MEREDAH KEGELAPAN 80

160 13 12
                                    

ahli tentera itu terus di tangkap dan di gari tangannya. dia di tempatkan di atas kerusi paling belakang sekali. "hey... why you guys do that?... dont...", belum pun sempat pilot kapalterbang itu menghabiskan perkataannya, kapten yusuf pantas menyentak belakang tengkuknya. lelaki tersebut terus saja jatuh pengsan di tempat duduknya. cepat cepat kapten yusuf menolak tubuh lelaki itu ke tepi sehingga ianya terjatuh dari tempat duduknya. kemudian kapten yusuf pantas mengambil alih tempat duduk pilot tersebut. dia mula menerbangkan kapalterbang itu ke udara. manakala yang lain pula sibuk memapah tubuh pilot yang tak sedar diri tu ke tempat duduk di belakang sekali. tangannya di gari. begitu juga dengan leftenan razak dan juga seorang lagi ahli tentera yang lain. mereka di gari tangan dan di letakkan tempat duduk paling belakang sekali. "so kita nak pergi ke mana ni?", soal kapten yusuf setelah dia lihat mereka semua kembali duduk di atas kerusi masing masing. "say rasa kita perlu pergi ke pulau eden... saya teringin hendak berjumpa dengan adik vivian dan adik eric...", kata luna secara tiba tiba pula. "eh... tak guna korang pergi ke sana lorh... nanti korang di tangkap oleh pihak tentera di sana...", kata doktor park hoon dengan wajah yang serius. "tak apa... nanti saya dan zarul boleh menyamar apabila kita sampai di sana....", balas luna dengan wajah yang selamba. "tak boleh... sebab mereka sekarang sudah menggunakan alat pengesan cap jari yang tercanggih di dunia. mereka boleh mengesan korang melalui cap jari korang walau pun korang sedang menyamar....", jelas doktor park hoon. "jadi macamana ni?... sebenarnya saya rindukan adik vivian dan juga adik eric... saya dah anggap mereka macam adik kandungku sendiri...", kata luna dengan wajah yang tegang.

"macam ni sajalah... kita pergi ke sana dulu... bila sampai di sana nanti, korang semua bersembunyilah di dalam kapalterbang ni... biar saya dan kapten yusuf saja yang keluar untuk pergi mengambil budak budak tu dan bawa mereka masuk ke dalam kapalterbang ni.. macamana korang setuju tak dengan rancangan saya ni?", soal doktor park hoon ingin tahu. "oh boleh juga tu... aku setuju...", balas luna. "aku pun setuju...", balas zarul. "so macamana dengan korang yang lain tu? korang setuju ke atau tak setuju?", soal doktor park hoon pada yang lain. "kami setuju...", balas profesor ismadi, dina , joshua dan kapten yusuf hampir serentak. "okay... sekarang kita pergi ke pulau eden...", kapten yusuf bersuara sambil menerbangkan kapalterbang tersebut ke udara. selepas itu mereka tidak lagi berbual bual. mereka tertidur kerana keletihan. hanya kapten yusuf seorang saja yang masih sibuk menerbangkan kapalterbang tersebut menuju ke destinasi yang hendak di tuju. ketika mereka sedang tidur lena, luna dan zarul tidak sedar rantai di leher mereka bercahaya terang. sementara itu kelihatan beberapa buah piring terbang mengekori mereka dari belakang secara senyap senyap. tidak lama kemudian kapalterbang yang di naiki mereka pun sampai di pulau eden. baru saja kapten yusuf ingin mendaratkan kapalterbangnya di atas landasan kapalterbang yang sibuk itu kelihatan begitu banyak kereta kebal dan ahli tentera lain menanti di dekat kubu pertahanan yang terletak tidak jauh dari landasan kapalterbang itu. mereka mengacukan senjata ke udara. "wake up you guys!.... wake up!... we are in a serious situation here...", laung kapten yusuf. semua orang terjaga sebaik saja mereka mendengar perkataan kapten yusuf. "ada apa kapten yusuf?", soal luna ingin tahu. "semua ahli tentera kat pulau eden ni mengacukan senjata mereka ke arah kapalterbang kitalah... ada kereta kebal lagi yang 'standby' kat bawah tu...", jelas kapten yusuf dengan wajah yang tegang sekali. mereka semua terus berdiri di belakang kapten yusuf. mereka merasa sungguh terkejut apabila mereka melihat begitu banyak ahli tentera bersiap sedia dengan senjata mereka. mereka seperti hendak menembak ke arah mereka pula.

"sudah tentu mereka ingin menembak kapalterbang ni sebab mereka tahu ada orang yang telah merampas kapalterbang ni.... itu maknanya sekejap lagi korang akan di tangkap oleh pihak tentera US... baru padan muka korang tu... hahaha...", sampuk leftenan razak dengan sinis sekali. rupa rupanya dia sudah sedar dari pengsannya sejak dari tadi lagi. cuma dia tidak mahu berbicara apa apa setelah di tangkap. apabila dia mendengar apa yang di katakan oleh kapten yusuf dia menyampuk perbualan mereka pula. "awak diam!.... kami tidak mahu mendengar apa apa pun dari mulut awak tu...", marah dina padanya. dia pun diam selepas itu. "apa yang harus kita lakukan sekarang?", soal kapten yusuf. "sebaiknya kita tinggalkan tempat ni sekarang juga...", usul zarul secara tiba tiba pula. "tapi kita baru saja sampai di pulau ni... jikalau kita lari sudah tentu mereka akan menembak kapalterbang kita ni...", kata luna pula. "jadi apa yang harus kita buat?... just make a quick decision now....", kata kapten yusuf. belum pun sempat mereka bersuara tiba tiba, "boooomm!....", kedengaran sebiji bom meriam meluncur laju ke udara tapi bom tu bukannya meluncur ke arah mereka tapi ianya meluncur laju ke arah lain. "eh.... mereka tak tembak kita pun!... tengok!... bom meriam tu meluncur ke arah lainlah!...", kata kapten yusuf separuh menjerit. "apa?!!... jadi mereka tembak siapa ar?", soal zarul cukup terkejut. "tengok tu!.... ada kapal piring terbang mengekori kita ke sinilah!....", dina bersuara sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah yang di maksudkannya. mereka yang lain segera mengalihkan pandangan mereka ke arah yang di tunjukkan oleh wanita tersebut. kelihatan beberapa buah kapal piring terbang baru saja sampai di situ. semua kapal piring terbang itu terbang dekat di belakang kapalterbang yang mereka naiki. semua tentera darat mula melancarkan serangan ke arah semua kapal piring terbang tersebut. "jikalau mereka tidak menembak kita itu maknanya kita selamat untuk mendarat. saya yakin mereka pasti akan berfikir bahawa kapalterbang ni adalah milik tentera udara US sebab itulah mereka tidak menembak kapalterbang kita ni...", tekan luna dengan pantas. "jadi kita perlu mendarat di landasan kapalterbang tu ke?", soal kapten yusuf macam ragu ragu pula. "ya... jangan bimbang... mereka tak akan menembak kita... mereka cuma menembak kapal piring terbang yang mengekori kita ni saja...", balas luna dengan penuh yakin. "kalau macam tu saya akan mendaratkan kapalterbang ni... korang pergi duduk di tempat duduk masing masing.... pasang seat belt tu... this is going to be a bumpy ride though....", kata kapten yusuf dengan wajah yang selamba. mereka semua terus duduk di atas kerusi masing masing. seat belt terus di pasang. tidak lama kemudian kapten yusuf mula mendaratkan kapalterbang tersebut di atas landasan. berpeluh luna di tempat duduknya. maklumlah dia sebenarnya masih phobia menaiki kapalterbang setelah apa yang telah menimpa dirinya dan zarul beberapa bulan yang lalu. zarul di sebelahnya pantas memegang erat tangan gadis itu. mereka saling berpegangan tangan sambil menutup mata masing masing.



MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now