MEREDAH KEGELAPAN 11

307 26 8
                                    

mereka mula melangkah secara terjengket jengket. ruang koridor di depan mereka agak kelam sedikit sebab salah satu lampu di situ telah pun rosak. mereka terpaksa melalui ruang koridor yang kelam itu dengan penuh berhati hati. ketika mereka sampai didekat sebuah bilik mereka lihat ada beberapa orang zombie berkeliaran dalam bilik tersebut. zarul terpaksa bagi isyarat pada kawan kawannya supaya mereka senyap dan lebih berhati hati. mereka terpaksa menundukkan tubuh mereka sebaik saja mereka lihat salah satu daripada zombie di situ seperti menoleh ke arah mereka. zombie itu seakan akan menyedari kehadiran mereka di sebalik dinding bilik tersebut. mereka terpaksa bersembunyi di sebalik dinding bilik itu. apabila zombie tersebut seperti tidak memandang ke arah mereka lagi, zarul pun memberi isyarat pada kawan kawannya agar mereka merangkak ketika melalui pintu bilik tersebut. zarul lah orang pertama yang merangkak melalui pintu bilik itu. kemudian dia di ikuti oleh luna, gina, tan fai long, hezron, vijay dan benji. setelah mereka semua berjaya melalui bilik yang ada zombie itu mereka pun meneruskan langkah kaki mereka ke tempat yang di tuju. ketika mereka berjalan di ruang koridor itu tiba tiba mereka nampak ada seorang zombie perempuan sedang berjalan tunduk depan mereka. zarul segera memberi isyarat pada semua rakan rakannya agar mereka segera bersembunyi di suatu sudut yang tersembunyi tidak jauh dari situ. mereka pun segera berlari lalu bersembunyi di sebelah zarul. masing masing cuba menahan nafas di saat zombie perempuan itu terhuyung hayang melangkah tidak jauh dari tempat persembunyian mereka. "haachoooo!....", tiba tiba saja gina terbersin secara tidak sengaja.

zombie perempuan itu segera menoleh ke arah mereka. "oh shit!... zombie tu nampak kita kat sinilah...", hezron berbisik dengan nada suara yang cemas. "lari!!!!!....", zarul bersuara dengan pantas. mereka pun segera berlari dari situ. zombie perempuan tersebut pantas mengejar mereka dari belakang. keadaan bertambah buruk apabila beberapa zombie yang lain mula mengejar mereka di situ. ketika mereka sedang berlari di situ tiba tiba saja kaki luna tersandung akibat tersepak wayar yang ada di atas lantai. gadis itu terjatuh di atas lantai. zarul terpaksa berpatah balik lalu dia cuba menarik tangan gadis itu supaya dia kembali berlari meninggalkan tempat itu. p kita lari dari sini, luna...", ajak zarul pada gadis tersebut. gadis itu cuba bangun tapi kakinya terasa sakit. namun dia menggagahi dirinya untuk terus berlari dari situ. baru saja luna angkat kaki dari situ salah seorang zombie yang menakutkan itu meraih belakang bajunya. "oh tolong aku, zarul!...", jerit luna. zarul yang berada di sebelahnya merasa sungguh terkejut sebaik saja dia lihat belakang baju luna di tarik oleh zombie tersebut. dia segera menghayunkan kapak di tangannya ke arah tangan zombie itu. terus terputus tangan zombie tersebut di buatnya. kelihatan darah merah memancut keluar dari tangan zombie itu.

Tanpa berlengah lagi zarul pantas menarik tangan luna supaya berlari tinggalkan tempat itu. walaupun sudah di potong tangannya namun zombie itu masih juga mengejar mereka dari belakang. ketika mereka sedang berlari di situ tiba tiba ada sekumpulan zombie berlari dari arah hadapan. "alamak... ada zombie kat depan kita ni... macamana ni?", soal hezron cukup cemas sekali. dalam keadaan yang mencemaskan itu zarul ternampak sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. "kawan kawan kita masuk dalam bilik sana tu...", zarul memberikan arahannya. mereka pun pantas berlari masuk ke dalam bilik itu. pintu bilik tersebut segera di tutup dan di kunci dari dalam. zarul mendorong sebuah kabinet besar di depan pintu bilik itu. kawan kawannya yang lain pun turut membantu dia mendorong kabinet tersebut ke depan pintu bilik itu supaya zombie zombie tersebut tidak dapat masuk ke dalam bilik itu. ketika mereka sedang sibuk mendorong kabinet tersebut tiba tiba datang seorang zombie lelaki lalu mencengkam tubuh benji dari belakang. "ohhh... tolong gue!....", benji meminta tolong dengan wajah yang pucat lesi. si zombie berdiri di belakangnya seperti hendak menggigit lehernya pula. zarul segera bertindak pantas dengan berlari lalu di hayunkannya kapak di tangan ke arah kepala zombie itu. terus terbelah dua kepala zombie tersebut di buatnya. darah memancut keluar membasahi pipi kiri benji. cepat cepat benji mengelap pipi kirinya dengan baju jaket yang di pakainya. dia betul betul rasa jijik dengan darah zombie yang hampir menggigit nya itu.

"oh... terima kasih zarul... lu dah banyak kali tolong gue... gue terhutang bu...", belum pun sempat benji menghabiskan perkataannya muncul pula seorang zombie di situ. tapi kali ini ianya zombie perempuan. mereka semua terpaksa bersiap sedia dengan kapak tergenggam erat di tangan. zombie perempuan itu pantas berlari menuju ke arah mereka. zarul, tan fai long, hezron dan vijay segera berlari menuju ke arah zombie tersebut. hanya luna, gina dan benji saja yang terpinga pinga di situ. zarul, tan fai long, hezron dan vijay pantas menghayunkan kapak masing masing ke udara lalu mereka menetak dan mengopak kepala zombie itu dengan kapak di tangan mereka. terus mati si zombie itu di kerjakan mereka di situ. vijay yang sudah cukup bengang itu terus menerus menetak dan mengopak kepala si zombie sehingga hancur berkecai. "mati kau zombie celaka!... mati kau!!!...", bentak vijay cukup marah sekali. "sudahlah tu vijay... zombie tu sudah mati...", zarul menyentuh bahu kiri pemuda tersebut dari belakang. vijay pun berhenti dari menetak mayat yang hancur kepalanya itu. sebenarnya dia merasa sakit hati tatkala dia melihat zombie tersebut. rasa macam dia nak cincang cincang saja zombie tu sampai lumat. biar jadi macam daging ayam yang di cincang halus. "bawa bertenang vijay... bawa bertenang...", zarul bersuara pada pemuda india itu. "macamana aku nak bertenang? nyawa kita hampir saja melayang di sebabkan oleh zombie yang celaka ni tadi tau...", balas vijay dengan penuh emosi. "yeah... i know tapi dalam keadaan macam ni kita harus bertenang, okay.... kalau kita terlalu mengikut emosi sudah tentu keadaan akan bertambah teruk....", kata zarul. vijay pun diam selepas itu. "so what we are going to do now?", soal tan fai long setelah mereka berdiam diri seketika. zarul memandang wajah mereka semua.

"kita harus menunggu sehingga keadaan di luar tu aman sikit. aku tak nak kita keluar nanti banyak zombie menanti kita kat depan pintu tu... so better we stay here for a while...", kata zarul. "tapi sampai bila kita berada di sini? kalau lama lama kita di sini kita akan mati kebuluran tau...", gina pula bersuara. "apa? kau dah lapar ke?", soal zarul. "yalah...", balas gina sepatah. "nak buat macamana kan, kita dah...", belum pun sempat zarul menghabiskan perkataannya luna pantas memotong perkataannya, "aku ada bawa beberapa tin sardin dari dalam kantin tadi... korang makanlah...", luna menarik keluar beberapa tin sardin dari dalam baju jaketnya. dengan sepantas kilat gina membuka penutup tin sardin itu lalu memakan isinya seorang diri. yang lain hanya diam memerhatikannya. "kenapa korang tak makan pula?", soal gina kehairanan. "kami tak ada selera hendak makan... kau makanlah...", zarul bersuara perlahan lahan. gina pun kembali memakan sardin di dalam tinnya. zarul duduk di sebelah luna yang duduk bersandar tidak jauh dari situ. dia kelihatan sedang berdoa. mungkin dia memohon pada ilahi agar mereka di jauhi sebarang malapetaka. vijaya hanya memandang sinis pada gadis yang sedang berdoa itu. "what a waste of time...", begitu katanya sebaik saja luna habis berdoa. "maksud kau?", soal luna ingin tahu. "i mean its a waste of time praying to God that you never see with your own eyes... entah entah Tuhan itu tidak wujudlah pula...", balas vijay dengan wajah yang selamba. "memang Tuhan tu tidak nampak di mata kita tapi itu tidak bermakna yang Tuhan tu tidak wujud di alam semesta ini. kalau kita percaya bahawa Tuhan itu wujud Dia pasti akan ada bersama kita walau di mana saja kita berada...", balas luna dengan lembut. "macamlah... ", belum pun sempat vijay menghabiskan perkataannya. "hey... cut it out... ini bukan masanya untuk kita mempersoalkan kepercayaan orang lain, okay... lebih baik korang senyap dan jangan buat bising... kalau korang bising nanti tak pasal pasal pula zombie zombie kat luar sana tu mengganas apabila mendengar suara korang tu...so lebih baik korang diam....", kata zarul. mereka pun terdiam selepas itu.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now