MEREDAH KEGELAPAN 10

329 28 0
                                    

"grrrr...grrr....", sayup sayup kedengaran bunyi deraman zombie di luar bilik makmal utama itu. "alamak... masih ada zombielah kat luar tu... macamana kita nak keluar dari sini?", bisik hezron. "yelah... matilah kita kali ni... tentu kita akan di gigit dan di makan oleh zombie zombie tu nanti...", bisik gina cukup bimbang. "korang jangan cakap macam tu... itu tidak baik lorh...", sampuk zarul secara berbisik. hezron dan gina terdiam selepas itu. Mereka saling berpandangan. "kau fikir apa yang harus kita lakukan sekarang?", soal tan fai long setelah dia lama berdiam diri. "aku fikir lebih baik kita cari jalan bagaimana kita hendak melarikan diri dari tempat ni...", kata vijay separuh berbisik. "ya... kita harus cari jalan untuk keluar dari sini tapi sebelum tu kita kena cari senjata untuk mempertahankan diri kita... contohnya macam pistol ke, senapang ke apa ke.... supaya senang kita menentang zombie tu apabila kita di serang...", bisik zarul pula. "ya... aku setuju dengan cadangan kau tu tapi di mana kita nak cari senjata tu ar? tidak ada pun senjata dalam bilik makmal ni...", tan fai long bersuara sambil matanya liar mencari benda yang boleh di jadikan senjata. "memang dalam bilik ni tak ada senjata tapi cuba korang tengok pelan bangunan ni... ada bilik senjata di bahagian hujung bangunan ni.... itu maknanya kita perlu pergi ke sana...", bisik zarul sambil menunjukkan bilik simpanan senjata yang terletak di hujung bangunan itu. "thats mean kita terpaksa melalui ruang koridor ini menuju ke hujung bangunan tu...", hezron menunjukkan ruang koridor yang panjang itu. "tapi itu sangat merbahaya... tentu di ruang koridor tu ada zombie yang berkeliaran... sebaiknya kita cari jalan tikus menuju ke bilik simpanan senjata tu...", zarul menyuarakan pendapatnya. "jalan tikus? tapi macamana nak cari jalan tikus yang kau maksudkan tu? kau bukannya tahu apa apa tentang bangunan ni pun...", hezron bersuara secara berbisik.

"memanglah aku tak tahu apa apa tentang bangunan ni tapi kita boleh cari jalan tikus melalui pelan bangunan ni... mari kita tengok sama sama pelan bangunan ni. manalah tahu kot kot ada jalan tikus kat dalam pelan ni....", bisik zarul. mereka pun mula mencari jalan tikus di dalam pelan bangunan tersebut. cari punya cari tak ada pula jalan tikus dalam pelan bangunan tu. "tak ada pun jalan tikus yang kau maksudkan tu...", bisik hezron. "jadi kita nak buat macamana lagi ni?", soal tan fai long sedikit gusar. zarul terdiam seketika. dia memandang di sekelilingnya. tiba tiba matanya tertancap pada satu ruang kecil yang terletak di atas dinding bilik makmal tersebut. ianya di tutupi dengan penutup besi yang berlubang halus. "aku fikir lebih baik kita ikut ruang kecil tu... manalah tahu ia akan membawa kita ke hujung bangunan ni...", kata zarul sambil menjuihkan bibirnya ke arah ruang pengudaraan tersebut. "kau fikir ruang pengudaraan tu menghala ke arah mana?", soal hezron. "entahlah...", zarul bersuara sepatah. "gila!... macamana kau suruh kami masuk melalui ruang pengudaraan tu sedangkan kau sendiri pun tidak tahu ke mana penghujungnya... silap hari bulan kita akan terperangkap atau tersesat dalam ruang pengudaraan yang berselirat tu...", bisik vijay dengan wajah yang serius. "ya... i know... tapi sekurang kurangnya kita tidak terus terperangkap dalam bilik makmal ni buat selama lamanya...", tempelak zarul. "aku setuju dengan perkataan zarul tu...", sokong tan fai long. "aku pun setuju...", balas luna. "oh... alright... kita ikut saja cadangan si zarul tu... ", mahu tidak mahu vijay pun terpaksa akur dengan keputusan yang di buat oleh pemuda melayu itu. "baguslah kalau macam tu... sekarang tolong aku ambil kerusi tu. and then kita sama sama naik dan masuk ke dalam ruang pengudaraan tu...", zarul bersuara seraya menunjukkan kerusi yang di maksudkannya. mereka pun segera melakukan apa yang di suruh. orang pertama sekali masuk ialah zarul kemudian luna, di ikuti oleh gina, hezron, tan fai long, benji dan juga vijay. mereka mula merangkak di dalam ruang pengudaraan tersebut. zarul berhenti sebaik saja dia lihat ada 2 simpang di depan matanya. satu ke kiri dan satu lagi ke kanan. zarul tidak pasti dia hendak pergi ke mana sebab dia tidak tahu mana satu ruang pengudaraan yang sesuai untuk di lalui... "kenapa kau berhenti merangkak pula?", soal luna di belakangnya. "ada dua simpang kat depan kita ni... kita nak ikut sebelah mana ar?", soal zarul.

"see... what i've told to you before.... ruang pengudaraan ni memang berselirat lorh... kalau tidak tahu apa apa memang sesatlah jawapnya...", vijay bersuara dari belakang. "tidak apa... aku dah tahu mana yang harus kita lalui... ikut aku...", zarul pantas merangkak ke simpang kanan. mereka yang lain mula merangkak ke simpang kanan. ketika mereka sedang merangkak di situ zarul nampak ruang pengudaraan itu berakhir di sebuah bilik yang agak gelap sedikit. sebelum dia membuka penutup besi itu dia memerhatikan keadaan di dalam bilik tersebut. macam tak ada sesiapa dalam bilik tu tapi ketika dia sedang cuba hendak membuka penutup besi itu tiba tiba, "groooaarrrr!!!!!....", muncul satu wajah zombie yang menakutkan di sebalik penutup besi tersebut. zombie itu berusaha hendak mencakar cakar penutup besi yang ada depan mata zarul. "wooahhh!...", zarul menjerit terkejut. "apa yang telah terjadi?... kenapa kau menjerit?", soal luna di belakangnya. "kita tak boleh keluar melalui ruang pengudaraan yang satu ni sebab ada zombie di dalam bilik hujung sana tu... kita terpaksa merangkak secara berundur ke belakang.... apabila kita tiba di simpang 2 tu nanti kita terus beralih ke simpang kiri pula...", kata zarul. "oh damn it!...", gerutu vijay cukup geram. dia terpaksa merangkak mundur ke belakang. begitu juga dengan yang lain. mereka merangkak mundur ke belakang sehingga mereka sampai di dekat 2 simpang yang zarul maksudkan sebentar tadi. sebaik saja semuanya berada di simpang 2 itu zarul mula merangkak ke simpang kiri pula. mereka yang lain mengekorinya dari belakang.

tidak lama kemudian mereka pun sampai di penghujung ruang pengudaraan itu. zarul lihat ianya menghala ke arah sebuah bilik stor yang terbiar. dia cuba memerhatikan keadaan di dalam bilik stor tersebut. nampak gayanya bilik stor itu tidak berpenghuni. setelah zarul pasti bahawa keadaan di situ selamat dia pun mula membuka penutup besi yang ada depan matanya dengan berhati hati. sebaik saja penutup besi tersebut berjaya di bukakannya mereka pun mula keluar dan turun ke dalam bilik stor tersebut. "oh... nasib baik tak ada zombie di dalam bilik stor ni...", bisik luna sebaik saja mereka semua berada dalam bilik stor itu. "so what's next?", soal hezron secara berbisik. tanpa menjawap soalan hezron itu, zarul segera menarik keluar pelan bangunan yang di bawanya bersama. mereka kembali meneliti pelan bangunan tersebut. "mari kita tengok, kita berada di mana sekarang...", zarul bersuara separuh berbisik. "oh... rupa rupanya kita berada di sebelah kiri bangunan ni... by the way, bilik simpanan senjata tu masih terletak jauh dari sini...", bisik hezron di sebelah zarul. "jadi macamana kita hendak pergi ke sana?... bilik simpanan senjata tu terletak jauh dari sini tau...", vijay berbisik pada zarul. "tunggu sekejap... biar aku fikirkannya dulu...", bisik zarul. dia berfikir sambil memerhatikan keadaan di dalam bilik stor itu. tiba tiba pandangan matanya tertumpu ke arah rak barang yang terletak tidak jauh dari situ. hanya ada komputer komputer lama saja di situ. dalam erti kata lain semuanya barang yang tidak di perlukan lagi. pandangan mata zarul terhenti pada beberapa bilah kapak yang tergeletak di atas rak paling bawah sekali. "untuk sementara waktu kita gunakan kapak ni dulu. kalau ada zombie datang menyerang kita kelak kita akan mempertahankan diri dengan menggunakan kapak ini... tapi ingat apa yang profesor madya rashidi katakan tadi. x virus tu mengawal otak zombie tu so lebih baik kita kopakkan saja kepala mereka dengan kapak kita ini... tapi korang harus berawas sedikit... jangan sampai korang di gigit oleh zombie zombie tu pula...", bisik zarul sambil menyerahkan sebilah kapak pada mereka yang ada di situ. mereka pandang seketika ke arah kapak yang di serahkan oleh zarul ke tangan mereka. "apa pandang pandang lagi?.... lets go...", zarul bersuara seraya membuka pintu stor tersebut. mereka pun melangkah keluar dari dalam bilik stor itu dengan kapak tergenggam erat di tangan.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now