MEREDAH KEGELAPAN 49

194 22 4
                                    

"adik jangan cakap yang bukan bukan, ya... adik diam saja...", joshua bersuara pada vivian. selepas itu vivian pun diam membisu. "okay, lets go guys...", luna bersuara lalu mengorak langkah dari situ. mereka kembali meneruskan perjalanan menuju ke hujung terowong kecil tersebut. apabila mereka semakin dekat dengan pintu keluar dari terowong itu luna segera memberhentikan langkah kakinya. "sebaiknya sebelum kita keluar dari sini lebih baik kita ambil masa untuk berdoa kepada Tuhan... er... prof, boleh kan awak bagi masa bagi kami yang beragama kristian ni berdoa bersama sama?", soal luna ingin tahu. "ya... silakan...", balas profesor ismadi. jadi luna, joshua, vivian, martha, hilda dan may ling berdoa bersama sama. hanya zarul dan profesor ismadi saja tidak ikut berdoa bersama mereka sebab mereka beragama islam. jadi dia dan zarul hanya berdoa saja di dalam hati mereka. masing masing memohon pada ilahi agar mereka di lindungi dari sebarang malapetaka. selepas berdoa luna segera menyuruh mereka bersedia untuk menggunakan senjata masing masing. profesor ismadi membuka pintu papan yang ada di depan mata mereka secara perlahan lahan. pada saat pintu itu di buka mereka lihat tiada sesiapa pun yang berada di luar saat itu. suasana di luar sunyi sepi. "oaky, mari kita tinggalkan tempat ini sekarang juga tapi tolong jangan buat bising, ya....", kata luna separuh berbisik. mereka yang lain hanya menganggukkan kepala masing masing. mereka mula melangkah dengan berhati hati. zarul dan luna melangkah mendahului mereka manakala yang lain pula berjalan di belakang sambil memegang erat senjata di tangan.

langkah kaki luna dan zarul terhenti sebaik saja mereka melihat ada beberapa zombie sedang merayau rayau tidak jauh dari situ. mereka segera bersembunyi di sebalik drum besar yang ada di situ. setelah zombie zombie tersebut melangkah menuju ke pintu utama rumah agam itu profesor ismadi memberikan isyarat pada mereka agar mereka berlari menuju ke garaj kereta yang terletak tidak jauh dari situ. "korang masuk ke dalam garaj kereta tu seorang demi seorang... biar aku yang pergi ke sana dulu...", bisik profesor ismadi perlahan lahan. mereka yang lain segera menganggukkan kepala masing masing. tanpa berlengah lagi profesor ismadi berlari secara senyap senyap menuju ke arah garaj kereta miliknya. sampai di sana dia terus menyelinap masuk ke dalam pintu garaj yang separuh terbuka itu. dia melambaikan tangannya ke arah mereka yang lain agar mereka berlari menyelinap di situ. martha di suruh berlari ke arah garaj tersebut. selepas itu tiba pula giliran hilda berlari menuju ke arah garaj itu. kemudian may ling berlari ke arah garaj tersebut. dengan di ikuti oleh karina dan juga joshua. sebaik saja karina dan joshua berjaya menyelinap masuk ke dalam garaj, luna mula berlari sambil menggendong vivian di tangannya. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia lihat ada satu zombie terpandang akan bayang kelibatnya di situ. dia pantas berlari bila dia lihat zombie itu mulai mengejarnya. profesor ismadi segera memanah ke arah zombie itu dengan menggunakan anak panah di tangannya. ianya mengenai sasaran. anak panah yang ada damak di hujungnya terpacak terus di atas kepala zombie tersebut. zombie itu terus jatuh di atas tanah dan ia tidak bangun bangun lagi. apabila keadaan kembali aman zarul pantas berlari menuju ke arah garaj kereta milik profesor ismadi. sebaik saja mereka semua berada di dalam garaj kereta itu profesor ismadi pun terus menyuruh mereka masuk ke dalam kereta land cruiser miliknya.

tanpa membuang masa mereka pun segera masuk ke dalam kereta land cruiser tersebut. mereka terpaksa duduk dalam keadaan yang berhimpit himpit sebab ruang dalam kereta itu tidak berapa luas. "buat masa ni kita terpaksa duduk berhimpit himpit di dalam kereta ni sebab ini saja kenderaan yang ada buat masa ni... apabila kita berada di bandar rattoon city nanti kita akan cari kenderaan yang jauh lebih besar dari ini, okay?", ucap profesor ismadi dengan pantas."its okay, prof... kami tak kisah pun kalau terpaksa duduk berhimpit himpit macam ni... yang penting kita dapat berambus dari sini...", balas luna dari tempat duduknya. "baiklah....", profesor ismadi pantas menghidupkan enjin keretanya. dia menekan remote control pintu garaj kereta tersebut. perlahan lahan pintu garaj itu terbuka di depan mata mereka. mereka terkejut sebaik saja mereka lihat begitu banyak zombie mengerumuni rumah agam milik profesor ismadi. apabila mereka melihat kereta land cruiser profesor ismadi mula meluncur meninggalkan tempat itu mereka mula mengejar kereta tersebut dari belakang. profesor ismadi terpaksa memandu keretanya dengan laju. dalam keadaan yang mencemaskan itu, salah satu zombie tersebut berjaya berpaut di belakang tayar spare kereta land cruiser itu. dia seperti hendak membuka pintu belakang kereta land cruiser tu pula. "eiiiii....", vivian menjerit ketakutan apabila zombie tersebut berusaha hendak membuka pintu belakang land cruiser itu di mana dia sedang duduk bersama luna saat itu. tanpa membuang masa luna menembak kepala zombie tersebut dengan pistol di tangannya. terus berkecai kepala zombie tu sebaik saja peluru tersebut meluncur laju ke sasarannya. darah merah pekat milik si zombie terpercik di atas cermin belakang yang retak seribu akibat terkena peluru sebentar tadi. vivian menangis ketakutan. luna segera memeluknya. "jangan nangis dik.... we are saved now...", pujuk luna perlahan lahan. mereka yang lain menarik nafas lega bila mereka berjaya meninggalkan kawasan rumah agam yang kini di penuhi dengan zombie itu. mereka meneruskan perjalanan menuju ke bandar rattoon city

"so whats the next plan?", soal zarul yang duduk di sebelah profesor ismadi. "aku fikir kita perlu ambil kenderaan yang lebih besar dari ini supaya kita dapat duduk dengan selesa....", kata profesor ismadi dengan pantas. "er... apa kata kita naik lori saja.... lori besar...", cadang joshua dari tempat duduknya. "buat apa guna lori? bukannya ada banyak kerusi dalam lori tu.... aku rasa lebih baik kita gunakan bas sebab ianya sesuai untuk kita semua....", cadang may ling pula. "hm... tengoklah nanti... kalau ada bas kita gunakan bas. kalau tak ada kita cari kenderaan yang lainlah ye... yang penting kenderaan tu masih okay dan ianya masih boleh di gunakan...", balas profesor ismadi perlahan lahan. mereka kini berada di atas jambatan besar menuju ke bandar rattoon city. lebuhraya yang sunyi sepi di perhatikan dengan saksama. kelihatan ada beberapa jenis kenderaan tersadai di tepi lebuhraya dekat jambatan besar tersebut. profesor ismadi memperlahankan kelajuan keretanya. mata mereka mula melilau ke sana ke mari mencari kenderaan yang sesuai di gunakan kelak. beberapa minit kemudian, "eh... kat sana tu ada bas sekolahlah... kita boleh gunakan bas tu...", kata hilda sebaik saja dia terpandang akan bas yang di maksudkannya itu. dia menunjuk ke arah bas tersebut dengan jari telunjuknya. mereka segera mengalihkan pandangan masing masing ke arah yang di tunjukkan oleh wanita tersebut. kelihatan sebuah bas tersadai dekat dengan jambatan itu. "okay, biar aku pergi check dulu samada bas tu boleh di gunakan atau pun tidak...", zarul melangkah keluar dari dalam kereta. "biar aku ikut abang zarul...", joshua bersuara sambil melangkah keluar dari dalam kereta tapi dia di tahan oleh luna. "jangan dik... nanti ada zombie serang...", kata kata luna di potong pantas oleh joshua. "kakak, jangan bimbangkan keselamatanku... aku tahu bagaimana hendak menjaga diriku sendiri...", kata joshua dengan pantas. "hm... fine... you can go now but be careful, okay?...", akhirnya luna mengalah. dia membiarkan joshua dan zarul melangkah pergi dari situ. "okay...", joshua menganggukkan kepalanya. dia melangkah mengekori zarul dari belakang sambil memegang erat pedang samurai di tangannya.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now