MEREDAH KEGELAPAN 56

185 19 8
                                    

luna berlari mengejar saraswaty sehingga masuk ke dalam terminal airport tersebut. wanita tamil itu segera mengambil anak patung miliknya lalu  di peluknya anak patung tersebut dengan erat sekali. "oh... my baby...", tuturnya sambil mencium dahi anak patung yang di anggapnya seperti bayi kandungnya itu. pada waktu yang sama kelihatan begitu ramai zombie melangkah menghampirinya. "puan... lari puan... lari!!!...", luna pantas menarik lengan kiri saraswaty sambil menembak ke arah zombie yang semakin dekat dengan wanita tersebut. "aaaaaahhhhhhhh!....", saraswaty menjerit ketakutan sebaik saja luna melepaskan tembakan bertalu talu ke arah semua zombie yang ada di situ. luna lihat zarul berlari lalu memenggal kepala zombie yang ada di situ dengan pedang samurai di tangannya. "zarul?....", luna terkejut di saat dia melihat zarul berada di sebelahnya. "just bring her out of here....", perintah zarul. tanpa banyak soal luna segera menarik lengan kiri saraswaty supaya beredar dari situ. pada saat itu zombie terlalu banyak di ruang lobby terminal tersebut zarul terpaksa berlari meninggalkan tempat itu sebaik saja dia lihat luna berjaya membawa saraswaty keluar dari situ. namun dalam pada itu sempat juga dia melemparkan sebiji bom ke arah zombie zombie yang ada di dalam terminal tersebut. "kaaboooommm!!!!!!!....", kedengaran bunyi bom  bergema memenuhi ruang dalam terminal. begitu ramai zombie jatuh terkapar di atas lantai. zarul berlari meninggalkan terminal tersebut dengan pantas sekali. dia lihat leftenan razak dan luna melambaikan tangan mereka ke arahnya seperti menyuruh dia segera masuk ke dalam lori yang ada di situ. dia segera masuk ke dalam lori itu.

kapten yusof segera menghidupkan enjin lori dan sepantas kilat lori tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu. kelihatan begitu ramai zombie mengejar mereka dari belakang tapi lori tersebut sudah meluncur laju meninggalkan mereka di situ. "oh syukurlah awak tak apa apa luna... kami ingat awak tak dapat melarikan diri dari gerombolan zombie tu tadi...", tutur karina pada luna yang duduk di sebelahnya saat itu. "yeah... thanks God i'm okay... phew!...", luna bersuara sambil tersenyum lega. "awak tau tak awak ni seorang gadis yang berani... awak sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain... saya salute pada keberanian awak tu...", kata hilda pada luna. "thanks... saya lakukan ini sebab saya bimbangkan keselamatan puan saraswaty...", tutur luna sambil memandang ke arah hilda. "tapi tindakan berani awak tu membuta tuli lorh... awak pasti akan kehilangan nyawa awak di suatu hari nanti jikalau awak selalu buat macam tu...", sampuk may ling dari tempat duduknya. "hey... kenapa awak cakap macam tu pada luna ar? dia sudah cukup baik hati menolong orang dalam kesusahan tau...", bidas karina sambil merenung wajah wanita cina tersebut.

"memanglah dia dah cukup baik hati menolong orang lain tapi orang yang di tolongnya tu bukannya orang yang waras pun...", tutur may ling separuh menyindir. "hey... what is your problem, hah?.... luna selamat kan orang tak waras ke apa ke itu dia punya sukalah... yang awak marah marah ni apa pasal?...", marah karina pula. "my problem is her...", may ling menunjuk tepat ke arah saraswaty yang sedang duduk mendodoikan anak patung di dalam pangkuannya tidak jauh dari situ. "saya marah sebab luna bawa perempuan gila tu bersama kita.... lambat laun dia akan menimbulkan lebih banyak masalah pada kita kelak...", tutur may ling dengan wajah yang tegang sekali. "may ling kenapa cakap macam tu?... puan saraswaty tu kan manusia biasa macam kita... dia pun perlu di selamatkan walaupun dia tidak waras...", balas luna dari tempat duduknya. "yelah tu... macamlah...", belum pun sempat may ling menghabiskan perkataannya zarul segera memotong perkataannya. "hey!... just shut the f*ck up!!!..... ini bukan masanya untuk korang bergaduh okay!... jikalau korang asyik bergaduh macamana korang nak aman ar?...", bentak zarul cukup bengang sekali. may ling terus terdiam di tempat duduknya. begitu juga dengan yang lain. mereka tidak lagi berbual bual selepas itu

beberapa minit kemudian mereka tiba di sebuah pekan kecil yang agak sepi sekali. ketika itu malam sudah melabuhkan tirainya. suasana di pekan kecil tersebut agak menyeramkan. "we need to stop at the gas station...", laung kapten yusuf pada mereka yang duduk di belakang lori sebelum dia memberhentikan lori tersebut di stesen minyak yang terletak tidak jauh dari situ. dia ingin melangkah keluar dari dalam lori tapi dia di tahan oleh leftenan razak yang duduk di sebelahnya. "saya perlu keluar untuk memeriksa keadaan di dalam kawasan gas station ni dulu...", tutur leftenan razak pada rakannya. "baiklah...", balas kapten yusuf sepatah. mereka pun terpaksa menunggu di dalam lori tersebut. leftenan razak melangkah keluar dari dalam lori dengan di ekori oleh zarul di belakangnya. mereka melangkah menghampiri stesen minyak itu dengan langkah kaki yang perlahan lahan. "zarul watch your step...", bisik leftenan razak bila dia lihat ada beberapa tompokan minyak di atas lantai stesen minyak tersebut. zarul terpaksa melangkah melangkaui tompokan minyak itu. mereka melangkah masuk ke dalam kedai yang terletak dekat dengan stesen minyak tersebut. suasana di dalam kedai agak sunyi sekali. bagaikan tidak ada penghuni langsung. "okay, line is clear... kita boleh ambil seberapa banyak makanan dalam kedai ni... ambil makanan dalam tin saja ya...", tutur leftenan razak pada zarul tapi tiba tiba saja zarul menjerit padanya, "ada zombie di belakang awak!...", belum pun sempat leftenan razak berbuat sesuatu zarul telah memancung kepala zombie perempuan yang berdiri tidak jauh dari situ dengan pedang samurainya.

darah zombie perempuan itu terus memancut keluar dari lehernya yang terputus. kepalanya tergeletak di atas lantai. terpinga pinga leftenan razak di buatnya. dia tidak menyangka yang zarul begitu pantas bertindak. "thanks boy... you saved my life...", tutur leftenan razak pada pemuda tersebut. "you are welcome... eh... tadi awak cakap kita perlu ambil semua makanan dalam tin kan?", soal zarul. "ya...", balas leftenan razak sepatah. "kalau macam tu mari kita cepat cepat ambil makanan dalam tin tu... masukkannya ke dalam karung yang saya bawa ni...", gesa zarul dengan wajah yang serius. "baiklah...", balas leftenan razak sepatah. mereka mula mengambil semua makanan dalam tin dari atas rak lalu mereka masukkannya ke dalam karung di tangan. selepas itu mereka melangkah keluar dari dalam kedai tersebut dengan membawa sekarung penuh makanan dalam tin. "line clear...", leftenan razak bersuara seraya memberikan isyarat tangannya pada kapten yusuf yang sedang memerhatikannya tidak jauh dari situ. cepat cepat kapten yusuf melangkah keluar dari dalam lori yang di naikinya. dia mula mengisi tangki minyak lori tersebut sehingga penuh. setelah lori itu di isi penuh dengan minyak mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke ibu kota cadifornia. di sepanjang perjalanan menuju ke ibu kota cadifornia mereka semua tertidur kerana keletihan. hanya kapten razak dan leftenan yusuf yang tidak tidur sebab mereka yang bertanggungjawab memandu lori tersebut secara bergilir gilir.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now