MEREDAH KEGELAPAN 76

162 17 0
                                    

"aku rasa dia tidak tahu kita berada di sinilah... aku terpaksa memanjat pokok ni sampai ke atas....", zarul bersuara setelah dia mendengar bunyi helikopter itu sedikit menjauh dari pokok tempat mereka bersembunyi. "baiklah... but be careful, okay?...", tutur profesor ismadi dengan pantas. "okay...", perlahan lahan zarul membuka atap daun nipah yang berada di atas kepala mereka saat itu. kemudian dia mula memanjat ke atas palang kayu di atas pondok tersebut. bagaikan seekor monyet dia pun terus memanjat pokok menuju ke atas dahan kayu yang ada di situ. satu demi satu dahan kayu di pokok itu di panjatnya sehingga dia berjaya naik ke atas dahan pokok kayu yang teratas sekali. zarul memegang mobile phonenya dengan tangan kanannya. dia menghalakan skrin mobile phonenya ke langit. manakala sebelah tangan kirinya pula memegang erat dahan pokok yang berdekatan. kelihatan sebuah helikopter berlegar legar di ruang udara tidak jauh dari situ. zarul pun segera menghalakan mobile phonenya yang sudah terpasang dengan aplikasi lampu kecemasan itu ke arah helikopter tersebut. dia menggerak gerakkan mobile phonenya ke sana ke mari laksana orang yang sedang melambaikan tangannya pula. beberapa minit kemudian helikopter itu pun mula meluncur ke arahnya.

zarul mengangkat ibu jarinya ke arah profesor ismadi dan juga yang lain sebagai tanda isyarat bahawa rancangan mereka telah pun berjaya. kelihatan doktor park hoon sedang berdiri di muka pintu helikopter tersebut. dia mengikat hujung tali tangga emergency itu di kaki kerusi. kemudian dia melemparkan tangga bertali tersebut ke arah zarul. cepat cepat zarul menangkapnya. dia menghalakan hujung tangga bertali itu ke arah profesor ismadi dan juga yang lain. seorang demi seorang mula melangkah menaiki anak tangga bertali tersebut. luna dan zarul lah orang yang terakhir sekali menaiki anak tangga bertali itu. ketika mereka berdua terkial kial hendak menaiki anak tangga tersebut tiba tiba dia nampak semua makhluk asing yang mencari mereka sebentar tadi sedang berdiri memerhatikan mereka di bawah pokok besar itu. salah seorang daripada makhluk asing tersebut mengangkat tinggi rantai silver di tangannya. sekali lagi rantai silver milik zarul dan luna bercahaya terang. tubuh mereka segera bertukar menjadi makhluk asing berwarna biru. cepat cepat zarul dan luna menyembunyikan rantai leher mereka di dalam baju jaket masing masing. cahaya rantai mereka tidak kelihatan lagi. tubuh mereka kembali menjadi jasad manusia yang normal. zarul cepat cepat masuk ke dalam perut helikopter tersebut. pintu helikopter terus di tutup rapat. helikopter itu mula meluncur laju ke udara. sempat lagi zarul dan luna memerhatikan semua alien yang berdiri memerhatikan mereka di bawah pokok tersebut. "grroooooaaarrrrrr!....", kedengaran makhluk asing yang memegang rantai silver itu menderam marah. ianya seperti seekor singa yang kegeraman pula. sebenarnya dia merasa kecewa sebab dia gagal melaksanakan misinya untuk menangkap kedua dua remaja tersebut.

"are you guys okay?", soal suatu suara dari belakang zarul dan luna. cepat cepat zarul dan luna menoleh ke belakang. kelihatan doktor park hoon merenung wajah mereka dengan penuh prihatin. "oh... we're okay now... by the way, macamana pula awak boleh berada di sini bersama dengan kapten yusuf? bukankah awak berada di pergunungan andesia?...", soal zarul ingin tahu. "memang saya berada di pergunungan andesia tempohari tapi setelah beberapa minggu korang berangkat tu semua penghuni di wilayah berdekatan dan kawasan pergunungan andesia telah di jangkiti X virus. jadi kami semua para survivor dari kawasan pergunungan itu pun segera di bawa oleh pihak tentera keselamatan di negara koreana ke pulau eden. kebetulan kapten yusuf ada singgah di pulau eden untuk membawa para survivor ke pulau eden. so dari situlah saya bertemu semula dengan kapten yusuf dan dia terus membawa saya ke sini. anyway, menurut kata kapten yusuf korang bersembunyi di rumah api hathaway pagi tadi tapi kenapa pula korang berada di dalam kawasan hutan tebal ni pula?... kenapa ada kapal makhluk asing berlegar di atas rumah api tu?", soal doktor park hoon secara bertalu talu. "its a long story hoon...", sampuk profesor ismadi pula. "just make it short....", tutur doktor park hoon dengan pantas. mahu tidak mahu doktor profesor ismadi pun terpaksa menceritakan apa yang telah terjadi. doktor park hoon mendengarnya dengan penuh minat. "so korang fikir makhluk asing tu datang nak memburu korang ke?", soal doktor park hoon sebaik saja profesor ismadi mengakhiri ceritanya.

"entahlah... yang peliknya mereka asyik memburu kami tapi tidak pula menembak ke arah kami. padahal mereka membawa senjata canggih di tangan. senjata tu pula boleh mengeluarkan api laser berwarna hijau. malah mereka turut membawa senjata pembedil api dan juga parang sabit yang besar...", tutur zarul dengan wajah yang serius. "oh yakah?... tapi apa sebabnya mereka beria ia sangat hendak memburu korang?", soal doktor park hoon. "entahlah...", balas zarul dan luna hampir serentak. "jangan jangan korang berdua ni memang ada hubung kaitnya dengan makhluk asing tu, tak?...", teka doktor park hoon secara tiba tiba pula. "ahh... takkanlah remaja seperti kami ni ada hubung kaitnya dengan makhluk asing tu...", luna bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "jadi jikalau korang betul betul tidak ada hubung kaitnya dengan makhluk asing itu kenapa setiap kali makhluk asing tu mengangkat tinggi rantai silver di tangannya rantai di leher korang bercahaya terang dan tubuh korang bertukar menjadi seperti makhluk asing tu?", sampuk profesor ismadi pula. luna dan zarul saling berpandangan buat beberapa ketika. "entahlah... kami sendiri pun tidak tahu kenapa semua itu terjadi ke atas diri kami.... semuanya terjadi di luar dugaan... sedar sedar saja rantai di leher kami bercahaya dan tubuh kami pula bertukar menjadi sama seperti alien alien tu semua... kami betul betul tidak tahu kenapa kami boleh jadi macam tu...", tutur luna dengan jujur. "mungkin rantai di leher korang tu yang membuatkan korang bertukar menjadi sama seperti semua alien alien tu kot...", tiba tiba doktor park hoon bersuara pula. semua mata kini tertumpu ke arahnya. "maksud awak?", soal luna sambil merenung wajah lelaki itu. "saya nampak salah seorang daripada makhluk asing tu mengangkat tinggi rantai silver yang hampir sama bentuknya dengan rantai silver di leher korang tu ke udara sebentar tadi... ianya bercahaya terang sama seperti rantai di leher korang tu... so, saya suspect sudah tentu rantai silver korang tu ada hubung kaitnya dengan makhluk asing tu...", kata doktor park hoon dengan wajah yang serius. kini mata mereka tertumpu ke arah rantai silver yang tergantung kemas di leher luna dan zarul. ianya kelihatan cantik berkilauan bagaikan emas perak putih yang tulin...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now