MEREDAH KEGELAPAN 72

151 21 2
                                    

"luna.... jangan menangis... kesat air mata awak tu...", zarul menghulurkan sapu tangan miliknya pada gadis tersebut. perlahan lahan luna mengesat air mata yang mengalir di pipinya. dia lihat helikopter yang di pandu oleh kapten yusuf mula meluncur naik ke udara. dia dapat lihat vivian masih menangis di dalam helikopter tersebut. anak kecil itu memandang ke arahnya sambil berdiri di dekat cermin pintu helikopter tersebut dengan menangis tersedu sedan. luna lihat eric budak lelaki berbangsa inggeris itu pun turut menangis di sebelah vivian. dia melambai lambaikan tangannya seakan akan dia ingin mengucapkan selamat tinggal pada luna. luna menangis di saat dia melihat helikopter tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu. terasa berat rasanya berpisah dengan dua orang budak kecil yang sudah di anggapnya seperti adik kandungnya sendiri. "luna... sudahlah tu... jangan bersedih lagi...", pujuk zarul di sebelahnya. luna mengesat saki baki air mata yang mengalir di pipinya. "mari kita masuk ke dalam rumah api ni...", ajak zarul sebaik saja dia lihat luna tidak menangis lagi. tanpa banyak soal luna mengekori langkah kaki pemuda itu dari belakang. profesor ismadi, joshua dan dina pun turut melangkah di belakang mereka. zarul menarik keluar pedang samurai miliknya dari dalam sarungnya yang terikat kemas di pinggang. perlahan lahan luna menarik keluar machine gun miliknya. profesor ismadi memegang erat pistol di tangannya. manakala pula dina memegang erat kayu belantan yang di jumpainya di luar rumah api itu. joshua pula menarik keluar pedang samurainya yang di jumpainya di bilik pejabat salah seorang doktor yang terletak di pusat kuarantin ketika mereka melarikan diri dari pusat kawalan kesihatan cadifornia sebentar tadi. pedang itu di pegangnya erat erat.

zarul cuba memusing tombol pintu rumah api tersebut tapi ianya seperti terkunci dari dalam pula. "pintu ni terkunci dari dalamlah...", zarul dengan dahi yang berkerut. "jangan jangan ada orang berada dalam rumah api ni kot?...", bisik joshua pula. "ish.. takkanlah ada orang yang sanggup tinggal di rumah api yang terpencil ni...", tutur dina separuh berbisik. mereka mula memerhatikan keadaan di rumah api itu. ianya agak sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. "cuba awak ketuk pintu tu dulu... mana tahu ada orang tinggal dalam rumah api ni...", luna bersuara setelah berfikir buat beberapa ketika. "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu rumah tersebut di ketuk perlahan oleh zarul. namun tidak ada respon. "memang tempat ni tak berpenghuni lorh... biar saya tendang saja pintu ni... tutur zarul. perlahan lahan dia berundur sedikit ke belakang. kemudian dia berlari lalu di tendangnya daun pintu rumah api itu dengan sekuat hatinya. sekali tendang saja pintu rumah api itu berjaya di bukakannya. perlahan lahan mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah api tersebut. ketika mereka melangkah masuk ke dalam rumah api itu tiba tiba muncul beberapa zombie dari sudut yang gelap tidak jauh dari situ. ada zombie perempuan, zombie lelaki dan zombie budak perempuan kecil yang berusia dalam lingkungan 7 tahun berdiri di hadapan mata mereka. mungkin mereka sekeluarga adalah mangsa gigitan zombie yang cuba bersembunyi di dalam rumah api itu. ketiga tiga zombie itu berlari menghampiri mereka di situ. tanpa berlengah lagi luna pun pantas menembak ke arah ketiga tiga zombie tersebut. begitu juga dengan profesor ismadi. tembakan mereka mengenai sasaran. ketiga tiga zombie itu terus terjatuh di atas lantai dan tubuh mereka tidak lagi bergerak gerak selepas itu.

perlahan lahan zarul menutup pintu rumah api tersebut. mereka yang lain segera duduk di atas kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. oleh kerana luna merasa terlalu letih dan mengantuk dia pun berbaring di atas sebuahh kerusi yang terletak tidak jauh dari situ. begitu juga dengan yang lain. mereka mengambil kesempatan itu untuk berehat dan tidur. maklumlah selama ini mereka tidak cukup tidur di sebabkan masalah yang mereka hadapi pada setiap hari. dalam erti kata yang lain, mereka tidak dapat tidur dalam keadaan darurat di mana manusia sering di buru dan di serang oleh zombie pada setiap masa. kalau mereka tidur pun mesti ada seseorang yang sanggup berjaga demi menjaga keselamatan mereka semua. kali ini profesor ismadi yang berjaga sebab matanya tidak mengantuk katanya. ketika mereka yang lain sedang enak di buai mimpi profesor ismadi lihat rantai silver di leher zarul dan luna bercahaya terang buat beberapa ketika. profesor ismadi cuba meneliti loket berbintang yang mengeluarkan cahaya tersebut. baru saja dia ingin menyentuh kedua dua loket tersebut tiba tiba cahaya daripada kedua dua loket itu menghilang dalam sekelip mata. profesor ismadi merasa hairan. dia tidak tahu kenapa loket berbentuk bintang itu boleh keluarkan cahaya. apa guna cahaya itu di keluarkan pun dia sendiri tidak tahu. ketika dia sedang terpinga pinga di situ tiba tiba kedengaran bunyi kapal terbang menghampiri tempat itu. bunyinya agak kuat sekali. ianya seakan akan seperti ada sebuah kapal terbang ingin mendarat di kawasan rumah api tersebut.

profesor ismadi segera mengintai keluar melalui cermin tingkap kecil yang terdapat di dalam bangunan rumah api tersebut. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ada beberapa buah kapal angkasa berlegar legar di atas langit. ianya berada betul betul di atas rumah api tersebut. "wake up everybody!!.... wake up!!....", profesor ismadi terus berlari menghampiri semua orang yang sedang tidur lena tidak jauh dari situ. luna terus terbangun sebaik saja dia terdengar jeritan profesor tersebut. begitu juga dengan zarul yang sedang terlena di sebelah kerusinya. joshua baru tersedar dari tidurnya sebaik saja bahu kirinya di goncang kuat oleh luna. dina di sebelahnya turut terbangun dari tidurnya. "ada apa prof?", soal luna ingin tahu. "ada beberapa buah kapal angkasa berlegar di atas langit. ianya berlegar di atas bangunan rumah api ini!...", terang profesor ismadi dengan pantas. "apa?.... kapal angkasa?... takkanlah ada kapal angkasa berlegar di atas langit pula... awak salah lihat kot....", luna bersuara macam tidak percaya. "saya tak salah lihat lorh... kalau korang tak percaya korang pergilah tengok kat luar sana tu...", profesor ismadi bersuara sambil menudingkan jarinya ke arah jendela kecil yang terletak tidak jauh dari situ. mereka pun terus bangun lalu berlari menuju ke arah jendela kecil tersebut. mereka cuba melihat ke langit. mereka merasa terkejut sebaik saja mereka lihat begitu banyak kapal angkasa berlegar di dada langit. ianya terbang di atas bangunan rumah api tersebut. "oh... my God...", luna bersuara seraya menutup mulutnya. dia tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. semua kapal angkasa itu berlegar legar di atas kawasan rumah api tersebut. zarul di sebelahnya pun turut merasa terkejut. begitu juga dengan dina dan joshua. mereka betul betul tak tahu nak cakap apa lagi.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now