MEREDAH KEGELAPAN 50

199 17 4
                                    

zarul berlari sambil menyembunyikan tubuhnya di sebalik kenderaan yang tersadai di situ. begitu juga dengan joshua di belakangnya. sesekali mereka berlari sambil menundukkan kepala mereka. tidak lama kemudian mereka sampai dekat dengan bas awam yang tersadai di situ. perlahan lahan zarul melangkah masuk ke dalam bas awam itu dengan di ekori oleh joshua di belakangnya. zarul menjengah ke dalam ruang di dalam bas. dia lihat tiada sesiapa di situ. yang ada cuma ada kesan darah sana sini. bau hanyir darah menucuk nucuk hidungnya. baru saja dia hendak menapak masuk ke dalam perut bas tersebut tiba tiba muncul seorang zombie wanita di depan matanya dengan wajah yang berlumuran darah. zarul ingin menembak kepala zombie tersebut tapi joshua pantas menghayunkan pedangnya. ianya tepat mengenai sasaran. leher zombie itu terputus dari tubuhnya. darah keluar membuak buak membasahi lantai bas. terpinga pinga zarul di saat dia melihat joshua bertindak lebih pantas dari dirinya. sekali tengok saja kepala zombie tu berjaya di cantasnya. dia mencantas kepala zombie tersebut bagaikan orang yang mencantas pokok bonsai pula. "kenapa kau tercegat kat situ lagi? cepatlah check enjin bas ni...", gesa joshua. "oh baiklah...", bagaikan tersedar dari lamunannya zarul pantas melangkah menuju ke driver seat yang terletak tidak jauh dari situ. langkah kakinya terhenti bila dia lihat ada seorang lelaki sedang terbaring di atas stereng bas dengan leher yang berdarah. mungkin lehernya baru saja di gigit oleh zombie. zarul dapat mengagaknya dari kesan luka di leher lelaki tersebut. dia lihat lelaki itu hanya tinggal nyawa nyawa ikan saja.

"to... to... tolong... kau bu... bunuh saja aku...", tutur lelaki tu dalam kepayahan. dia memegang tangan zarul yang ada pistol itu lalu di letakkannya muncung pistol di tangan zarul tepat di atas dahinya. "kenapa aku harus membunuh kau pula?", soal zarul. "a... ku dah di gi... gigit oleh zombie jadi a... aku mo... mohon kau bu... bunuh saja aku...", tutur lelaki itu dengan nada suara yang lemah sekali. "aku rasa tak payahlah kau di bunuh... aku boleh to...", belum pun sempat zarul menghabiskan perkataannya tiba tiba, "bengg!!!....", kedengaran satu das tembakan bergema di situ. rupa rupanya lelaki itu telah menekan picu pistol di tangan zarul akibatnya kepalanya di tembusi peluru yang ada dalam pistol tersebut. zarul terkejut dengan tindakan lelaki tersebut. sebenarnya dia ingin menolong lelaki itu tapi dia membunuh diri pula. "kenapa kau terpinga pinga kat situ pula? cepatlah check enjin bas tu...", gesa joshua di sebelahnya. "baiklah... tapi kita kena alihkan dulu mayat lelaki ni barulah aku dapat check enjin bas ni...", balas zarul. "okay... mari kita sama sama mengangkat mayat ni...", joshua bersuara sambil meletakkan pedang samurainya di atas lantai bas. zarul pula menyelitkan pistolnya di belakang seluar jeansnya. mereka mula mengangkat mayat lelaki tersebut keluar dari dalam bas bersama sama. kemudian mereka kembali masuk ke dalam perut bas itu. zarul duduk di atas driver seat. dia cuba memasang enjin bas tersebut. tidak lama kemudian enjin bas itu berjaya di hidupkannya. cepat cepat zarul memandu enjin bas tersebut menuju ke arah kereta land cruiser milik profesor ismadi.

zarul memberi isyarat pada luna sebaik saja bas yang di pandunya sampai dekat dengan land cruiser itu. luna segera mengarahkan semua orang supaya berlari masuk ke dalam bas yang di pandu oleh zarul saat itu. tanpa banyak soal mereka yang lain pun segera berlari keluar dari dalam kereta land cruiser milik profesor ismadi. mereka berlari menuju ke arah bas awam yang terletak tidak jauh dari situ. semasa yang lain sedang sibuk berlari meninggalkan land cruiser itu luna lihat vivian sedang tertidur lena di atas pangkuannya. dia terpaksa menggendong anak kecil tersebut di dalam pangkuannya. ketika dia sedang berlari keluar dari dalam kereta land cruiser itu dia lihat ada seorang wanita india sedang duduk di dalam kereta sambil menggendong bayi dalam pangkuannya. cepat cepat luna berlari masuk ke dalam bas lalu dia menyerahkan vivian pada martha untuk di gendong. selepas itu dia berlari keluar dari dalam perut bas tersebut. "kau nak pergi ke mana lagi tu?", soal zarul ingin tahu. "aku keluar sekejap... tunggu aku ya...", balas luna dengan pantas. dia berlari menuju ke arah kereta proton iswara yang terletak tidak jauh dari situ. luna menjengah ke dalam kereta tersebut. dia lihat hanya wanita india itu saja yang berada dalam kereta tersebut. luna pun mengetuk perlahan cermin pintu kereta itu sebaik saja dia berada dekat dengan kereta tersebut. wanita india itu merasa terkejut dengan kehadiran zarul di situ. "er... puan tak apa apa kan?", soal luna ingin tahu. "ya...", balas wanita india itu sepatah. "er... puan, kenapa puan berada kat sini seorang seorang? tempat ni tak selamatlah...", luna bersuara sambil memandang wajah wanita india tersebut. "shhhhh... tolong senyap... aku nak dodoikan baby aku ni dulu...", wanita itu bersuara sambil meletakkan jari telunjuknya di atas bibirnya. dia kembali menyanyi sambil mendodoikan bayi dalam pangkuannya. luna terdiam seketika apabila dia melihat wanita india tersebut menyanyi sambil mendodoikan bayi yang di bungkusnya dengan kain lampin itu. "tapi puan tempat ni tak selamat... kalau puan tinggal di sini lama lama nanti ada zombie menyerang puan kat sini...", luna bersuara dengan pantas.

"shhhhh...", sekali lagi wanita itu meletakkan jari telunjuknya di atas bibirnya sendiri. "puan... kalau puan nak baby puan selamat lebih baik puan tinggalkan tempat ni dengan segera sebab tak lama lagi ada zombie datang ke sini...", kata luna separuh memujuk. "betul ke apa yang kau cakapkan tu?", soal wanita itu sambil memandang wajah luna. "ya... puan... keselamatan baby puan sangat penting jadi aku minta puan keluarlah dari dalam kereta puan ni dan ikutlah aku...", pujuk luna lagi. "baiklah...", balas wanita itu sepatah. perlahan lahan dia membuka pintu keretanya. "puan, biar aku gendong baby puan tu...", luna bersuara seperti ingin menggendong bayi dalam pangkuan wanita tersebut tapi wanita itu enggan menyerahkan bayi yang di gendongnya. "tak apalah biar aku yang gendong baby aku ni...", tutur wanita tersebut. "hm... baiklah puan...", luna bersuara perlahan lahan. dia terus berlari dari situ dengan di ekori oleh wanita itu dari belakang. mereka berlari masuk ke dalam perut bas yang terletak tidak jauh dari situ. sebaik saja luna dan wanita tersebut melangkah masuk ke dalam perut bas itu zarul pun mula memandu bas tersebut. "er... siapa nama puan ni?", soal martha pada wanita tersebut sebaik saja wanita itu duduk di sebelahnya. "oh... nama aku ialah saraswaty kumar... ini baby perempuan aku... namanya dewi kaur... cantik kan baby aku ni?...", soal wanita bernama saraswaty kumar itu sambil menunjukkan baby yang di gendongnya saat itu. sekali mereka semua tengok bayi yang di gendongnya mereka merasa sungguh terkejut sekali. rupa rupanya baby itu hanyalah baby mainan yang di perbuat daripada plastik... may ling menyiku pinggang kiri luna yang sedang duduk di sebelahnya. "wanita tu sudah gila kot... baby plastik mainan pun dia cakap baby dia...", bisik may ling di telinga luna. luna hanya terkedu di tempat duduknya. dia tidak menyangka wanita tersebut tidak waras seperti itu...

AUTHOR NOTE: sorry for the long delay. seperti mana yang mizz tulis kat conversation board tu memang mizz akan memakan masa yang lama untuk meng'update' cerita ini so mizz harap korang tak kisah jika mizz lambat update cerita ni. mizz juga berharap semoga korang dapat bersabar menunggu update cerita ini. sekian harap maklum.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now