MEREDAH KEGELAPAN 78

159 15 8
                                    

ketika mereka berada di situ tiba tiba, "prakkk!...", kedengaran ranting kayu patah bergema di dekat kawasan tempat mereka berdiri saat itu. zarul terus mengangkat tangannya ke udara seperti memberi isyarat kepada mereka yang lain agar jangan bergerak. kelihatan seorang gadis red indian datang ke situ dengan paha kiri yang luka berdarah. "run... save yourself....", ucap gadis itu dalam kesakitan. dia cuba berlari tapi dia tersandung lalu tersungkur di atas tanah. cepat cepat luna meraih tangan gadis malang tersebut lalu dia cuba memapah gadis itu. mereka yang lain turut membantu luna. baru saja mereka mengorak langkah hendak pergi meninggalkan tempat itu kelihatan segerombolan zombie meluru ke arah mereka. cepat cepat zarul tampil ke depan untuk membunuh semua zombie zombie tersebut. dia di bantu oleh profesor ismadi dan juga doktor park hoon. mereka menembak ke arah zombie zombie itu. manakala zarul dan dan joshua sibuk memenggal leher semua zombie zombie yang menghampiri mereka di situ. luna menggunakan machine gunnya untuk menembak ke arah semua zombie zombie tersebut. dina pula hanya memukul kepala zombie dengan kayu belantan di tangannya. sekali pukul saja terus pecah kepala si zombie di buatnya. manakala kapten yusuf pula menetak netak kepala zombie yang menyerangnya dengan kapak di tangan. darah merah tersembur keluar dari kepala zombie yang di tetaknya. terus terbujur kaku semua zombie apabila kepala mereka di tetak dengan kapak di tangan.

maka terjadilah pertarungan sengit di antara manusia dan juga zombie zombie di kawasan itu. keadaan bertambah teruk apabila sebiji bom roket sesat yang melayang jatuh dari atas langit menjunam jatuh tepat di atas tanah tempat mereka bertarung. "lari!!!!....", jerit zarul cukup kuat sekali. semua mereka berlari dari situ. luna dan gadis red indian itu cuba melarikan diri dari situ. baru saja beberapa mereka angkat kaki dari situ, "kabooomm!....", bom roket meledak dengan kuat sebaik saja ianya mencecah di atas tanah. ekoran dari ledakan yang sungguh dashyat itu semua yang berada di situ terus terhumban jatuh dari kawasan tersebut. perlahan lahan luna terbangun dalam kepayahan. dahinya terasa sakit. maklumlah kepalanya terhantuk kuat di atas tanah sebentar tadi. "are you okay luna?", kedengaran suatu suara bergema di sebelahnya. dia memandang ke arah datangnya suara itu. kelihatan zarul menghampirinya dengan baju yang kotor. maklumlah dia terjatuh di dalam becak lumpur tidak jauh dari situ. jadi bajunya pun turut kotor akibat terkena lumpur tersebut. "oh... i''m okay... mana joshua?", soal luna sambil memegang dahinya yang terasa sakit. "dia ada di sana bersama dengan kakak dina...", zarul bersuara seraya menjuihkan bibirnya ke arah yang di maksudkannya. kelihatan dina berdiri sambil memegang tangan joshua yang masih terduduk di atas tanah. dia cuba menarik tangan anak remaja itu agar berdiri semula. manakala profesor ismadi, doktor park hoon dan kapten yusuf baru saja bangun dari tempat mereka terjatuh tadi. masing masing mengibas ngibas pakaian mereka yang terkena debu kotoran di atas tanah. kelihatan begitu banyak mayat zombie bergelimpangan di atas tanah akibat terkena ledakan bom roket sebentar tadi.

"mana gadis red indian tu?", soal luna ingin tahu. mereka cuba mencari bayang kelibat si gadis yang malang itu. "dia ada di sana...", zarul bersuara seraya menudingkan jari telunjuknya ke arah yang di maksudkannya. kelihatan gadis tersebut masih terbaring di atas tanah. mereka pun segera menghampiri gadis itu. "miss.... miss... are you okay?", luna cuba menyedarkan gadis tersebut sambil menggoncang goncangkan bahunya. namun gadis itu tidak memberi sebarang respon. malah tubuhnya terbujur kaku di situ. "dia masih hidup ke atau pun sudah mati?", soal dina ingin tahu. "entahlah...", balas luna sepatah. doktor park hoon segera memeriksa nadi di pergelangan tangan gadis tersebut. "dia sudah mati....", doktor park hoon bersuara perlahan lahan. belum pun sempat mereka beredar dari situ tiba tiba gadis itu terbangun duduk di depan mata mereka. matanya terbeliak besar. tiba tiba, "grrooooaarrr!!!!....", dia menderam seperti binatang buas lalu dia cuba menyerang mereka di situ. zarul segera menujah mata pedang samurainya tepat di atas dahi mayat gadis yang telah bertukar menjadi zombie itu. ianya terus terpacak di atas dahi zombie itu. kelihatan darah merah terpancut keluar dari atas dahi gadis zombie tersebut. ianya seperti aliran air di paip pula. perlahan lahan zarul menarik keluar mata pedang samurainya dari atas dahi gadis zombie itu. mereka yang lain hanya terpaku di saat mereka melihat peristiwa tersebut. maklumlah ianya terjadi di luar dugaan. lagi pun masing masing merasa sungguh terkejut ketika itu. mereka tidak sempat berbuat apa apa. nasib baik zarul yang cepat bertindak. kalau tidak, tak tahu lagilah apa akan terjadi pada mereka semua.

baru saja mereka ingin beredar dari situ tiba tiba, "dont move!....", kedengaran suatu suara bergema di situ. langkah kaki mereka terus terhenti di situ juga. zarul memandang ke arah datangnya suara itu. begitu juga dengan luna dan juga yang lain. kelihatan leftenan razak bersama beberapa orang ahli tentera americana melangkah menghampiri mereka di situ dengan membawa senjata yang terhunus di tangan. "leftenan razak?....", luna terkejut sebaik saja dia melihat wajah lelaki tersebut. "ya... kenapa? korang terkejut ke tengok saya berada di sini?... anyway, tujuan saya berada di sini ialah untuk menangkap korang... ini adalah atas arahan pihak kerajaan americana...", tutur leftenan razak dengan wajah selamba. dia mula menghampiri mereka di situ. "oh... jadi awak bekerja di bawah arahan mereka pula?", soal doktor ismadi dengan separuh jengkel. "yeah... just shut up and put down your weapon on the ground or we will shoot you all with our weapon...", leftenan razak bersuara dengan tegas. mahu tidak mahu luna dan zarul pun terpaksa meletakkan senjata mereka di atas tanah. begitu juga dengan yang lain. "hands up in the air!...", sekali lagi leftenan razak memberikan arahannya. mereka pun segera mengangkat tangan ke udara. leftenan razak dan beberapa orang ahli tentera lain mula memeriksa tubuh zarul dan luna yang berdiri situ. tubuh profesor ismadi, doktor park hoon, dina, joshua dan kapten yusuf pun turut di periksa dari atas ke bawah. setelah di periksa tangan mereka di gari. kemudian mereka mula di bawa pergi dari situ. baru saja beberapa meter mereka melangkah di situ tiba tiba sebuah kapal jet pejuang americana jatuh tidak jauh dari tempat mereka berada. semua orang terus terhumban jatuh ke tanah.

kelihatan begitu banyak jet pejuang pihak tentera americana musnah lalu semuanya terjunam jatuh di kawasan tersebut. nampak gayanya kapal piring terbang makhluk asing sudah berjaya menumpaskan beberapa kapal jet pejuang milik kerajaan US. "mayday!... mayday!... we need some help here.... theres so many alien spaceship here!.... we need more help as soon as possible.... mayday!... mayday!...", kedengaran bunyi suara salah seorang ahli tentera bersuara dengan cemas di dalam radio transistor yang di bawa oleh salah seorang ahli tentera di situ. perlahan lahan leftenan razak bangun lalu dia segera menjawapnya, "copy that... i will tell the detail to the jeneral after this... roger and out...", tutur leftenan razak dengan pantas sekali. dia mula memandang di sekelilingnya. semua ahli tentera yang lain terbaring lemah di atas tanah. begitu juga dengan para tawanannya yang lain tapi zarul dan luna tidak ada di situ. nampak gayanya dua orang remaja tersebut telah berjaya melarikan diri dari situ. "damn it!....", leftenan razak menggetapkan giginya dengan geram sekali. sebenarnya dia merasa sungguh geram apabila dia mendapat tahu bahawa dua orang remaja tersebut telah berjaya melarikan diri di saat saat darurat seperti itu. dia tidak tahu ke mana perginya dua orang remaja tersebut. yang pastinya dia akan terus mencari mereka sehingga ke lubang cacing...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now