MEREDAH KEGELAPAN 29

241 20 28
                                    

"sudahlah tu... jangan menangis lagi...", pujuk zarul. "maaflah sebab aku terlalu emosi tadi...", luna bersuara sebaik saja dia berhenti dari menangis. dia mengesat airmata di pipinya. "its okay...", zarul meleraikan pelukannya. "er... kau tolong ambilkan makanan dari dalam peti sejuk tu dan masukkannya ke dalam beg ni... biar aku pergi pujuk adik aku tu...", tutur luna seraya menyerahkan beg sandang yang ada di situ pada zarul. kemudian dia melangkah menuju ke bilik tidur ibunya. kelihatan adiknya joshua masih lagi duduk meratapi kematian ibunya. "dik...", luna bersuara sambil duduk di sebelah adiknya. "kakak tahu adik marah pada kakak sebab kakak menembak kepala ibu tadi... tapi kakak terpaksa berbuat begitu sebab kakak tak nak adik di gigit oleh mayat ibu... jikalau adik di gigit oleh mayat ibu sudah tentu adik jatuh sakit lalu mati dan menjadi zombie...", kata luna perlahan lahan. "bohong...aku tak percaya cakap kakak tu...", bentak joshua sepatah. "kakak cakap yang betul... kakak tak berniat hendak membunuh ibu... kakak sayangkan ibu sama seperti adik sayangkan ibu... kakak berani bersumpah yang kakak tidak berniat hendak membunuh ibu...", tutur luna dengan bersungguh sungguh.

"kalau kakak tidak berniat hendak membunuh ibu kenapa kakak tembak kepala ibu semasa ibu bangun dari atas katil tadi?", soal joshua cukup marah. "ibu kita sudah matilah dik... apa yang adik tengok tadi tu cuma mayatnya saja... maksud kakak, mayat ibu telah bertukar menjadi zombie dan dia ingin menggigit tangan adik sebab itulah akak tembak mayat ibu tu...", terang luna. "bohong...", bentak joshua. "apa yang kakak kau cakap tadi tu memang betul... ibu kau sudah bertukar menjadi zombie semasa dia di tembak tadi....", sampuk satu suara. mereka segera menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan vivian sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "macamana pula kau tahu ibu aku sudah bertukar menjadi zombie?", soal joshua pada anak kecil itu. "dari mimik wajah ibu kau aku sudah tahu yang dia sudah bertukar menjadi zombie. buat pengetahuan kau, macam itulah mimik wajah ayah aku ketika dia bertukar menjadi zombie... wajahnya amat menakutkan...", tutur vivian dengan jujur joshua terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan anak kecil itu. "apa apa pun aku tak percaya yang ibu telah mati dan bertukar menjadi zombie...", ucap joshua sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "dik... memang perkara ini amat sukar di percayai tapi inilah kenyataannya... akak harap adik dapat terima hakikat ini dengan baik...", ucap luna dengan lembut. belum pun sempat joshua bersuara tiba tiba, "its time to go now...", kelihatan zarul melangkah menghampiri mereka di situ. dia menyandang beg di atas bahunya.

"baiklah, mari kita pergi dari sini...", luna bersuara lalu bergegas keluar dari situ dengan di iringi oleh zarul. vivian pun turut melangkah di belakangnya. namun langkah kaki mereka terhenti bila mereka lihat joshua masih tercatuk dekat mayat ibunya. luna terpaksa berpatah balik lalu melangkah menuju ke arah adik lelakinya itu. "dik... mari kita pergi dari sini...", ucap luna. "tapi takkanlah kita biarkan mayat ibu tergeletak di atas katil macam itu saja...", ucap joshua separuh emosi. "jadi apa yang adik ingin akak lakukan?", soal luna ingin tahu. "kita mesti bawa mayat ibu ini untuk di kuburkan...", kata joshua. "tapi dalam masa darurat macam ni mana sempat kita uruskan pengebumian ibu...", ucap luna sedikit bengang. "aku tak peduli... aku nak kita uruskan pengebumian ibu... kalau akak masih berkeras tidak mahu uruskan pengebumian ibu adik tak akan keluar dari apartment ini...", tutur joshua dengan tegas. "oh.... baiklah... akak akan uruskan pengebumian ibu...", ucap luna perlahan lahan. dia segera menghampiri zarul yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. "rul... kita terpaksa membawa mayat ibu untuk di kebumikan... itu permintaan adik aku... kalau kita tidak bawa mayat ibu untuk di kebumikan dia tidak akan ikut keluar dari apartment ni...", ucap luna pada zarul. "kalau macam tu kita bawa saja mayat ibu korang... kita akan kebumikan dia di tanah perkuburan yang terdekat di bandaraya rattoon city ni...", ucap zarul perlahan lahan. "hm... kalau macam tu mari kita angkat mayat ibu aku tu sekarang juga...", kata luna. tanpa berlengah lagi mereka pun pantas membungkus mayat wanita tersebut dalam sehelai blanket besar lalu mayat itu di angkat keluar dari dalam bilik itu. joshua pun turut menolong kakaknya luna dan zarul ketika mengangkat mayat tersebut. vivian hanya mengekori mereka dari belakang.

zarul membuka pintu apartment itu dengan penuh berhati hati. dia melihat keadaan di luar apartment tersebut. bila dia lihat tidak ada zombie di situ dia pun pantas menarik keluar mayat yang kaku itu dengan di bantu oleh luna dan adik lelakinya joshua. dengan langkah kaki yang berhati hati mereka melangkah menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. langkah kaki mereka terhenti bila mereka terdengar seperti ada bunyi kasut orang bergeser di atas lantai. baru saja zarul menekan punat lif yang ada di situ tiba tiba muncul pula satu zombie di situ. lehernya seperti terkehel ke kiri sedikit. tangan sebelah kirinya kelihatan putus dan berdarah. joshua terpegun di saat dia melihat mayat hidup yang menakutkan itu. "adik jo... cepat masuk!...", laung luna sebaik saja pintu lif terbuka di depan mata mereka. joshua tidak segera berlari. dia masih terpegun menyaksikan mayat hidup yang kian menghampirinya. "cepat masuk dalam lif lah...", zarul pantas menarik tangan pemuda tersebut masuk ke dalam perut lif yang terletak tidak jauh dari situ. baru saja pintu lif mulai terkatup rapat tiba tiba zombie itu cuba hendak masuk ke dalam lif itu zarul pantas menembak kepala zombie tersebut dengan menggunakan pistol di tangannya. terus terjatuh zombie itu di atas lantai. zarul segera menolak tubuh zombie tersebut keluar dari dalam perut lif itu. pintu lif kembali terkatup rapat. perlahan lahan lif tersebut mulai turun ke tingkat bawah. joshua berdiri di sebelah kakaknya dengan wajah yang pucat lesi. perasaan takut jelas terbayang di wajahnya. "lain kali kalau kau nampak zombie, kau jangan berdiri kaku macam patung... kau nyaris saja di gigit oleh zombie tu tadi tau...", marah luna namun joshua langsung tidak bersuara. dia hanya berdiam diri di sebelah kakaknya. pada saat dia sedang di marahi oleh kakaknya tangannya terasa di pegang erat oleh seseorang. perlahan lahan dia tunduk memandang ke arah tangan yang menggenggam erat tangannya saat itu. kelihatan anak kecil di sebelahnya menggenggam erat tangannya. "jangan takut...", ucap anak kecil itu padanya. joshua hanya menggenggam erat tangan anak kecil tersebut...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now