MEREDAH KEGELAPAN 67

160 21 5
                                    

"hands up!... you all under arrest...", kedengaran leftenan razak bersuara dalam nada suara yang tegang sekali. mahu tidak mahu zarul mengangkat tangannya ke udara. begitu juga dengan luna, profesor ismadi dan juga kapten yusuf. "okay... lemparkan senjata korang ke tanah...", perintah leftenan razak lagi. perlahan lahan zarul melemparkan senjatanya ke atas tanah. begitu juga dengan luna, profesor ismadi dan juga kapten yusuf. "oh... takkanlah awak nak tangkap kami leftenan razak... kami sudah banyak tolong awak hari tu tau... kalau bukan kami yang tolong awak dan kapten yusuf tempohari sudah tentu korang sudah di gigit oleh zombie di tepi hutan tu...", luna bersuara perlahan lahan. leftenan razak hanya diam membisu. dia mula menghampiri luna dengan gari di tangannya. "sorry, saya terpaksa menjalankan tanggungjawab saya...", balas leftenan razak perlahan lahan. dia memberikan isyaratnya pada ahli tentera yang lain agar memberkas mereka semua. baru saja dia dan ahli tentera yang lain mula memberkas mereka di situ tiba tiba keadaan menjadi kelam kabut.... "grooooarrrrr!.....", kedengaran segerombolan zombie berlari masuk ke dalam kawasan itu dengan wajah yang menakutkan. belum pun sempat mereka berbuat sesuatu beberapa zombie di situ telah menggigit ahli tentera yang berdiri di dekat zarul dan luna. "arrrgggghhhhh!!!!!.....", kedengaran jeritan kesakitan bergema di sana sini. semua orang lari bertempiaran macam anak ayam yang ketakutan apabila di serang burung helang pula. ini termasuklah leftenan razak. "dasar pengecut!....", luna bersuara separuh jengkel. dia segera berlari lalu mencapai pistolnya yang tergeletak di atas tanah lalu di tembaknya kepala kepala zombie yang datang menghampirinya di situ. zarul pun pantas mengambil pistol dan pedang samurainya. "kakak... kau ambik pistol ni... it is for your protection...", dia menyerahkan pistol miliknya pada kakaknya dina yang sedang berdiri di sebelahnya saat itu. "tapi rul, akak tak pandai gunakan pistol ni lah...", dina bersuara seraya mengambil pistol tersebut dari tangan adiknya. "kakak akan pandai menggunakannya... hanya tembak saja kepala zombie tu dengan pistol akak tu...", zarul bersuara dengan pantas. mahu tidak mahu dina terpaksa menggenggam erat pistol di tangannya.

"josh... ambik kayu ni!....", luna bersuara seraya melemparkan sebatang kayu pada adiknya joshua yang tidak bersenjata itu. "okay...", joshua pantas meraih kayu tersebut. dia berdiri di belakang kakaknya luna. manakala vivian pula berdiri di sebelahnya. "jaga vivian okay....", luna bersuara pada joshua di belakangnya. "okay kak...", balas joshua. kapten yusuf dan profesor ismadi berdiri di dekat mereka dengan pistol dan senapang di tangan. mereka kini di kelilingi oleh segerombolan zombie yang ganas ganas wajah mereka. "okay, you guys.... kita harus sama sama menentang zombie ni semua ya.... at the count of three... one, two... three!!!....", sebaik saja luna menyebut perkataan three mereka pantas menembak ke arah kepala zombie yang berdiri di depan mata mereka secara satu persatu. manakala zarul pula menetak serta memancung kepala zombie zombie tu dengan menggunakan pedangnya. dina mengalami kesukaran menggunakan pistol di tangannya sebab dia ketakutan di saat dia melihat wajah zombie zombie yang menggerunkan itu. dia lihat ada seorang zombie meluru ke arahnya. dia menghalakan pistolnya ke arah zombie tersebut tapi tangannya menggeletar sekali. "tembak kepala zombie tu kak!... tembak!...", jerit zarul sambil tangannya sibuk menghayunkan pedangnya ke arah zombie yang menyerangnya saat itu. "saya tak boleh... saya tak boleh....", balas dina ketakutan. wajahnya di basahi peluh. manakala tangannya masih menggeletar sakan. pistol di tangannya bergoyang sedikit kerana tangannya menggeletar. "just do it, okay!....", jerit zarul cukup bengang pada kakaknya itu. "bengggg!!!!....", kedengaran satu das tembakan di lepaskan oleh dina. zombie yang menyerangnya jatuh tertiarap di atas tanah. "nice shoot for a first shooter...", puji luna di sebelahnya. dina tersengih macam kerang busuk. dia kembali menumpukan perhatiannya pada zombie zombie yang ada di depan matanya saat itu. dia mula menembak zombie zombie yang menyerangnya dengan menggunakan pistol di tangan. itu pun dia tembak sambil menutup kedua belah matanya. zarul hanya tersenyum saja apabila dia melihat kakaknya beraksi menggunakan pistol di tangannya. sekurang kurangnya dia tahu kakaknya dina boleh menjaga dirinya sendiri

setelah mereka berjaya menghapuskan semua zombie yang ada di situ mereka pun terus berlari meninggalkan tempat itu. baru saja mereka berlari dua tiga langkah di situ tiba tiba, "hey you guys!.... just wait for us!....", kedengaran suatu suara memanggil mereka dari belakang. kelihatan martha, hilda dan supang berlari menuju ke arah mereka. "oh... i'm glad you guys are here!...", martha bersuara dengan riangnya. dia terus memeluk luna. begitu juga dengan hilda dan supang. mereka berbalas senyuman buat seketika. "er.... mana perginya saraswati ar?....", soal luna ingin tahu. "oh... perempuan tamil yang gila tu ke?", soal hilda pula. "yalah...", balas luna sepatah. "oh... dia tak dapat selamatkan diri. ada zombie menggigit kepalanya sebentar tadi dan memakan otaknya sehingga dia mati...", jelas hilda perlahan lahan. "oh... kasihan dia... er... mana pula perginya may ling?... dia masih okay, kan?", soal luna lagi. "entahlah... kali terakhir kami nampak dia... urm... dia di tahan oleh para ahli tentera di dalam sebuah bilik tahanan sebab dia cuba melarikan diri dari sini....", balas martha pula. "oh... begitu... okaylah mari kita pergi dari sini...", luna bersuara seraya berlari meninggalkan tempat itu. mereka yang lain berlari di sebelahnya. "er... prof, awak rasa mana perginya budak inggeris yang saya suruh awak selamatkan di pusat kuarantin tempohari?... awak ada selamatkan budak tu tak?", soal luna ingin tahu. "oh.... maksud awak budak lelaki inggeris yang bernama eric nickson tu ke?", soal profesor ismadi. "yep... di mana dia berada sekarang?", soal luna ingin tahu. "kali terakhir saya lihat dia... urm.... dia macam di bawa ke bilik tahananlah...", balas profesor ismadi. "kenapa dia di tempatkan di bilik tahanan pula?", soal luna dengan dahi berkerut. "dengar khabar dia cuba melarikan diri dari pusat rawatan ni setelah dia pulih dari jangkitan X virus tu... so dia terpaksa di tahan dalam bilik tahanan bawah tanah....", kata profesor ismadi perlahan lahan. "kalau macam tu mari kita pergi selamatkan dia sekarang juga...", kata luna sambil berlari. mereka kini berada di dalam bangunan pusat kawalan kesihatan tersebut. "apa?.... awak nak selamatkan budak tu?", soal profesor ismadi sungguh terkejut. "yalah.... kenapa awak terkejut pula?", soal luna tanpa memandang wajah lelaki itu. "oh... come onlah luna.... nyawa kita dalam bahaya sekarang.... lebih baik kita tinggalkan tempat ni dengan segera sebelum keadaan bertambah buruk....", tutur profesor ismadi dengan tegas. "maaf... saya dah janji dengan budak tu yang saya akan menyelamatkan dia... jika saya berjanji dengan seseorang saya akan berusaha mengotakan janji saya tu.... lagi pula may ling pun di tahan dalam bilik tahanan tu. so kita harus selamatkan mereka berdua...", balas luna dengan wajah yang serius. "she was right... we need to save them...", sampuk zarul tiba tiba pula. "oh man!... i'm not going to the underground.... tempat tu kelam sangatlah...", keluh kapten yusuf secara tiba tiba pula. "takkanlah tak ada lampu pula....", hilda di sebelahnya. "ada tu ada tapi lampunya tak begitu teranglah... ianya malap bagaikan lampu dalam kelab malam saja. kita perlu bawa lampu picit kalau pergi ke sana...", tutur kapten yusuf dengan wajah yang kelat. "i dont care!.... we need to save them now!...", tegas luna. mahu tidak mahu profesor ismadi dan kapten yusuf pun terpaksa membawa mereka pergi ke bilik tahanan yang ada di bawah bangunan pusat kawalan kesihatan tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now