kalau macam tu, kita pergi ke apartment kau tu sebab apartment kau terletak tidak jauh sini...", cadang zarul. "okay, aku ikut saja cadangan kau tu...", balas luna sambil menganggukkan kepalanya.

zarul segera memandu caravan tersebut menuju ke bangunan apartment di mana ibu dan adik lelaki luna berada. "kau fikir ibu dan adik kau tu masih tinggal dalam apartment tu tak?", soal zarul sambil memandu caravan tersebut ke arah bangunan apartment tersebut. "entahlah... tapi lebih baik kita mencuba mencari mereka daripada langsung tidak mencari mereka...", balas luna perlahan lahan. zarul pun terdiam selepas itu. tidak lama kemudian mereka tiba di hadapan bangunan apartment yang menempatkan 180 unit apartment tersebut. zarul memandu masuk ke dalam ground floor di bawah bangunan apartment yang tinggi itu. "aku rasa tentu banyak zombie berada di dalam bangunan ni...", ucap vivian secara tiba tiba. zarul dan luna saling berpandangan seketika. "tak semestinya dik... er, marilah adik ikut abang dan akak... kita jalan jalan sekejap...", ajak luna dengan lembut. "tapi aku takut...", balas vivian dengan wajah yang ketakutan. "jangan takut... abang dan akak kan ada bawa senjata... kalau ada zombie, abang dan akak akan tembak kepala mereka sampai pecah berderai...", ujar luna sambil menunjukkan pistol di tangannya. "oh baiklah...", dengan rasa berat hati anak kecil itu pun mula melangkah keluar dari dalam caravan tersebut. zarul dan luna melangkah mengiringinya dengan membawa pistol di tangan. mereka melangkah masuk ke dalam pintu besar yang ada tidak jauh dari situ. dengan langkah yang berhati hati mereka menapak di ruang koridor yang sunyi sepi. langkah kaki mereka terhenti apabila mereka mendengar seperti ada bunyi tapak kaki kedengaran dari hujung koridor tidak jauh dari situ. zarul pantas memberi isyarat agar mereka bersembunyi di satu sudut yang agak tersorok tidak jauh dari situ. perlahan lahan zarul cuba mengintai siapakah empunya bunyi tapak kasut yang kedengaran sebentar tadi. kelihatan seorang lelaki sedang berjalan seorang diri dengan kaki kanan yang berlumuran darah. mungkin lelaki tersebut baru saja di gigit oleh zombie. buktinya luka di kaki lelaki itu nampak baru saja di gigit oleh sesuatu. dia seperti berada dalam ketakutan. baru saja dia melangkah dua dan tiga langkah di situ, muncul pula 3 zombie lelaki yang kelaparan lalu menarik tubuh si lelaki dari belakang. mereka segera menggigit dan meratah tubuh lelaki tersebut.

zarul segera menyembunyikan wajahnya sebaik saja dia lihat salah satu zombie itu seperti mendongakkan kepalanya. dia tidak mahu zombie zombie tersebut nampak mereka di situ. jadi dia mengisyaratkan pada luna dan vivian agar mereka senyap dan tidak bergerak dari situ. mereka terpaksa bersembunyi di situ sehingga semua zombie zombie itu selesai meratah mayat lelaki tersebut. setelah zombie zombie tu pergi jauh barulah mereka menapak menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. baru saja mereka menekan punat lif di situ kedengaran bunyi deraman zombie dari hujung koridor yang sunyi sepi itu. kelihatan 2 orang zombie sedang berjalan terhuyung hayang tidak jauh dari situ. "tingg!....", kedengaran pintu lif terbuka luas. cepat cepat zarul, luna dan vivian pantas meluru masuk ke dalam perut lif tersebut. 2 orang zombie tadi segera berlari menuju ke arah mereka. nasib baik pintu lif sudah terkatup rapat masa tu. kalau tidak tak tahu lagilah apa yang akan terjadi pada mereka bertiga. "kita nak pergi ke tingkat mana ni?", soal zarul ingin tahu. "tingkat 4. kami tinggal di apartment bernombor 402...", balas luna dengan pantas. zarul segera menekan no 4. lif mula bergerak ke tingkat 4. "ting!...", pintu lif terbuka dengan sendirinya sebaik saja ianya berada di tingkat 4. perlahan lahan zarul, luna dan vivian menjenguk keluar. mereka ingin memastikan keadaan di ruang koridor itu. Mereka lihat tiada sesiapa pun yang berada di ruang koridor tersebut. setelah mereka yakin yang tempat tu clear (tidak ada zombie), barulah mereka melangkah keluar dari dalam lif tersebut. luna menekan loceng pintu yang ada kat pintu bilik apartment 402 itu. "si.... si... siapa tu?", soal suatu suara dari dalam apartment tersebut. luna tahu itu suara adik lelakinya, joshua. "adik jo!... tolong buka pintu ni... akak ni...", laung luna. pintu itu di buka orang dari dalam. kelihatan seorang budak lelaki yang berumur 13 tahun sedang berdiri dengan wajah yang pucat lesi. luna segera meluru masuk ke dalam apartment ibunya. begitu juga dengan zarul dan vivian. pintu apartment segera di kunci. "kakak....", Joshua terus memeluk kakaknya luna. "oh... syukurlah kau masih hidup, dik...", ucap luna seraya memeluk tubuh adiknya itu. joshua menangis dalam pelukan kakaknya. "kenapa kau menangis pula? kau takut eh?", soal luna pada adiknya itu. "bukan saja takut kak, malah adik merasa sedih....", balas joshua perlahan lahan. "kenapa pula adik merasa sedih pula?", soal luna ingin tahu. "ibu.... ibu jatuh sakit kak.... sudah 6 hari dia terlantar di atas katil tu setelah dia balik dari membeli barang dapur kat grocery store tempohari....", terang joshua dengan sedih. cepat cepat luna bergegas menuju ke bilik tidur ibunya. kelihatan ibunya terbaring di atas katil dalam keadaan yang lemah sekali. "ibu....", luna segera duduk di atas birai katil ibunya sambil memegang erat tangan ibunya. tangan ibunya terasa panas sekali. tentu ibunya sakit demam panas. dia lihat ada kesan gigitan di pergelangan tangan kanan ibunya. tahulah dia kenapa ibunya jatuh sakit. luna menangis ketika dia melihat ibunya sakit tenat. dia betul betul sedih melihat keadaan ibunya. sekali lagi dia menyalahkan dirinya kerana dia gagal menghentikan jangkitan X virus yang mematikan itu. kini ibunya mungkin akan kehilangan nyawanya gara gara di jangkiti X virus tersebut. "semua ini salah aku, ibu... semua ini salah aku...", bisik luna dengan linangan airmata di pipinya.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now