MEREDAH KEGELAPAN 40

215 18 1
                                    

ketika mereka sedang melintasi sebuah bangunan institut penyelidikan di kawasan pinggir bandaraya rattoon city itu tiba tiba mereka terserempak dengan seorang lelaki yang berlari keluar dari dalam bangunan itu dengan membawa beg sandang di atas bahu kirinya. dia seperti di kejar oleh sesuatu. rupa rupanya dia di kejar oleh seekor anjing yang ganas sekali. lelaki tersebut berlari sambil cuba menghentikan van yang di pandu oleh zarul saat itu. "tolong aku!...", jeritnya minta tolong. oleh kerana zarul merasa yang dia perlu menyelamatkan lelaki tersebut dia pun memberhentikan vannya. luna segera membuka pintu van itu. cepat cepat lelaki tersebut melompat masuk ke dalam van itu. anjing yang ganas tadi melompat hendak menerkamnya tapi pintu van terus di tutup rapat oleh luna. zarul segera memandu van itu. van tersebut segera meluncur laju dari situ. "kenapa dengan anjing tu?", soal luna ingin tahu. "anjing tu sudah di jangkiti X virus sebab itulah dia menjadi ganas seperti itu...", balas lelaki itu. "eh... anjing pun boleh terjangkit dengan X virus ke?", soal joshua terkejut. "ya.... sebab dia pernah menggigit kaki zombie yang menyerang aku 4 hari yang lalu. dia mati akibat jangkitan X virus dalam tubuhnya. apabila dia mati, dia menjadi seekor anjing zombie yang ganas...", balas lelaki itu dengan wajah yang serius. mereka yang lain saling berpandangan seketika. "kenapa korang nampak macam bengong aje ni?", soal lelaki itu sebaik saja dia melihat mereka saling berpandangan di antara satu dengan yang lain.

"sebenarnya inilah first time kami mendengar ada binatang yang boleh terjangkit dengan X virus tu. kami fikir hanya manusia saja yang boleh terjangkit dengan X virus tu...", balas luna dengan jujur. "sebenarnya bukan hanya manusia saja yang boleh terjangkit dengan X virus tu. malah binatang pun boleh terjangkit dengan X virus yang merbahaya tu... sebab ianya sejenis virus yang mudah merebak terutamanya di dalam sel sel darah si mangsa. apabila ianya memasuki pembuluh darah si mangsa, semua sistem pertahanan akan menjadi lemah dan lumpuh secara tiba tiba dan masa itulah virus tersebut akan masuk ke dalam otak si mangsa. si mangsa akan terus mati apabila virus itu masuk ke dalam saraf otak mangsa. sebab itulah apabila mangsa mati mayat mereka akan menjadi zombie setelah virus tersebut merebak ke dalam otak mereka...", jelas lelaki itu panjang lebar. "macamana kau tahu semua perkara ini?", soal luna ingin tahu. "sebab aku ialah salah seorang profesor yang mengendalikan penyelidikan tentang virus ini di institut penyelidikan pencegahan jangkitan setelah ianya merebak di bandaraya rattoon city sebulan yang lalu... anyway, nama aku profesor ismadi bin rafi..... by the way, terima kasih sebab korang sudah selamatkan aku tadi. kalau tidak sudah tentu aku sudah mati dan menjadi zombie seperti anjing ganas tu...", profesor ismadi bersuara sambil memperkenalkan dirinya.

"oh, sama sama... nama aku ialah luna musa... yang memandu van ni namanya zarul khairudin. ini adik lelakiku, namanya ialah joshua musa dan nama anak kecil di sebelah aku ni ialah vivian gumang... yang duduk belakang aku ni namanya may ling, martha maran dan hilda mathias...", luna memperkenalkan diri mereka semua pada profesor ismadi. "oh... aku gembira dapat berjumpa dengan korang. aku fikir aku seorang saja manusia yang masih hidup di bandaraya ini. rupa rupanya ada juga survivors yang masih hidup di bandaraya ini...", profesor ismadi bersuara meluahkan rasa leganya. mereka yang lain hanya tersenyum padanya. "so, ke mana hala tuju korang selepas ni?", soal profesor ismadi ingin tahu. "kami ingin pergi ke new ville street, 8870 volkshire, cadifornia. kami dengar dalam radio tempohari di sana ada unit yang akan membantu semua para survivor di seluruh dunia. mereka akan memilih para survivor yang datang ke situ untuk di bawa ke tempat selamat... itu pun kalau ada transport yang boleh bawa kita ke sana...", tutur zarul dengan pantas. "oh... aku pun ada terdengar berita tu tempohari.... kawan aku pernah berkata pada aku yang dia pun ada terdengar berita yang mengatakan bahawa ada skuad penyelamat akan datang ke seluruh pelusuk dunia ni untuk mencari para survivor yang masih belum terjangkit dengan X virus tu tapi sampai sekarang belum ada pun skuad penyelamat yang datang ke bandaraya rattoon city ni padahal di bandaraya inilah bermulanya kes jangkitan virus tu...", kata profesor ismadi perlahan lahan.

"mungkin mereka takut datang ke bandaraya ni kot sebab ini kan kawasan yang tidak selamat...", zarul menyatakan pendapatnya. "ya... mungkin juga.....", balas inspektor ismadi perlahan lahan. "jadi korang ni bukannya skuad penyelamat tu ke?", soal may ling dari tempat duduknya. "ya.... bukan. anyway, tolong maafkan kami sebab kami berbohong pada korang tadi. sebenarnya kami ni pun para survivor macam korang juga....", akhirnya luna terpaksa bercakap jujur. "oh.... kenapa korang berbohong pada kami?.... mati mati kami fikirkan yang korang ialah skuad penyelamat tu....", may ling meluahkan rasa terkilannya kerana di bohongi oleh dua insan itu. "tolong maafkan kami... kami tidak berniat hendak membohongi korang buat selama lamanya. sebenarnya kami memang teringin hendak menjadi skuad penyelamat sebab itulah kami datang untuk selamatkan korang tadi....", zarul bersuara dengan jujur. "yalah tu... apa apa pun tolong jangan berbohong pada kami lagi... kami tidak suka di bohongi...", tekan may ling sedikit bengang. "yalah..... lain kali kami tidak akan berbohong pada korang lagi... betul kan apa yang aku cakapkan ni, luna?", zarul melirikkan matanya ke arah luna. "ya.... betul tu....", balas luna dengan pantas. "yelah tu....", balas may ling. mereka pun terdiam selepas itu.

malam pun tiba. zarul memandu vannya menuju ke kawasan pantai yang terletak agak jauh dari bandaraya rattoon city. dia fikir tempat itu selamat sebab tidak ada manusia lain yang pernah datang ke pantai tersebut. maklumlah tempat itu agak terpencil dari bandaraya rattoon city. hanya dia seorang saja yang pernah datang ke situ. zarul membuat unggun api untuk memanaskan diri dan memasak isi sardin dalam tin yang di bawanya dari rumah ayahnya. mereka duduk di situ sambil berbual bual. ketika mereka sedang berbual bual tiba tiba saja siti nurul huda yang duduk diam dari tadi batuk batuk tanpa henti di tempat duduknya. keadaannya semakin teruk sekali. dia kelihatan demam menggigil.

"kenapa dengan kawan korang tu?", soal profesor ismadi ingin tahu. "sebenarnya dia di gigit oleh zombie sebentar tadi....", kata luna dengan jujur. "biar aku periksa dia dulu....", profesor ismadi mengambil beg sandangnya lalu membukanya dengan pantas sekali. dia mengambil satu alat yang hampir menyerupai picagari yang agak besar sedikit tapi muncungnya bulat. dia meletakkan muncung bulat picagari itu di lengan kiri siti nurul huda. kemudian dia menekan pemicu kecil yang ada di picagari tersebut. "ouchhhh....", siti nurul huda menjerit kesakitan sebaik saja picagari itu di tekan di atas lengan kirinya. "hey... apa yang kau lakukan tu?", soal zarul ingin tahu. dia berdiri di sebelah profesor itu. "aku cuma ingin memeriksa darahnya. apakah dia sudah di jangkiti oleh X virus atau pun tidak.... alat ini aku cipta supaya dapat mengesan samada seseorang itu sudah terjangkit atau pun tidak....", profesor ismadi bersuara dengan pantas. setelah dia mengambil sampel darah dari lengan kiri siti nurul huda, dia mula memerhatikan sampel darah yang di ambil melalui picagari itu. dia menarik keluar sehelai kertas bulat dari dalam picagari tersebut. darah milik siti nurul huda yang berwarna merah di atas kertas bulat itu tiba tiba saja bertukar menjadi darah yang berwarna hitam. profesor ismadi menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa prof menggeleng gelengkan kepala pula?", soal luna sambil memandang wajah profesor itu. "no hope for her.... she's infected....", bisik profesor ismadi pada luna dan zarul yang berdiri di sebelahnya. "kenapa prof cakap macam tu pula?", soal luna ingin tahu. "apabila darah merah manusia di letak kat atas kertas ni dan darahnya masih berwarna merah di atas kertas bulat ni, itu maknanya dia ada harapan untuk teruskan hidup di muka bumi ini tapi ini tidak. darahnya bertukar menjadi hitam. thats mean she's infected....", bisik profesor ismadi dengan wajah yang serius. "apa yang korang bisik bisikkan tu?.... apa hasil keputusan pemeriksaan darah aku tu?", soal siti nurul huda dari tempat duduknya. profesor ismadi terdiam. begitu juga dengan luna dan juga zarul. mereka saling berpandangan, tidak tahu macamana hendak menjawap soalan wanita tersebut.

AUTHOR NOTE: sorry sebab lama tak update. bukan mizz sengaja. harap korang maafkan mizz, ya

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now