MEREDAH KEGELAPAN 6

400 27 10
                                    

zarul berhenti berlari sebaik saja mereka berada di hujung terowong tersebut. dia lihat ada pintu besi di hadapan mereka. langkah kaki mereka terhenti di situ juga. di situ ada besi pemusing. zarul menyuruh tan fai long membuka pintu besi tersebut. dengan sepantas kilat tan fai long membuka pintu besi itu. "cepat sikit fai....", gesa luna. tidak lama kemudian dia berjaya membuka pintu besi tersebut. mereka pun segera berlari masuk ke dalam ruang yang agak gelap itu kemudian tan fai long pantas menutup pintu besi tersebut dengan sekuat hatinya. pintu tersebut di kuncinya dari dalam. perlahan lahan zarul mula melangkah dengan berpandukan cahaya lighter di tangannya. kawan kawannya yang lain pun mengekorinya dari belakang. "kau fikir ini tempat apa ar?", soal tan fai long seraya memandang di dalam ruangan yang sunyi sepi itu. "entahlah...", zarul menjawap sepatah. dalam cahaya yang suram dari lighter di tangan zarul, mereka dapat melihat keadaan ruang dalam yang agak kelam itu. dalam ruang itu ada meja, kerusi dan juga komputer yang sudah lama di tinggalkan. "eh... kenapa tempat ni macam pernah di huni oleh manusia pula?... tengok tu... ada meja, ada kerusi dan ada komputer lagi tu...", hezron bersuara dalam nada suara yang terkejut. "yelah... mesti tempat ni pernah di gunakan oleh manusia sebelum ini...", teka vijay pula. ketika mereka berjalan di situ gina terjumpa sebuah lampu picit di atas meja yang berdebu itu. gina pantas mengambil lampu picit tersebut. dia cuba menghidupkannya. sekali tekan saja lampu picit itu terus bersinar terang. "oh syukurlah... lampu picit ini masih boleh di gunakan... tidak lagi kita bersusah payah menggunakan lighter tu...", gina bersuara seraya tersenyum lebar. mereka pun mula melangkah dengan berpandukan cahaya dari lampu picit tersebut. zarul mematikan lighter di tangannya.

"preeengg!...", tiba tiba kedengaran suatu benda pecah bergema di dalam ruangan itu. langkah kaki mereka terhenti di situ juga. "apa yang pecah tu?", soal luna ingin tahu. gina pun pantas menyuluh ke arah datangnya bunyi benda pecah tersebut. kelihatan seekor tikus montok berlari pantas di atas gelas kaca yang pecah. tahulah mereka bahawa tikus itu telah melanggar gelas tersebut sehingga ianya pecah berderai di atas lantai. mereka kembali memerhatikan keadaan di dalam ruangan tersebut. zarul lihat ada suis emergency light di atas dinding yang terletak tidak jauh dari situ. dia pun melangkah menuju ke suis emergency light tersebut. perlahan lahan dia menekan suis emergency light itu. sekali tekan saja seluruh lampu di dalam ruang itu terpasang dengan sendirinya. "eh... ada emergency light pula kat sini... oh baguslah kalau macam ni... tidaklah kita bergelap di dalam ruangan ni...", hezron bersuara dengan riangnya. "wei... apasal tempat ni masih ada emergency light ar?... ini tempat apa ar?", soal tan fai long kehairanan. "entahlah... sebaiknya mari kita periksa dulu buku yang ada di atas meja sana tu....", zarul bersuara sambil melangkah menuju ke sebuah meja yang ada buku besar di atasnya. dia pun mula membuka buku tersebut. manakala hezron, benji dan vijay melangkah sambil memerhatikan keadaan di dalam ruangan tersebut. "eh... ini buku daftar orang yang pernah masuk kat sini lah...", zarul bersuara sambil membaca buku yang baru di bukanya itu. mereka segera membaca buku daftar itu bersama sama. "dalam senarai ni ada 48 orang pernah masuk ke tempat ini... tapi bila tengok dalam daftar ni ada nama doktor dan professorlah... cuba korang baca ni... doktor john, professor nelson, profesor madya rashidi, doktor chang chin ting and the list goes on and on... nama ahli tentera pun ada kat sini mejar wright, sarjan miller and so on... wei... apasal ada nama doktor, professor dan ahli tentera kat tempat ni ar?... mereka buat apa kat sini?", soal tan fai long dengan dahi yang berkerut. "agaknya tempat ni pernah di jadikan tempat penyelidikan tak?... biasanya kalau ada doktor dan professor, mereka pasti akan buat penyelidikan...", teka hezron pula. "penyelidikan tentang apa?", soal vijay pula. "manalah aku tahu... aku cuma meneka saja lorh...", balas hezron.

"apa kata kalau kita meninjau keadaan di dalam ruangan lain pula... gue lihat ada pintu sih kat sana tu... mungkin ada ruangan lain di sebalik pintu tu...", kata benji yang sedari tadi asyik berdiam diri. Mereka memandang ke arah pintu yang di maksudkan oleh benji. "okay... lets go...", mereka pantas melangkah menuju ke arah pintu tersebut. zarul memusing tombol pintu itu secara perlahan lahan. sekali pusing saja pintu tersebut mulai terbuka di depan mata mereka. "ngeeekkk...", berkeriut saja bunyi pintu itu di bukanya. kelihatan ruang koridor yang sepi menghala ke suatu tempat yang mereka tidak ketahui. ketika mereka hendak melangkah melalui ruang koridor itu, tiba tiba zarul lihat ada sebuah pelan bangunan yang terlekat kemas di dinding tidak jauh dari situ. agaknya itu pelan dalam bangunan itu kot. mereka mula memerhatikan pelan tersebut. "wei... ada kantinlah kat dalam bangunan ni... sudah tentu ada makanan kat sana...", tan fai long bersuara dengan riangnya. "yalah... aku dah tak sabar nak pergi ke ruang kantin tu... aku dah lapar dah ni...", kata hezron macam tak sabar sabar pula. zarul pun pantas mencabut pelan dalam bangunan itu dari atas dinding tersebut. selepas itu mereka melangkah menuju ke kantin dengan berpandukan pelan di tangan zarul. tidak lama kemudian mereka sampai di ruang kantin. langkah kaki mereka terhenti di saat mereka melihat keadaan dalam ruang kantin yang berantakan. kelihatan tin tin sardin dan tin makanan lain dan tin minuman berteraburan di atas lantai. "wei... apasal keadaan dalam kantin ni berselerakan macam terkena puting beliung ar? apa yang telah terjadi kat tempat ni?", soal hezron. "entahlah...", balas zarul sepatah. "wei... tak payah korang sibuk pasal tu... mari kita makan makanan dalam tin ni...", hezron bersuara sambil cuba membuka tin sardin di tangannya. tan fai long pun turut sibuk membuka tin makanan di tangannya. begitu juga dengan gina, vijay dan benji. masing masing sudah tidak sabar lagi hendak makan makan. zarul membuka peti sejuk yang ada di situ. semua makanan di dalam peti sejuk sudah kelihatan 'expired'. kek yang ada di situ pun sudah berkulat. begitu juga dengan bread dan makanan lain dalam peti sejuk itu. zarul menutup pintu peti sejuk tersebut setelah dia mengambil setin coca cola dari dalam peti sejuk itu. dia hanya makan sedikit makanan dari dalam tin yang di buka oleh hezron untuk dirinya. selepas itu dia duduk di sebelah luna. dia menyerahkan setin sardin yang sudah di buka pada gadis tersebut. sebelum makan luna sempat lagi berdoa pada Tuhannya. "rajin betul kau berdoa kan...", komen zarul sebaik saja gadis itu selesai berdoa. "mestilah... kita ni kan ciptaan Tuhan jadi kita harus mengingati Tuhan selalu dalam hidup kita... thats mean kita harus selalu berdoa pada Nya barulah kita di lindungi dan di jaga oleh Nya...", balas luna dengan wajah yang selamba. "thats good...", zarul memberikan komennya seraya meminum air coca cola di dalam tin di tangannya. "kepercayaan yang karut...", tiba tiba vijay bersuara dari belakang mereka. "Kenapa kau cakap macam tu pula vijay?", soal zarul. "aku tak percaya ada Tuhan dalam dunia ni...", balas vijay dengan wajah yang selamba. "kau tak percaya ke tak percaya ke itu terpulang pada diri kau sendiri tapi jangan sekali kali kau menghina kepercayaan orang lain sebab itu tidak baik...", tekan zarul. "whatever....", balas vijay dengan wajah selamba.

"apa masalah dia tu?", soal luna sedikit bengang dengan sikap yang di tunjukkan oleh pemuda yang berbangsa tamil itu. "entahlah... dia anti religion kot...", balas zarul. "teruklah dia tu...", komen luna. "jangan hiraukan dia... makanlah sardin dalam tin kau tu...", zarul bersuara pada luna. perlahan lahan luna makan makanan di dalam tin yang ada di tangannya. setelah siap makan mereka mula meninggalkan ruang kantin yang sunyi sepi itu. ketika mereka melangkah keluar dari ruang kantin itu tiba tiba saja gina menjerit secara mendadak... "eiiiii!....", jeritnya dengan nyaring sekali. mereka yang lain pun terus melangkah menghampirinya. kelihatan mayat tidak berkepala tergeletak di atas lantai tidak jauh dari situ. kelihatan darah merah sudah mengering di atas lantai koridor tersebut. "what the hell....", zarul terkejut bukan kepalang. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. "apa yang telah terjadi pada mayat tak berkepala ni?", soal hezron. "entahlah...", balas vijay di sebelahnya. "nampak gayanya mayat ni sudah lama terbiar di atas lantai ni... buktinya darah si mati sudah mengering...", zarul membuat andaiannya sendiri. "tapi apa yang menyebabkan mayat ni kehilangan kepalanya pula?... ada orang memenggal kepala manusia ke dalam bangunan ni?", soal hezron pula. "entahlah...", balas zarul dengan dahi yang berkerut. mereka saling berbalas pandangan. wajah mereka di bayangi perasaan gerun yang amat sangat....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now