MEREDAH KEGELAPAN 32

204 20 7
                                    

beberapa minit kemudian mereka pun sampai di sebuah bangunan maybank yang terbiar. farhad segera melangkah keluar dari dalam caravan tersebut dengan membawa senapang patah di tangannya. dia segera menarik zarul keluar dari dalam caravan itu. "kau ikut aku...", perintahnya. "korang pula duduk diam dalam caravan ni... kalau korang cuba nak larikan diri aku akan bunuh kawan korang ni...", ugut farhad sambil meletakkan senapang patahnya di atas kepala zarul. luna hanya menelan air liurnya sebaik saja dia terdengar ugutan lelaki tersebut. "ba... baiklah... kami janji tidak akan melarikan diri...", ucap luna dalam keterpaksaan. farhad segera membawa zarul masuk ke dalam bangunan maybank itu dengan membawa beg sandang di atas bahunya. ketika mereka melangkah masuk di situ tidak ada sesiapa pun yang berada dalam premis itu. ianya kosong saja. cuma keadaan di dalam bank itu agak berselerak. seperti baru di landa puting beliung. ada kesan darah di sana sini... "mungkin itu kesan darah orang yang di gigit oleh zombie kot...", begitu tekaan zarul dalam hatinya. "kau ikut aku ke bilik besi maybank ni sekarang juga... aku nak ambik wang berjuta ringgit yang tersimpan dalam bilik besi tu...", ucap farhad seraya melangkah di sebelah zarul. mereka mengorak langkah menuju ke bilik besi yang terletak di dalam bangunan maybank tersebut. "kau lekapkan bom ni kat atas permukaan pintu besi tu... cepat sikit!...", perintah farhad sambil menarik keluar bom yang ada di dalam beg sandangnya. bom tersebut di serahkannya pada zarul. mahu tidak mahu zarul pun terpaksa menuruti kehendak lelaki itu. dia mengambil bom tersebut lalu melekapkannya di atas permukaan pintu bilik besi itu. setelah bom tersebut siap di pasang farhad menarik tangan zarul supaya menjauh sedikit dari pintu besi tersebut. dia menekan alat picu yang tergenggam erat di tangannya. "kabooommm!!!!....", kedengaran satu letupan bergema di situ. pintu besi itu berlubang akibat terkena letupan bom yang dahsyat itu. farhad tersenyum lebar sebaik saja dia dan zarul berjaya mengebom pintu bilik simpanan wang tersebut. dia tahu impiannya untuk merompak bank itu telah pun tercapai. "mari ikut aku...", perintah farhad. dia pantas menarik tangan zarul supaya mengekorinya dari belakang. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat begitu banyak wang kertas tersimpan di dalam bilik besi tersebut. "hahahahaha... aku kaya!!!... aku kaya!!!.... hahahaha...", farhad ketawa terbahak bahak sebaik saja dia melihat begitu banyak wang kertas tersimpan di dalam bilik besi itu. dia segera melangkah masuk ke dalam ruang penyimpanan wang sambil ketawa dengan riangnya. zarul hanya terpinga pinga di saat dia melihat lelaki tersebut ketawa tanpa henti. "patutlah baju yang di pakai oleh farhad tu ialah baju banduan dari penjara. rupa rupanya dia ialah seorang perompak bank....", bisik hati kecil zarul tak keruan.

"hey!!!... apa lagi yang kau tercegat kat situ, haah??!!!... cepat, kutip semua wang kertas ni dan masukkannya ke dalam beg dan karung yang aku bawa ni...", bentak farhad dengan kasar sekali. cepat cepat zarul mula mengutip semua wang kertas yang ada di situ. duit kertas ratusan juta dan puluhan ribu ringgit di masukkan ke dalam beg dan juga karung yang di bawa oleh lelaki jahat itu. "cepat sikit buat kerja tu...", bentak farhad seraya menunjal belakang kepala zarul dengan menggunakan muncung senapangnya. zarul terpaksa mengutip semua wang kertas yang ada di situ dengan sepantas kilat. beg sandang dan karung sudah penuh dengan wang kertas tapi masih ada lagi wang kertas yang tertinggal di dalam bilik besi itu. pada saat itu kedengaran bunyi deraman zombie di dalam premis tersebut. "alamak... tempat ni ada zombielah...", zarul bersuara sedikit panik. "jangan pedulikan zombie tu... cepat kutip semua wang kertas tu ke dalam beg dan karung ni...", perintah farhad sambil tunduk mengutip wang kertas yang ada di situ. "tapi macamana kalau zombie zombie tu datang dan menyerang kita kat sini?... tentu naya jadinya...", zarul meluahkan perasaan bimbangnya. "apa yang di takutkan sangat? aku kan ada senapang... aku boleh bunuh semua zombie tu dengan senapang aku ni... cepat!... kutip semua wang kertas tu sekarang juga...", perintah farhad dengan kasar sekali. mahu tidak mahu zarul kembali mengutip semua wang kertas yang ada di depan matanya. tiba tiba, "grrrooooarrr!!!!!....", kelihatan satu zombie perempuan menerkam ke arah mereka di situ. farhad segera menembak kepala zombie itu dengan menggunakan senapang patah di tangannya. "benggg!....", kedengaran satu das tembakan di lepaskan. baru saja mereka tunduk hendak mengutip wang kertas yang kini tinggal sedikit itu tiba tiba kelihatan begitu banyak zombie meluru masuk ke dalam bilik besi tempat simpanan wang tersebut. zarul terpaksa mempertahankan dirinya dengan menumbuk dan menendang zombie yang cuba menerkam ke arahnya. farhad pula tengah sibuk menembak semua zombie yang menerkam ke arahnya tapi ketika dia sedang menembak semua zombie di situ kakinya tersandung dengan longgokan wang kertas yang ada di atas lantai. dia pun terus terjatuh di atas longgokan wang kertas tersebut. senapang di tangannya terjatuh di atas lantai. semua zombie segera menerkam ke arahnya lalu menggigit tubuhnya. "aaarrggghhhh!!!!.... tolong aku!...", jeritnya dalam kesakitan. zarul pantas meraih senapang yang tergeletak di atas lantai itu. dia segera menembak semua zombie yang ada di situ. sebaik saja zarul melihat begitu banyak zombie datang mengerumuni lelaki jahat tersebut dia pun terus berlari meninggalkan tempat itu.

dia berlari sambil menembak semua zombie yang berada di depan matanya. satu demi satu zombie zombie tersebut jatuh tersungkur di atas lantai akibat di tembaknya. zarul pantas berlari keluar dari dalam bangunan maybank itu. dia meluru masuk ke dalam caravan yang terletak tidak jauh dari situ. "zarul?!... mana lelaki jahat tu?", soal luna sebaik saja dia melihat zarul masuk ke dalam caravan itu dengan tergesa gesa. "dia dah jadi santapan zombie zombie tu...", balas zarul dengan wajah yang pucat lesi. enjin caravan di pasangnya dengan sepantas kilat. baru saja zarul hendak memandu keretanya keluar dari kawasan maybank itu kelihatan farhad berlari keluar dari dalam bangunan maybank tersebut dengan di kejar oleh zombie zombie yang kelaparan. tubuh lelaki itu kelihatan berdarah sana sini. tentu tubuhnya sudah puas di gigit oleh zombie zombie sebentar tadi. buktinya ada kesan gigitan zombie di atas kaki kiri, paha kanan dan juga lengan kirinya. "tunggu aku...", jeritnya dalam kepayahan dan kesakitan. "rul... dia suruh kita berhentilah...", luna bersuara dari tempat duduknya. "ahh!... pedulikan dia... dia bukannya baik sangat pada kita pun... biarkan saja orang yang pentingkan diri sendiri dan tamak haloba tu di ratah hidup hidup oleh zombie zombie kat situ. baru padan muka dia....", balas zarul sambil memandu caravan tersebut. luna segera menoleh ke belakang. dia lihat begitu banyak zombie mengepung lelaki tersebut. mereka mula meratahnya secara beramai ramai.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang