MEREDAH KEGELAPAN 75

169 13 3
                                    

"okay... sekarang kita nak buat apa kat pondok kecil ni?", soal dina ingin tahu. mereka berbalas pandangan buat beberapa ketika. "saya fikir lebih baik kita bersembunyi kat sini dulu sehingga semua zombie tu tidak ada lagi di kawasan sini. kemudian kita lari dari sini...", tutur zarul dengan pantas. "tapi kita nak lari ke mana? kawasan hutan ni kan sangat tebal. nanti kita tersesat pula...", sampuk joshua. belum pun sempat zarul bersuara tiba tiba saja mobile phone di dalam poket seluar profesor ismadi berbunyi nyaring. cepat cepat profesor ismadi menjawap panggilan di mobile phonenya itu. "hello!...." *diam sekejap* "ya... tapi kami tidak lagi berada di rumah api tu... *diam sekejap* "lebih baik awak jangan pergi ke rumah api tu sebab di sana ada makhluk asing sedang memburu kami... saya ulangi sekali lagi, lebih baik awak jangan pergi ke rumah api tu sebab di sana ada makhluk asing sedang memburu kami... kami sekarang sedang bersembunyi di sebuah pondok kecil di atas sebatang pokok dalam kawasan hutan berdekatan dengan rumah api tu... sebaiknya awak pasangkan saja GPS mobile phone awak dan cubalah awak kesan jejak kami melalui GPS di mobile phone awak tu...", *diam sekejap* "ya... kami akan pasangkan lampu kecemasan di mobile phone kami dari atas pokok tempat kami bersembunyi ni...", *diam sekejap* ... "baiklah, kami akan menunggu kedatangan awak di sini...", tutur profesor ismadi seraya mematikan talian di mobile phonenya. "okay, listen up you guys... kapten yusuf kini berada di dalam perjalanan menuju ke tempat kita.... saya nak korang pasangkan aplikasi lampu kecemasan di mobile phone korang manakala saya pula memasang GPS di mobile phone saya... saya nak korang hulurkan tangan korang keluar jendela pondok ni dan arahkan skrin mobile phone korang ke langit supaya senang kapten yusuf mencari kita kelak...", tutur profesor ismadi dengan pantas.

"kenapa kita tak gunakan mercun api saja supaya senang sikit dia mengesan kedudukan kita yang berada di dalam pondok ni....", usul joshua pula. "mercun api tak sesuai... nanti semua makhluk asing tu tahu yang kita berada kat sini pula....", balas profesor ismadi dengan pantas. "hm... betul juga apa yang prof cakapkan tu... tapi macamana kalau dia tidak tahu yang kita masih berada di sini?...", joshua bersuara seraya menggaru garukan kepalanya yang tidak gatal. "kalau dia tak tahu lagi terpaksalah salah seorang daripada kita memanjat naik ke atas pokok ni sambil melambaikan mobile phone di tangan ke udara. mungkin dengan cara itu saja dia akan tahu yang kita berada kat sini...", balas profesor ismadi. "good idea prof... kami ikut saja saran prof tu...", tutur luna setelah dia dari tadi duduk diam di sudut pondok tersebut. profesor ismadi menelefon kapten yusuf tapi panggilannya tidak di jawap jadi dia pun terus memasangkan GPS di mobile phonenya. "bila korang terdengar seperti ada bunyi helikopter bergema di langit korang cepat cepat pasangkan aplikasi lampu kecemasan tu di mobile phone korang ya....", profesor ismadi bersuara lagi sambil menekan skrin mobile phonenya. "tapi saya tak ada aplikasi lampu kecemasanlah....", tiba tiba dina di sebelahnya bersuara perlahan lahan. "saya pun sama....", sampuk joshua pula. "hm... kalau macam tu saya terpaksa share it aplikasi tu ke mobile phone korang. bagi saya mobile phone korang tu... biarkan saya masukkan aplikasi tu ke dalam mobile phone korang....", tutur profesor ismadi. mahu tidak mahu joshua dan dina terpaksa menyerahkan mobile phone mereka kepada lelaki tersebut.

setelah siap semuanya profesor ismadi menyerahkan kembali kedua dua mobile phone itu kepada tuannya. dina dan luna terus memasang aplikasi tersebut. begitu juga dengan luna dan zarul. mereka mula menghulurkan tangan mereka ke luar jendela pondok itu sambil menghalakan skrin mobile phone masing masing ke dada langit. setelah menunggu beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi bising zombie zombie di bawah pokok bergema di sekitar kawasan tersebut. mereka seperti menyerang sesuatu. cepat cepat profesor ismadi memberi isyarat agar mereka mematikan aplikasi lampu kecemasan di mobile phone masing masing. mereka pun segera berbuat demikian. perlahan lahan dia mengintai dari sebalik celah celah lubang kecil di lantai pondok kayu itu. kelihatan semua zombie menyerang sekumpulan makhluk asing yang baru saja tiba di situ. maka terjadilah pertarungan sengit di antara segerombolan zombie dan juga sekumpulan makhluk asing tersebut. makhluk asing itu terpaksa menentang semua zombie zombie yang ada di situ. beberapa makhluk asing di situ mula memenggal kepala zombie zombie tersebut dengan menggunakan sabit besar di tangan mereka. malah ada di antara mereka menggunakan senjata pembedil api di mana semua zombie zombie itu di bedil dengan api sehingga mereka hangus menjadi debu dalam sekelip mata. sebaik saja mereka berjaya menghapuskan semua zombie zombie yang ada di kawasan tersebut kelihatan salah seorang daripada makhluk asing di situ mengangkat tinggi tinggi loket silver di tangannya. sekali lagi loket di dada zarul dan luna bercahaya terang. serentak dengan itu tubuh zarul dan luna kembali bertukar menjadi seperti makhluk makhluk asing tersebut. "cepat!.... tutup kedua dua loket korang tu... nanti mereka ketahuan pula yang kita berada di sini....", bisik profesor ismadi pada zarul dan luna. dia melemparkan baju jaketnya ke arah dua orang remaja itu. cepat cepat mereka menutup loket bercahaya itu dengan baju jaket di tangan mereka.

sebaik saja mereka menutup loket silver yang bercahaya itu dengan menggunakan jaket tersebut mereka kembali bertukar menjadi manusia yang normal. cepat cepat mereka mengintai semula makhluk asing yang sedang berdiri di bawah pokok tersebut. mereka sedang sibuk mencari bayang kelibat kelibat manusia yang ingin mereka buru di sekitar kawasan itu. setelah puas mencari mereka pun beredar dari situ. baru saja mereka ingin beredar dari situ tiba tiba "haaaachoooo!....", dina terbersin secara tidak sengaja. semua makhluk asing itu terus menghentikan langkah kaki mereka. perlahan lahan mereka mengalihkan pandangan mereka ke atas pokok besar tersebut. "alamak... mereka ternampak pondok kayu di atas pokok inilah.... habislah kita kali ini....", bisik joshua dengan wajah yang cemas sekali. kelihatan semua makhluk asing itu mula melangkah menghampiri pokok besar tersebut. "okay... what we're gonna do now... tengok... mereka seperti hendak memanjat pokok besar ni pula...", bisik joshua dengan wajah yang cemas sekali. "okay.... alright... just calm down... let me think about it first...", luna berbisik seraya menutup matanya. dalam keadaan yang genting itu dia mendapat satu idea. dia mengambil radio kecilnya lalu dia memasang radio tersebut. kedengaran bunyi orang bercakap dari dalam radio kecil itu. cepat cepat dia melemparkan radio kecil miliknya ke dalam semak samun yang terletak agak jauh sedikit dari pokok tempat mereka bersembunyi. sebaik saja semua makhluk asing tersebut terdengar bunyi radio kecil itu mereka pun terus berlari menuju ke arah bunyi radio tersebut. pada waktu yang sama kedengaran bunyi helikopter bergema di udara. cepat cepat profesor ismadi memberi isyarat pada mereka semua agar memasang kembali aplikasi lampu kecemasan di mobile phone masing masing. mereka menjulurkan tangan masing masing ke luar jendela lalu menghalakannya ke langit...

Author Note: bagi pendapat sesetengah orang story ni mungkin agak sama sedikit dengan story line Ash tapi sebenarnya story line Meredah Kegelapan ni agak lain sedikit daripada story Ash tu. story Meredah Kegelapan ni lebih banyak menyentuh tentang bagaimana sekelompok manusia berhadapan dengan ancaman zombie dan juga makhluk asing. dalam erti kata yang lain mizz sudah gabungkan peperangan manusia di antara zombie dan juga makhluk asing di dalam satu story. so ianya berbeza sedikit jika di bandingkan dengan story Ash tu. jikalau korang nak tahu apa perbezaannya tu just keep on reading until i added the last pages of this story, okay?...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now