MEREDAH KEGELAPAN 54

170 18 1
                                    

kapalterbang mulai terbang di awangan. mereka semua sudah pun duduk dengan aman di tempat duduk masing masing. tiba tiba saja luna terasa ingin membuang air kecil. dia pun membuka seat beltnya. "awak nak pergi ke mana tu?", soal zarul ingin tahu. "aku nak pergi buang air kecil sekejap...", balas luna sambil beredar dari situ. dia melangkah menuju ke arah tandas kecil yang terletak di hujung sekali. sampai saja di dekat pintu kapalterbang luna pun pantas membuka pintu bilik tandas tersebut. alangkah terkejutnya dia bila dia lihat ada seorang gadis terbaring di atas lantai tandas dalam keadaan yang kesakitan. lehernya seperti ada kesan gigitan zombie pula. dia masih hidup cuma tubuhnya menggeletar akibat serangan demam panas yang teruk. dari apa yang luna lihat gadis itu berpakaian rapi seperti seorang pramugari pula. "cik... cik tak apa apa ke?....", soal luna sambil menggoncang perlahan bahu gadis tersebut. perlahan lahan gadis itu membuka matanya. "to... tolong saya.......", ucap gadis tersebut dalam keadaan yang kesakitan. luna pantas berlari keluar dari situ. dia segera menghampiri profesor ismadi yang sedang tidur lena di atas kerusinya. "prof... bangunlah... ada seorang gadis terbaring kesakitan di dalam tandas kecil tu...", luna bersuara sambil menunjuk tepat ke arah tandas kecil tersebut. profesor ismadi segera bergegas menuju ke arah tandas itu. luna mengekorinya dari belakang. apabila yang lain melihat profesor ismadi dan luna berjalan menuju ke tandas di hujung laluan kapalterbang tersebut mereka semua terus bangun dari tempat duduk masing masing. "apa yang telah terjadi?", soal may ling pada luna ketika luna lalu dekat dengan kerusinya. "ada seorang gadis berpakaian rapi seperti pramugari terbaring di atas lantai tandas. dia dalam keadaan yang kesakitan...", balas luna dengan pantas. may ling mengekori luna dari belakang. begitu juga dengan yang lain.

profesor ismadi mula memeriksa gadis malang itu dengan menggunakan injection testing yang selalu di gunakannya untuk mendapatkan test darah si mangsa samada dia sudah terjangkit atau pun sebaliknya. setelah di test darahnya ternyata darah wanita itu positif X virus. jadi profesor ismadi segera mengarahkan zarul dan joshua mengangkat gadis itu ke kerusi yang terletak tidak jauh dari situ supaya senang dia merawat gadis tersebut. mula mula dia merawat dan menjahit luka di leher gadis tersebut. setelah selesai dia menyuntik gadis itu dengan vaksin yang di ciptanya di makmal tempohari. gadis tersebut mengerang dan menyeringai kesakitan ketika profesor ismadi merawatnya. sempat lagi dia bertanya pada profesor ismadi, apakah vaksin yang telah di suntikkan ke lengan kirinya saat itu profesor ismadi hanya menjawap itu ialah vaksin penghapus X virus yang di beri nama vaksin triple X. setelah di berikan suntikan gadis tersebut di biarkan berehat di atas kerusi yang ada di situ. "she'll be okay soon...", kata profesor ismadi sebaik saja dia selesai merawat wanita itu. mereka semua kembali duduk di tempat duduk masing masing. manakala luna kembali masuk ke dalam tandas untuk membuang air kecil. setelah selesai dia kembali semula ke tempat duduknya. mereka tidak lagi bercakap cakap di sepanjang jalan menuju ke destinasi yang di tuju. mereka semuanya tertidur lena di tempat duduk masing masing.

tidak lama kemudian mereka di kejutkan dengan pengumuman ringkas dari pilot kapalterbang bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di airport ninestar, cadifornia. semua orang kembali memakai seatbelt masing masing. beberapa minit kemudian mereka pun berjaya mendarat di lapangan terbang ninestar di cadifornia. sebelum mereka melangkah keluar dari dalam kapalterbang itu luna memberitahu mereka bahawa mereka haruslah bersiap sedia dengan senjata masing masing sebab dia lihat di luar jendela kapalterbang lapangan terbang itu sunyi sepi pula. "jangan pula korang sangka air yang tenang tidak ada buaya.... lebih baik korang bersiap sedia dengan membawa senjata masing masing...", luna memberikan peringatannya pada semua orang. hanya gadis yang baru di suntik dengan ubat vaksin tadi masih belum sedar dari tidur lenanya. luna terpaksa menyuruh profesor ismadi menyedarkan gadis tu dari tidur lenanya. "er, cik... cik... bangunlah....", profesor ismadi cuba menyedarkan gadis itu dengan menggoncangkan bahu kiri gadis tersebut. perlahan lahan gadis itu membuka matanya. "cik tak apa apa kan?", soal profesor ismadi ingin tahu. "ya, saya rasa okay sekarang... terima kasih sebab awak sudi merawat luka di leher saya ni...", balas gadis itu sambil tersenyum lemah. "macamana sekarang? awak masih rasa tidak sihat lagi ke?", soal profesor ismadi. "tak... saya rasa macam dah pulih dari demam pula...", jawap si gadis sambil cuba bangun dari atas kerusi tempat dia berbaring tadi. "oh baguslah kalau awak dah rasa okay sekarang... sebab tak lama lagi kita akan pergi ke pusat kawalan kesihatan utama di bandaraya cadifornia. awak dah boleh bangun dan berjalan sekarang, kan?....", soal profesor ismadi dengan dahi yang berkerut. "yeah i think so...", balas gadis itu dengan lemah. "anyway, siapa nama dan apa pula bangsa cik? kenapa cik boleh berada di dalam kapalterbang ni pula?", soal luna ingin tahu. "nama saya ialah supang kading. bangsa saya ialah lun bawang dari sarawa.... sebenarnya saya pramugari yang telah di gigit oleh zombie di dalam kapalterbang ni sebab itulah korang terjumpa saya di dalam kapalterbang ni tadi....", balas gadis tersebut. "oh... begitu... awak dari kepulauan boneo, sarawa....", luna menganggukkan kepalanya tanda faham. dia memperkenalkan dirinya dan kawan kawannya pada gadis itu. setelah berkenalan secara ringkas mereka pun mula mempersiapkan diri untuk keluar dari dalam kapalterbang itu.

hanya saraswaty kumar saja yang tidak mahu berganjak dari tempat duduknya. dia masih leka mendodoi baby plastiknya. "er..… puan kita harus pergi dari sini....", ajak luna pada wanita tersebut. "shhhh.... diamlah... baby saya mahu tidur ni.... mmmm... mmmm.....", wanita itu bersuara dengan wajah yang serius. dia kembali mendodoikan bayi plastik di tangannya. "mari kita pergi dari sini.... biarkan saja perempuan gila tu dengan baby plastiknya....", gesa may ling di sebelah luna. "kita tak boleh tinggalkan dia kat sini.... nanti nyawanya dalam bahaya...", tutur luna. may ling terdiam selepas itu. "er.... puan, kita harus pergi dari sini....", ajak luna. "boleh tak korang senyap sekejap?.... baby saya mahu tidur ni....", kata saraswaty kumar dengan tegas. "tengok.... betapa degilnya orang gila ni... yang saya hairan ni kenapa awak masih nak selamatkan orang gila macam ni?...", marah may ling pada luna. "hey.... saya tak gilalah....", bentak saraswaty secara tiba tiba. may ling menggetapkan giginya. "kalau tak gila kenapa awak asyik pegang anak patung tu, hah?!... orang waras tak akan menganggap anak patung tu seperti babynya, okay!.....", bentak may ling di depan wajah wanita tamil itu. tanpa di duga dia terus merampas anak patung dari tangan wanita tersebut lalu di lemparkannya anak patung itu di atas lantai tidak jauh dari situ. "oh tidak!!!!!.... baby saya!....", jerit saraswaty sambil menangis. dia meluru ke arah anak patung yang tergeletak di atas lantai itu. dia menangis dan terus menangis. luna terpaksa memujuk wanita tamil tersebut. may ling merasa semakin meluat apabila dia melihat semuanya itu. dia pun terus beredar dari situ. ketika dia berpapasan dengan karina di situ karina pandang semacam ke arahnya. begitu juga dengan martha dan hilda. mereka seperti tidak menyenangi tindaknya tapi may ling langsung tidak peduli dengan pandangan mata mereka saat itu. dia terus saja melangkah keluar dari dalam kapalterbang tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now