MEREDAH KEGELAPAN 84

125 14 6
                                    

tidak lama kemudian kapal jet pejuang tersebut mula meluncur di dalam perut mothership alien itu. "look... i dont know what is ur problem right now but...", belum pun sempat regina bersuara tiba tiba zarul menyuruhnya diam. "just shut up okay... i just want you to landed this jet right now and let me kill all the aliens...", tutur zarul dengan suara yang tegas sekali. "what???... are you out of your mind?... you cannot kill all the alien without....", belum habis regina bersuara perkataannya terus di potong pantas oleh zarul. "i know what i do lah... just landed this jet right now....", tegas zarul. mahu tidak mahu regina pun terpaksa mendaratkan kapal jet pejuang itu di atas pelatar yang sunyi sepi itu. sebelum zarul melangkah keluar dari dalam kapal jet pejuang tersebut, dia menggari tangan regina dengan gari di tangannya. "hey... why you do this to me?... just let me go...", regina bersuara dengan wajah yang tegang sekali. "i'm so sorry... i cannot release you right now... if i release you now you will caught me and put me in to the prison.... so i think its better for me to leave you here like this...", tutur zarul sambil menggari tangan gadis negro itu. setelah tangan regina di garinya dia pun melangkah keluar dari dalam kapal jet pejuang tersebut. ketika dia melangkah keluar dari dalam jet itu kelihatan luna, profesor ismadi dan doktor park hoon melangkah keluar dari dalam jet yang di tumpanginya. zarul lihat lelaki tentera yang menjadi pasangan luna sudah sudah pun di gari tangannya di tempat duduknya. begitu pasangan profesor ismadi dan juga doktor park hoon. mereka semuanya tergari tangan di tempat duduk masing masing. ketika mereka sedang berkumpul di situ tiba tiba muncul pula beberapa makhluk asing yang bertubuh biru mengepung mereka di situ. 

"oh... tidak!... kita di kepunglah... macamana ni?", soal doktor park hoon cukup cemas. "just rileks... kita harus bersiap siaga... jika mereka melancarkan serangan mereka ke arah kita barulah kita tembak mereka semua habis habisan...", ucap luna di sebelah zarul. mereka berempat berdiri membelakangi di antara satu sama yang lain. senjata api tergenggam di tangannya. masing masing sudah bersiap sedia untuk menembak musuh tapi yang peliknya semua tentera makhluk asing yang ada di situ menurunkan senjata mereka ke tanah apabila ada salah satu makhluk asing bertubuh sasa muncul di situ. mungkin dia ketua makhluk asing itu. buktinya mereka tunduk hormat pada makhluk sasa tersebut. apabila zarul, luna, profesor ismadi dan doktor park hoon melihat mereka menurunkan senjata mereka ke tanah mereka pun turut berbuat demikian. ketua makhluk asing itu datang menghampiri mereka sambil membawa seutas rantai silver yang cantik berkilauan. perlahan lahan dia mengangkat rantai silver tersebut ke udara dan ianya mula bercahaya terang. serentak dengan itu rantai silver milik zarul dan luna pun turut bercahaya terang. tubuh dua remaja tersebut bertukar menjadi makhluk asing bertubuh biru. sebaik saja mereka melihat tubuh zarul dan luna bertukar menjadi sama seperti mereka tiba tiba saja semua makhluk asing itu sujud di hadapan dua orang remaja tersebut. ini termasuklah makhluk bertubuh yang sasa itu. "eh... apasal mereka tiba tiba saja sujud di depan kita ni?", soal luna kehairanan. "entahlah...", balas zarul cukup hairan. dalam keadaan mereka yang kehairanan tiba tiba saja makhluk bertubuh sasa itu bangun lalu dia mengambil satu benda yang seperti corong suara kecil dari dalam baju labuh yang di pakainya. corong suara itu tidaklah terlalu besar macam corong suara yang terdapat di planet bumi ini. "akhirnya kami berjaya juga menemui tuan putera carl dan tuan puteri carla setelah kami puas mengembara dari galaksi lain ke galaksi yang lain.... perkenalkan namaku ialah panglima roman... kami datang dari planet medusa atas arahan raja mogor dan permaisuri rossa untuk menyelamatkan tuanku berdua....", kata makhluk asing bertubuh sasa itu sambil tunduk di depan mata zarul dan juga luna.

"er... nanti dulu... siapa tuan putera carl tu?... dan siapa pula tuan puteri carla tu?... kami tak fahamlah...", soal zarul kebingungan. panglima roman tersenyum pada mereka berdua. dia mengambil corong suara kecil dari dalam poket baju labuhnya. kemudian dia menyerahkannya pada zarul. "er... patik mohon tuanku menggunakan alat ini... alat ini ialah sejenis alat alih bahasa yang memudahkan kita untuk berkomunikasi...", kata panglima roman. perlahan lahan zarul mengambilnya lalu dia mengulangi pertanyaan yang di ucapkannya sebentar tadi. "saya nak tanya... siapa tuan putera carl tu? dan siapa pula tuan puteri carla tu?... kami tak fahamlah...", soal zarul. "sebenarnya tuankulah yang patik maksudkan sebagai putera carl tu dan puteri carla pula ialah gadis yang berdiri di sebelah tuanku... sebenarnya tuanku berdua adalah adik beradik kembar tak seiras...", balas makhluk asing itu perlahan lahan. "apa?... kami adik beradik kembar tak seiras???....", soal zarul dan luna cukup terkejut. "ya... tuanku berdua ialah adik beradik kembar. anak kepada raja kami iaitu raja mogor dan permaisuri rossa...", terang panglima roman dalam nada suara yang perlahan lahan. "bohong!!!... kami tidak percaya yang kami ni ialah anak makhluk asing...", bentak zarul dengan wajah yang serius. "mana buktinya yang kami ni anak raja mogor dan permaisuri rossa tu, hah?", soal luna cukup bengang. mereka memandang tepat wajah makhluk asing yang bernama panglima roman itu.

"cuba tuanku berdua buka loket yang ada di rantai silver tu. dalam loket tu ada gambar raja mogor dan permaisuri rossa. mereka ada mengambil gambar keluarga sebelum mereka menghantar tuanku berdua ke planet bumi...", kata panglima roman perlahan lahan. zarul dan luna segera mencapai loket yang tergantung di leher mereka tapi mereka tak dapat membuka loket tersebut. "tapi loket saya ni tak boleh di bukalah...", kata zarul. "loket saya pun tak boleh di buka...", kata luna di sebelahnya. "sebenarnya loket tuanku hanya boleh di buka dengan bantuan loket diraja ni...", kata panglima mogor. dia mendekatkan buah loket silver yang berbentuk bintang itu dengan buah loket silver milik zarul dan luna. tiba tiba saja loket zarul dan luna terbuka dengan sendirinya. kelihatan gambar lama seorang wanita (manusia) yang bergaun indah menawan sedang menggendong seorang bayi perempuan manusia yang comel. di sebelahnya kelihatan satu makhluk asing bertubuh biru sedang berdiri sambil menggendong seorant bayi lelaki manusia yang cute. "itulah raja mogor... dia telah berkahwin dengan seorang wanita iaitu ibu tuanku berdua dari planet bumi beberapa tahun yang lalu... setelah berkahwin mereka di kurniai sepasang kembar yang tidak seiras iaitu tuanku berdua tapi malangnya ketika tuanku berdua berusia setahun lebih tiba tiba saja planet kami di serang oleh sekumpulan ahli tentera dari planet dogon. mereka menyerang dan menggigit hampir semua rakyat jelata di planet medusa... ini menyebabkan hampir semua penduduk planet medusa telah di jangkiti virus T dan ini menyebabkan ramai rakyat jatuh sakit... keadaan di planet kami menjadi kucar kacir. di sebabkan keadaan yang tidak selamat itu raja mogor dan permaisuri rossa telah menghantar tuanku berdua ke planet bumi agar tuanku berdua tidak terkena jangkitan virus yang mematikan tu tetapi setelah tuanku berdua di hantar ke planet bumi banyak rakyat jelata di planet medusa kembali pulih setelah terkena virus tersebut. menurut kata ahli saintis di planet kami antibodi penduduk planet medusa lebih kuat jika di bandingkan dengan antibodi pihak musuh kami yang datang dari planet dogon tu... kami bangkit menentang semua ahli tentera dogon yang menyerang planet kami tu. akhirnya mereka semua kecundang di tangan kami... planet kami kembali aman dan damai selepas itu... tetapi bila tuanku raja mogor mendapat tahu bahawa planet bumi di serang oleh virus T kami pun di perintahkan untuk mencari tuanku berdua dan selamatkan tuanku berdua dari di jangkiti virus merbahaya itu. jadi sebab itulah kami berada di planet ini....", cerita panglima roman panjang lebar. zarul dan luna saling berpandangan. begitu juga dengan profesor ismadi dan doktor park hoon. mereka macam tidak percaya dengan apa yang mereka dengar saat itu....

AUTHOR NOTE: tak sangka pula story ni sudah mencapai 80 pages ke atas... selalunya mizz menulis story taklah sampai 80 pages ke atas. wah!... ini sudah di kira pecah rekod ni... bukan pecah rekod guinnes ar... ini pecah rekod mizz sendiri... hehehe...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now