MEREDAH KEGELAPAN 69

193 16 30
                                    

"kita nak pergi ke mana ni?", soal martha ingin tahu. "saya fikir lebih baik kita hantar korang ke pulau eden... di sana korang akan selamat....", balas luna perlahan lahan. "tapi macamana kalau kedatangan kita tidak di terima oleh pihak tentera keselamatan di pulau eden tu pula? maklumlah kita ni kan sekarang dah jadi the most wanted person on earth tentulah tentera tentera di sana akan menangkap kita pula...", sampuk profesor ismadi secara tiba tiba. "ya tak ya juga kan... saya tak terfikir pun macam tu...", luna bersuara seraya menepuk dahinya sendiri. "macam ni sajalah... memandangkan korang sudah jadi the most wanted person on earth saya fikir lebih baik korang cari tempat untuk bersembunyi buat sementara waktu. manakala saya pula akan menghantar semua survivors ni ke pulau eden....", cadang kapten yusuf perlahan lahan. "good idea kapten yusuf tapi macamana kalau mereka tangkap awak dan tanya awak di mana kami berada pula?", soal zarul sambil merenung wajah pilot helikopter yang duduk di sebelahnya saat itu. "oh... aku akan cakap pada mereka yang korang sudah mati di baham oleh segerombolan zombie di pegunungan andesia. sudah tentu mereka akan mendengar perkataan saya ni nanti...", tutur kapten yusuf dengan penuh yakin. "baiklah... awak bawalah kami ke suatu tempat yang lebih selamat supaya senang kami bersembunyi kelak...", luna bersuara dengan pantas. "okay... saya akan membawa korang ke rumah api new light di tengah lautan pasipik. sudah pasti korang akan selamat di sana...", tutur kapten yusuf pula. "baiklah... kami akan ikut saja cadangan awak tu...", balas luna perlahan lahan. helikopter yang mereka naiki mula terbang tinggi menuju ke lautan pasipik

*** *** ***

permaisuri rossa tidak senang duduk. sejak dia mendengar berita bahawa semua penghuni di planet bumi di serang sejenis virus yang mematikan, hatinya jadi tidak tenang. dia selalu memikirkan nasib anak kembarnya yang di tinggalkan di planet bumi beberapa tahun yang lalu. "ada apa yang adinda fikirkan tu?", tegur suatu suara. dia menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan raja mogor suaminya sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "adinda bimbangkan keselamatan anak kita, kekanda... kekanda pun tahu situasi di planet bumi sekarang tidak selamat... adinda takut sesuatu yang buruk telah terjadi pada...", belum pun sempat permaisuri rossa menghabiskan perkataannya raja mogor datang menghampirinya lalu memeluk isterinya itu. "adinda jangan bimbang... kekanda akan menghantar panglima roman dan beberapa ahli tentera kita ke planet bumi untuk mencari dan menyelamatkan kedua anak kembar kita tu... adinda jangan bimbang lagi, ya...", ucap raja mogor perlahan lahan. "tapi macamana kalau anak kita tu tidak dapat di selamatkan?... adinda tak sanggup kehilangan mereka.... dulu adinda fikir planet bumi tu lebih selamat dari planet kita sebab dulu tidak ada jangkitan X virus yang mematikan jika di bandingkan dengan planet kita ni... tapi sekarang penghuni di planet bumi pula yang mengalami jangkitan X virus tu... jikalaulah adinda tahu ianya jadi begini adinda tak akan menghantar anak kembar kita tu ke planet bumi...", permaisuri rossa meluahkan perasaan kesalnya. raja mogor diam membisu. dia tidak tahu nak cakap apa. sebenarnya dia pun bimbangkan keselamatan anak kembarnya tu tapi dia berusaha untuk tidak menunjukkan perasaan bimbangnya pada isterinya itu kerana dia tahu dalam keadaan seperti itu dia harus kelihatan tenang selalu. memang tidak di nafikan keadaan di planet medusa dulu agak huru hara di sebabkan peperangan yang tidak berkesudahan. maklumlah ketika itu planet mereka telah di serang oleh tentera tentera zombie yang datang dari planet dogon. sebenarnya asal usul jangkitan X virus zombie ini datangnya dari planet dogon. di mana ahli saintisnya telah mencipta sejenis virus yang mematikan supaya senang mereka menakluki planet medusa.

namun usaha mereka untuk menakluki planet medusa telah gagal sebab kebanyakan penghuni di planet medusa mempunyai antibody yang kuat untuk melawan jangkitan X virus tersebut. tubuh mereka mampu melawan jangkitan itu. tidak seperti penghuni makhluk asing di planet dogon. dengar khabar planet itu kini di banjiri dengan zombie. tidak ada lagi makhluk asing di sana yang terselamat dari jangkitan X virus tersebut. lebih mendukacitakan penghuni di planet bumi pula yang terkena jangkitan X virus itu. raja mogor tidak tahu kenapa planet bumi yang berada jauh berjuta batu dari galaksi medan terkena jangkitan virus yang mematikan itu. pada hal jarak planet dogon dan planet medusa yang terletak di galaksi medan itu agak jauh sekali dari planet bumi yang berada di galaksi bima sakti. raja mogor merasa hairan seketika. mungkin ada kapal perang salah seorang daripada ahli tentera planet dogon yang telah terhempas di planet bumi. begitulah tekaannya. "kekanda adinda memohon pada kekanda agar kekanda cepat cepat kerahkan panglima roman dan ahli tentera kita yang lain untuk pergi ke planet bumi. adinda nak mereka selamatkan anak kembar kita tu...", lamunan raja mogor terhenti sebaik saja dia terdengar perkataan isterinya itu. "baiklah... sekarang juga kekanda memanggil panglima roman ke sini... adinda duduk tenang dulu, ya... biarkan kekanda yang menguruskan semuanya ini...", tutur raja mogor dengan lembut. dia merenung wajah isterinya yang cantik rupawan itu. biar pun isterinya itu seorang manusia yang datang dari planet bumi tapi cintanya terhadap isterinya masih kukuh sehingga ke hari ini.

pertemuan pertamanya dengan isterinya ketika dia pertama kali menjejakkan kaki di planet bumi beberapa tahun yang lalu telah membuahkan rasa cinta yang mendalam di hatinya. ketika itu dia menyamar menjadi manusia hanya kerana dia ingin melihat keindahan di planet bumi tapi dia tak sangka pula yang dia akan bertemu jodohnya di sana. "kekanda dengar tak apa yang adinda katakan ni?", soalan permaisuri rossa telah mematikan lamunannya sekali lagi. "oh... apa yang adinda katakan?", soal raja mogor perlahan lahan. "cepatlah kekanda pergi kerahkan panglima roman dan ahli tentera kita tu ke planet bumi sekarang juga...", gesa permaisuri rossa dengan wajah yang penuh kebimbangan. "baiklah... kekanda pergi ke balairung seri.... adinda berehatlah dulu dalam bilik beradu ni...", raja mogor bersuara perlahan lahan. permaisuri rossa menganggukkan kepalanya lalu duduk di atas katilnya. raja mogor segera beredar dari situ.

sebaik saja dia sampai di balairung seri dia terus memanggil salah seorang pengawalnya yang berdiri tidak jauh dari situ. dia mengarahkan pengawal tersebut agar memanggil panglima roman ke situ. tanpa banyak soal pengawal tersebut segera beredar dari situ. tak lama kemudian datanglah panglima roman di situ. "ampun tuanku sembah patik harap di ampun... tuanku memanggil hamba ke?", soal panglima roman dengan rasa hormat. dia tunduk di depan rajanya itu. "ya... beta nak tuan hamba selamatkan putera dan puteri beta yang kini mengalami masalah di planet bumi. beta nak tuan hamba kerahkan beberapa ahli tentera kita untuk pergi ke planet bumi... misi tuan hamba ialah mencari dan menyelamatkan putera puteri kembar beta tu... bawa mereka pulang ke planet ini... itu saja...", titah raja mogor dengan wajah yang serius. "menjunjung perintah tuanku...", panglima roman bersuara perlahan lahan lalu dia beredar dari situ. "nanti dulu panglima roman....", raja mogor bersuara secara tiba tiba. langkah kaki panglima roman terhenti di situ. dia kembali menghadap rajanya itu. "ada apa lagi tuanku?", soal panglima roman sambil tunduk di depan raja mogor. "tolong bawakan rantai berloket bintang ini. kedua anak kembar beta memakai rantai berloket bintang yang sama bentuk dengan loket ini... tuan hamba harus mencari dua remaja lelaki dan perempuan yang memakai loket kerajaan planet medusa. dari loket ni tuan hamba akan dapat mengesan di mana mereka berada. loket ini akan bercahaya bila tuan hamba bertemu dengan kedua kembar beta tu. sebaik saja tuan hamba berjaya menemui mereka beta nak tuan hamba tunjukkan gambar keluarga yang ada di dalam loket bintang ni pada mereka. di harapkan dengan melihat gambar keluarga yang ada di dalam loket ini mereka akan percaya bahawa beta dan permaisuri rossa adalah ibu bapa kandung mereka yang sebenarnya....", tutur raja mogor perlahan lahan. "menjunjung titah perintah tuanku... patik minta diri dulu...", perlahan lahan panglima roman tundukkan kepala. kemudian dia beredar dari situ. raja mogor hanya diam membisu ketika dia melihat lelaki itu pergi dari situ. dia berharap semoga orang suruhannya itu berjaya membawa pulang kedua anak kembarnya yang tak seiras itu.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now