MEREDAH KEGELAPAN 9

329 25 9
                                    

hezron menekan playback pada videoclip yang seterusnya. kelihatan profesor madya rashidi sedang merenung ke arah lensa camcordernya dengan wajah yang di basahi peluh dan pucat lesi. "still on Day 2... aku masih terperangkap kat sini... bangunan ini sudah penuh dengan mayat hidup. i mean hampir semua orang yang berada di dalam bangunan ni sudah mati di gigit oleh mayat manusia yang terjangkit dengan X virus tu tapi mereka hidup semula dalam bentuk mayat yang menakutkan. aku tahu pasti ada orang yang menonton videoclip ni merasa terkejut dengan apa yang aku katakan.... well, aku cakap yang betul... aku fikir tentu X virus yang mematikan itu telah menghidupkan semula semua mayat mayat tu dengan mengawal otak si mati... memang perkara ni amat sukar di percayai tapi itulah kenyataannya. my theory is like this.... tentu X virus merbahaya ini merebak melalui air liur si mati. apabila mangsa lain di gigit X virus tersebut akan terus masuk ke dalam tubuh si mangsa dan seterusnya masuk ke dalam sel darah si mangsa. kemudian ia akan memusnahkan sistem pertahanan tubuh si mangsa sehingga menyebabkan si mangsa mati secara mendadak. apabila aku perhatikan dengan saksama X virus ini hampir sama saja dengan T virus yang terdapat di dalam cerita cerita zombie yang biasa di tonton oleh semua manusia dalam TV tu tapi bezanya ini bukan lakonan semata mata. ini adalah kenyataan. this is a real nightmare for all peoples in this world. lambat laun bumi ini akan di penuhi dengan zombie dan pada masa itu manusia terpaksa hidup dalam kesukaran yang amat sangat. bercakap tentang zombie, aku teringatkan cerita resident evil yang selalu aku tonton ketika aku masih remaja dahulu... rupa rupanya zombie memang wujud di alam semesta ini.... but in this case, makhluk asinglah pembawa X virus ini sehingga menyebabkan hampir semua manusia di dalam bangunan ini terbunuh dan di jangkiti virus merbahaya tu... anyway, aku tak tahu samada ini satu cara makhluk asing hendak menghapuskan populasi manusia di muka bumi ni ataupun sebaliknya tapi aku dapat rasakan ada konspirasi di sebalik semuanya ini...", profesor madya rashidi berhenti bersuara seketika. dia seperti terdengar suatu jeritan di kejauhan. "ada bunyi orang menjerit kesakitan.... sudah tentu ada orang itu sudah mati di gigit oleh mayat mayat hidup itu... oh... ini sungguh tragis sekali. dulu aku fikir aku datang ke sini cuma mayat yang biasa biasa saja tapi rupa rupanya aku di suruh menyelidiki mayat alien yang sudah di jangkiti dengan virus yang merbahaya. oh... macamana aku dapat melarikan diri dari tempat jahanam ni?... aku yakin sangat yang bangunan ini sudah penuh dengan mayat mayat hidup sekarang....", kata profesor madya rashidi seorang diri. sesekali dia mengesat peluh yang mengalir di atas dahinya.

ketika dia berada di situ kelihatan tombol pintu bilik tempat dia bersembunyi berpusing pusing. seperti ada orang hendak masuk ke dalam bilik yang kecil itu. dia pantas bangun lalu mengunci daun pintu tersebut. tiba tiba, "please open this door....", kedengaran suatu suara bergema dari sebalik daun pintu bilik tersebut. tahulah profesor madya rashidi bahawa itu adalah manusia biasa sepertinya. dia pun pantas membuka pintu bilik tersebut. kelihatan seorang lelaki memegang pistol dan sebilah pedang di tangannya sedang berdiri di luar pintu bilik tersebut. begitu banyak mayat hidup berlari ke arahnya. dengan sepantas kilat dia berlari masuk ke dalam bilik itu lalu pintu tersebut di tutup dan di kuncinya dari dalam. terpaksa profesor madya rashidi meletakkan meja dan kerusi depan pintu itu agar ianya tidak mudah di buka oleh zombie zombie tersebut. "dammm!!!!..... dammmmm!!!!!....", kedengaran bunyi pintu itu di pukul dengan kuat oleh mayat mayat hidup itu. prof madya rashidi dan juga lelaki itu hanya berdiam diri di situ. tidak lama kemudian suasana kembali tenang semula. tidak ada lagi bunyi pintu di pukul dan di sepak dari luar. "maybe they're gone now...", kata lelaki itu sambil duduk di sebelah prof madya rashidi. mereka hanya duduk diam di situ. "look like your camcorder is already low battery... you better recharge it now...", komen lelaki tersebut pada profesor madya rashidi yang duduk di sebelahnya. perlahan lahan profesor madya rashidi segera memadamkan camcordernya dan rakaman tersebut berakhir di situ juga.

"jadi betullah dalam bangunan ni ada zombie?", soal tan fai long setelah mereka menyaksikan rakaman videoclip itu. "ya.... buktinya sudah ada dalam rakaman videoclip tu semua...", kata zarul pada rakannya itu. "anyway, korang perasan tak wajah profesor madya rashidi tu hampir serupa dengan wajah lelaki kanibal yang kita temui di hutan awal pagi tadi...", kata hezron pula. "eh... takkanlah profesor madya rashidi tu sudah jadi lelaki kanibal pula.... dia kan seorang profesor... tak mungkin dia sanggup membunuh manusia dan memakan daging manusia macam zombie...", sanggah vijay di belakang hezron. "tapi aku dapat rasakan yang si profesor madya rashidi tu sudah menjadi manusia kanibal. maklumlah dia tertekan kerana terpaksa hidup seorang diri di dalam pulau ini. so dia menjadi gila dan tidak normal lagi...", kata hezron pula. "hish... takkanlah dia jadi macam tu pula...", sanggah vijay. "mungkin betul juga apa yang di katakan oleh hezron tu... cuba korang bayangkan wajah lelaki kanibal tu tanpa rambut dan janggut yang berserabut tu... sudah tentu korang akan tahu yang dia tu ialah profesor madya rashidi...", sampuk gina di sebelah hezron. "tengok... gina sendiri pun boleh perasan yang lelaki kanibal tu ialah profesor madya rashidi...", tekan hezron. mereka saling berpandangan seketika. "itu belum dapat di pastikan lagi... cuba kau play videoclip yang terakhir tu...", kata zarul. hezron pun kembali menekan playback pada videoclip yang terakhir.

"Day 3... aku dan sarjan miller sekarang berada di dalam makmal utama. sudah semalaman aku tidak dapat tidur lena. anyway, sarjan miller sedang berusaha memanggil pihak berkuasa supaya mereka datang ke tempat ini... dia cuba menghubungi mereka melalui radio transmitter yang ada di dalam makmal utama ni tapi nampak gayanya tak ada sesiapa pun yang menjawap panggilannya. aku sebenarnya tidak berapa setuju dengan cadangannya tu sebab jika dia panggil pihak berkuasa datang ke sini sudah tentu keadaan akan menjadi bertambah teruk. di mana ramai lagi manusia akan mati dan di jangkiti X virus yang merbahaya itu. aku sudah melarangnya dengan mengatakan yang dia tidak perlu menghubungi orang luar, takut nanti semua orang akan mati dan menjadi zombie di pulau ini tapi dia berkeras juga hendak memanggil pihak berkuasa supaya datang selamatkan dia tapi dia tak tahu semakin banyak orang datang ke sini semakin banyaklah zombie tu berkeliaran dalam bangunan ni... tak ada siapa pun yang akan selamat... kecualilah orang tu tahu bagaimana caranya hendak survived dalam keadaan darurat macam ni... tapi susah nak survived jika hanya aku seorang saja yang tinggal dan terpaksa menentang zombie yang jumlahnya terlalu banyak... silap hari bulan diri sendiri pula yang akan menjadi zombie... apa apa pun aku akan cuba melarikan diri dari tempat ini. selepas itu aku akan pastikan tidak ada sesiapa pun yang akan masuk ke tempat celaka ini...", kata profesor madya rashidi. belum sempat dia menghabiskan perkataannya dia dan sarjan miller di serang oleh sekumpulan mayat hidup. selepas itu... "ssssssss....", rakaman tersebut berakhir di situ saja. zarul dan kawan kawannya saling berbalas pandangan. masing masing tidak tahu nak cakap apa lagi...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now